Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 18 | SUKU KETIGA - 2017
Bahasa | English
SEPTEMBER 2017
image
Basic Investigations of Computers and Electronic Crimes Program, Bangkok, Thailand
28 Ogos – 1 September 2017

Pada 28 Ogos 2017 sehingga 1 September 2017 telah berlangsung program “Basic Investigations of Computers and Electronic Crimes” di International Law Enforcement Academy (ILEA), Bangkok, Thailand. Program anjuran International Narcotic Law Enforcement (INL), Bangkok ini telah disertai oleh seramai 29 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang penguatkuasaan dari negara-negara Asia termasuk Malaysia, Burma, Indonesia, Laos, Vietnam, Timor Leste, Filipina dan Kemboja.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menjalankan network packet captures dan packet analysis, mengenal pasti rangkaian bagi setiap bahan bukti, mempelajari teknik perolehan data berkaitan rangkaian, menggunakan maklumat dari log fail yang diperoleh melalui sistem pengesanan firewall dan juga melalui server serta mempelajari kaedah penggunaan peralatan dan teknik untuk mengenal pasti modus operandi serangan alam siber.

Program selama lima hari ini dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif International Law Enforcement Academy (ILEA), Mejar Jeneral Sal Poolsiri dan dikendalikan oleh pakar bidang forensik digital dari United States Secret Service (USSS).

Melalui program ini, peserta dapat mempelajari teknik-teknik penyiasatan di dalam bidang forensik digital yang digunapakai oleh agensi penguatkuasaan dari negara lain serta dapat mengenalpasti kebolehan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dalam menjalankan analisa berkaitan forensik digital.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program telah dapat meningkatkan pengetahuan serta keupayaan dalam bidang forensik digital selain menjalin rangkaian hubungan dengan agensi Negara luar yang turut mengambil bahagian dalam kursus ini.

divider-shadow
image
Huawei Connect 2017 Conference (HC2017), Shanghai, China
4 - 8 September 2017

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Huawei Connect 2017 di Shanghai New International Expo Centre (SNIEC), Shanghai, China pada 4 hingga 8 September 2017. Persidangan anjuran Huawei ini bertujuan untuk mengumpulkan pemain-pemain industri dunia berkaitan dengan teknologi yang dipelopori oleh Huawei. Pada tahun 2017, Huawei memberi tumpuan kepada Huawei Clouds serta Network Infrastructure yang menyediakan solusi terbaik dan selamat untuk pengguna.

Persidangan ini telah melibatkan lebih 5 ribu peserta dari seluruh dunia. Selain CyberSecurity Malaysia, agensi yang turut hadir dari Malaysia ialah Putrajaya Holdings, KPJ dan juga MIMOS. Perbincangan utama dalam persidangan ini adalah tentang hala tuju teknologi Clouds yang dipelopori oleh Huawei, industri-industri hiliran yang mengguna pakai solusi Huawei seperti Health-Care, Oil & Gas, Smart-City serta Pihak Kerajaan Tempatan (Local Authorities) dalam mengurus dan mengendalikan operasi harian masing-masing.

Melalui persidangan ini, wakil CyberSecurity Malaysia telah mendapat pendedahan berkenaan kebolehan Huawei dan seterusnya dapat menyumbang kepada konsep serta idea Smart-city Safe-city yang kini di tahap perbincangan.

Persidangan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti Business Transformation Program (BTP) yang memerlukan kerjasama perniagaan dan potensi pendapatan baru untuk CyberSecurity Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan .

divider-shadow
image
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS), Pulau Meranti, Selangor
5 September 2017

Pada 5 September 2017 telah berlangsung Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) bertempat di Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pulau Peranti, Selangor. Bengkel disertai seramai 16 peserta dari pelbagai unit di NACSA dengan tujuan untuk memahami konsep pengurusan kesinambungan perkhidmatan secara umum, memahami kepentingan BCM bagi organisasi yang mempunyai perkhidmatan kritikal dan untuk memperkenalkan standards ISO 22301 beserta keperluan-keperluan standards.

Pada bengkel ini, para peserta telah diberi pendedahan kepada struktur standards ISO 22301, klausa-klausa, aktiviti utama dalam BCMS dan juga dokumen-dokumen yang perlu dibangunkan.

Melalui bengkel BCMS ini, para peserta telah dapat meningkatkan kefahaman terhadap keperluan membangunkan sistem pengurusan kesinambungan perkhidmatan/bisnes serta kefahaman terhadap keperluan-keperluan standard ISO 22301:2012 dan kepentingan pensijilan ISO 22301.

Penganjuran bengkel ini telah mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat pakar dalam bidang keselamatan siber yang turut memberi penekanan kepada kepentingan pengurusan kesinambungan perkhidmatan bagi sesebuah organisasi.

divider-shadow
image
Seminar dan Bengkel UTM-CSM Cyber Security X Lab, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
11 September 2017

Pada 11 September 2017 berlangsung Seminar dan Bengkel UTM-CSM Cyber Security X Lab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan implementasi Bandar Pintar (Smart Cities), kebaikan dan ancaman keselamatan serta menunjukkan kepentingan data dalam membuat perancangan dan keputusan. Program ini telah melibatkan seramai 187 orang peserta seminar dan 66 peserta bengkel.

Seminar telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dengan penglibatan empat orang penceramah iaitu Taresh Mulky dari Tableau Software - “Data Trends in Smart Cities”, Amir Aswadi Mohd Radin dari Huawei Technologies (M) Sdn Bhd - “Smart Cities Implementation: Global Landscape”, Abdul Fuad bin Abdul Rahman dari CyberSecurity Malaysia - “Cyber Security in Smart Cities” dan Dr. Anazida Zainal, Pensyarah Kanan dari UTM-CSM X Lab, Information Assurance and Security Research Group, Faculty of Computing, UTM Skudai, “Security Analytics: X Lab Experiences”.

Sementara itu, bengkel pula dijalankan berkaitan Twitter Data Analysis (iLokenSystem) dan Best Practices in Data Visualization (Tableau). Bengkel diadakan di Makmal Pengaturcaraan 1 dan 2, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Dari program ini, ia telah dapat memberi pengetahuan mengenai perlaksanaan konsep Smart Cities and cabaran keselamatan siber di masa hadapan, selain memberi kemahiran mengenai visualisasi data di dalam perlaksaan Smart Cities. Program ini juga turut memberi pengetahuan mengenai bidang security analytics bagi analysis data raya di dalam perlaksanaan Smart Cities serta merapatkan hubungan baik antara CyberSecurity Malaysia dan staff ICT di Negeri Johor.

divider-shadow
image
Kursus Pengenalan Kepada Programmable Logic Controller (PLC) and SCADA, Bangi, Selangor
11 - 27 September 2017

Pada 11 sehingga 27 September 2017 telah berlangsung Kursus Pengenalan kepada Programmable Logic Controller PLC dan SCADA. Kursus selama tiga minggu ini telah diadakan di UNIKL-MFI, Bangi dan dianjurkan oleh UNIKL-MFI. Ia melibatkan sepuluh pegawai daripada Jabatan MyVAC, CyberSecurity Malaysia.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menambahbaik kemahiran sedia ada dalam ruang lingkup Keselamatan SCADA dan memberi peluang kepada peserta untuk membuat latihan amali terhadap sistem SCADA.

Kursus ini turut memberi tumpuan kepada penggunaan PLC dan penglibatannya di dalam sistem SCADA. Para peserta turut mempelajari bagaimana sistem berkomunikasi di antara HMI dan PLC dan diberi peluang untuk melaksanakan amali selain membantu memhami sistem SCADA dan komunikasi yang terlibat.

Melalui kursus ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam menubuhkan Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA berdasarkan perancangan projek RMK-11, dapat menyusun aktiviti dan jadual projek dengan lebih baik dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan serta dapat berkongsi idea dan pandangan daripada mereka yang berpengalaman di dalam industri minyak dan gas.

divider-shadow
image
Latihan dan Lawatan Kerja Strategik ke PSSC Labs, California, Amerika Syarikat.
13 - 20 September 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan Latihan dan Lawatan Kerja Strategik ke PSSC Labs di Lake Forest, California, Amerika Syarikat pada 13 hingga 20 September 2017.

Program yang disertai oleh Jabatan Forensik Digital, CyberSecurity Malaysia ini telah mengikuti latihan dan pemeriksaan pra-penghantaran mengenai platform Data Raya (Big Data) serta Teknologi, di mana PSSC Labs dipilih sebagai platform Data Raya kerana prestasi perkakasannya dalam mengendalikan data yang besar dengan penggunaan tenaga optimum. Latihan yang dijalankan di PSSC Labs ini telah berjaya membuahkan hasil serta memberi input berguna kepada CyberSecurity Malaysia kerana ia menepati keseluruhan jangkaan penggunaan solusi Data Raya. Platform ini turut memiliki sumber yang mencukupi dalam mengendalikan data yang akan digunakan di CyberSecurity Malaysia.

Melalui program ini, ia telah membantu pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia dalam menyelesaikan masalah ancaman siber dan malware di ruang siber Malaysia dengan lebih proaktif dan efisien. Selain itu, perpindahan teknologi Data Raya akan turut memberikan kebaikan kepada Negara dan mewujudkan persekitaran ruang siber yang lebih selamat di Malaysia.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja Teknikal Bidang Forensik Digital Bagi Projek Big Data Infrastructure, Amerika Syarikat
18 - 22 September 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan lawatan kerja teknikal bidang forensik digital bagi projek Big Data Infrastructure ke syarikat Hortonworks Global HQ di Santa Clara dan Lastline Headquaters di Redwood City, Amerika Syarikat. Program ini dilaksanakan untuk memperlengkapkan kepakaran Jabatan Forensik Digital dalam penyelidikan projek Big Data Infrastructure.

Lawatan kerja teknikal di Hortonworks Global HQ diadakan untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan sistem Apache Metron. Manakala lawatan kerja teknikal di Lastline Headquaters, Redwood City pula adalah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai produk APT Solution Software.

Lawatan kerja teknikal ini telah berupaya menambah pengetahuan serta kemahiran pakar Forensik Digital di CyberSecurity Malaysia selain membantu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) untuk melaksanakan kajian terhadap projek Big Data Infrastructure. Lawatan ini juga telah mewujudkan kerjasama dan latihan teknikal khusus dalam bidang Big Data Infrastructure dengan syarikat termaju di Amerika Sharikat.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1, Pulau Meranti, Selangor
20 – 21 September 2017

Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1 telah berlangsung dari 20 sehingga 21 September 2017 di Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pulau Meranti. Bengkel selama dua hari ini telah disertai seramai 21 orang peserta.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berkenaan dengan isu-isu dalaman dan luaran, pihak berkepentingan dan keperluan serta penyataan skop pelaksanaan BCMS di NACSA, menjalankan aktiviti analisa risiko menurut keperluan klausa 6.1, membangunkan polisi kesinambungan perkhidmatan menurut keperluan Klausa 6.2 dan mengenal pasti peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan BCMS di NACSA.

Pada akhir bengkel ini, isu-isu dalaman dan luaran, pihak berkepentingan dan keperluan terhadap NACSA, penyataan skop pelaksanaan BCMS, penyataan polisi Business Continuity (BC), risiko dan tindakan untuk pengurusan risiko serta peranan dan tanggungjawab telah dapat diperkemaskan oleh NACSA. Penganjuran bengkel oleh CyberSecurity Malaysia telah mengukuhkan kedudukan agensi ini sebagai pusat pakar serta rujukan keselamatan siber yang turut melibatkan perkara berkaitan kesinambungan perniagaan oleh sesebuah organisasi sewaktu berlaku sesuatu krisis.

divider-shadow
image
Lawatan Teknikal dan Strategik ke MAY Cyber dan Tubitak BILGEM, Ankara, Turki
25 - 27 September 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan lawatan teknikal dan strategik ke MAY Cyber Technology dan Tubitak Informatics and Information Security Research Center (BILGEM) di Ankara, Tukri pada 25 hingga 27 September 2017. Lawatan ini diadakan bagi meninjau peluang kerjasama teknikal dan strategik di antara CyberSecurity Malaysia dengan MAY Cyber Technology serta Tubitak BILGEM.

MAY Cyber Technology merupakan penyedia penyelesaian keselamatan siber yang utama di Turki khususnya kepada sektor kerajaan. Dalam sesi perbincangan, pihak MAY Cyber telah menyampaikan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. CyberSecurity Malaysia dipilih kerana keupayaan, kemahiran serta kepakaran dalam bidang keselamatan siber serta pengaruh agensi ini dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Sementara itu, Tubitak BILGEM yang merupakan pusat penyelidikan & pembangunan penyelesaian inovatif bidang keselamatan maklumat dan elektronik termaju juga bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan keselamatan siber, rangkaian komputer (analisis kod jahat), jaminan keselamatan serta latihan kepakaran.

Persetujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama oleh pihak-pihak yang terlibat merupakan satu pengiktirafan organisasi luar negara terhadap kepakaran CyberSecurity Malaysia. Dengan adanya kolaborasi ini, perpindahan teknologi dua hala turut dapat dilaksanakan di samping mengeratkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan di antara kedua-dua negara.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image