Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 19 | SUKU KE-EMPAT - 2017
Bahasa | English
Disember 2017
image
3rd Annual Coordination Meeting of the Organization of the Islamic Cooperation (OIC) Institutions (ACMOI), Jeddah, Saudi Arabia
3 - 4 Disember 2017

Pada 3 dan 4 Disember 2017 telah berlangsung Mesyuarat Koordinasi Institusi Pertubuhan Kerjasama Islam (ACMOI) Tahunan Kali ke-Tiga di Jeddah, Arab Saudi. Mesyuarat anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bank Pembangunan Dunia (IDB) ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan perisytiharan OIC, resolusi dan keputusan dalam meningkatkan sinergi di kalangan institusi OIC. Dalam hal ini, OIC-CERT adalah salah satu institusi  bersekutu OIC yang diwakili oleh CyberSecurity Malaysia sebagai Sekretariat Tetap Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT).

 

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan, di mana satu laporan kemajuan berkaitan inisiatif keselamatan siber yang dilaksanakan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) telah dibentangkan pada mesyuarat ini.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini menunjukkan komitmen Malaysia sebagai Sekretariat Tetap OIC-CERT serta ia turut membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk menjalin hubungan baik dengan wakil-wakil institusi OIC yang hadir pada mesyuarat ini.

 

Sementara itu, CyberSecurity Malaysia dan Statistical, Economic and Social, Research and Training Center for Islamic Countries (SESRIC) yang beribu pejabat di Ankara, Turki juga telah bersetuju untuk memulakan inisiatif kerjasama melalui Memorandum Persefahaman dalam bidang pembinaan kapasiti keselamatan siber.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara CyberSecurity Malaysia dan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
4 Disember 2017

Pada 4 Disember 2017 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CyberSecurity Malaysia dan Perbadanan Putrajaya. Jalinan kerjasama ini dimeterai bagi menilai projek-projek keselamatan Bandar Pintar (Smart City) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan siber untuk pelaksanaan pembangunan Bandar Pintar terutama bagi sistem yang menggunakan teknologi Internet of Things (IoT).

 

Memorandum Perjanjian tersebut meliputi beberapa bidang kerjasama, antaranya mengenalpasti setiap kelemahan yang mungkin wujud dalam melaksanakan pembangunan Bandar Pintar, mendedahkan isu-isu ancaman keselamatan siber serta mengetengahkan impak ancaman keselamatan siber kepada semua pengguna dan memberi fokus mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak dalam mengambil langkah menangani isu ancaman keselamatan siber.

 

MoA tersebut ditandatangani oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail manakala YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, mewakili CyberSecurity Malaysia.

 

Sebagai agensi pakar keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia diberi pengiktirafan bagi untuk melaksanakan Perkhidmatan Penilaian Keselamatan (VAPT) untuk Bandar Pintar, di mana ianya akan meningkatkan ketahanan negara dan kesejahteraan komuniti bandar terhadap ancaman keselamatan siber.

divider-shadow
image
Child Online Protection (“COP”) Seminar in ASEAN 2017, Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya
5 – 6 Disember 2017

Pada 5 dan 6 Disember 2017 berlangsung Seminar Child Online Protection in ASEAN 2017 di Putrajaya. Seminar dua hari anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini diadakan bagi mengumpul pakar-pakar dari Malaysia, ASEAN dan negara di bawah ITU untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dalam merapatkan jurang rangka kerja perlindungan kanak-kanak dalam talian.

 

Di samping itu, seminar ini juga merupakan sebahagian daripada usaha SKMM untuk mempromosikan inisiatif Malaysia terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian. Antara peserta yang hadir pada seminar ini terdiri dari wakil Kementerian, agensi dan NGO tempatan dan juga lua negara.

 

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt Kol Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Digital Awareness, Outreach Program”

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada seminar ini membuktikan pengiktirafan industri terhadap peranan yang dimainkan dalam mengetengahkan agenda keselamatan siber berkaitan kanak-kanak di Malaysia. Ini selaraskan dengan matlamat program CyberSAFE yang turut memberi penekanan kepada golongan muda mengenai kepentingan keselamatan siber.

divider-shadow
image
Cyber Security Indonesia Conference (CSI) 2017, Indonesia
5 – 7 Disember 2017

Pada 5 hingga 7 Disember 2017 telah berlangsung Cyber Security Indonesia Conference (CSI) 2017 yang dianjurkan oleh Tarsus Indonesia di Jakarta.

 

CSI 2017 meliputi persidangan dan pameran yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi semasa serta penyelesaian keselamatan siber di mana ia menjadi platfom bagi pembuat dasar, para professional serta penyedia perkhidmatan bidang keselamatan siber berkumpul dan bertukar pandangan dan pengalaman.

 

Selain peserta dari Indonesia, acara ini turut dihadiri oleh delegasi luar Indonesia yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan, terutamanya dalam sektor keselamatan negara dan infrastruktur kritikal manakala sektor swasta dari pelbagai industri seperti Telekomunikasi, Perkhidmatan Internet, Institusi Kewangan, E-Perdagangan, Pembuatan & Media. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ismamuradi Bin Dato’ Hj Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategik, di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Control your technology… Don’t let it control you.”

 

Penyertaan pada acara ini telah mengukuhkan lagi nama CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah entiti pakar keselamatan siber di rantau Asia Tengara. Selain itu, ia turut membuka peluang bagi jalinan strategik  antara CyberSecurity Malaysia dengan organisasi luar Malaysia untuk berkolaborasi dalam keselamatan siber.

divider-shadow
image
Kerjasama CyberSecurity Malaysia dan KUB Malaysia Berhad Dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Petaling Jaya
6, 13, 14 and 15 Disember 2017

CyberSecurity Malaysia dan KUB Malaysia Berhad (KUBM) melaksanakan kerjasama dalam menjalankan aktiviti pengauditan rintis bagi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan berdasarkan ISO 22301:2012 pada 6, 13, 14 dan 15 Disember 2017.

 

KUB Malaysia Berhad telah menjadi agensi rintis bagi pensijilan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan pada September 2016 dan menjadi organisasi pertama yang menjalani audit pensijilan ISO 22301 oleh CyberSecurity Malaysia ini. Tujuan pengauditan ini dilaksanakan adalah bagi mempersijilkan KUBM dengan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan berdasarkan standard antarabangsa ISO 22301:2012.

 

Proses pengauditan dilakukan secara berperingkat bermula 6 Disember 2017 dan berakhir pada 15 Disember 2017 melibatkan ibu pejabat KUBM serta anak syarikat KUBM iaitu KUBGaz Sdn. Bhd. bertempat di Port Klang dan juga Johor Baharu. Hasil pengauditan telah melayakkan KUBM dan KUBGaz diberi sijil ISO 22301.

divider-shadow
image
Pelancaran CAMMUKA sempena Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (#MCYsummit2017)@GECommunity, Kuala Lumpur
12 – 13 Disember 2017

Pada 12 dan 13 Disember 2017 telah berlangsung Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (#MCYsummit2017)@GECommunity di Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang telah diberi tanggungjawab untuk menerajui inisiatif pengkomersialan negara menerusi Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0) bermula 2017 hingga 2019 bagi memberi fokus kepada pengkomersialan produk/teknologi hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) tempatan.

 

Pada acara tersebut, CyberSecurity Malaysia telah melancarkan satu lagi produk inovatif yang dikenali sebagai CamMuka. Produk CamMuka merupakan satu sistem teknologi pengecaman wajah yang dibangun menggunakan kepakaran dalaman CyberSecurity Malaysia hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Forensik Digital dalam bidang Teknologi Biometrik.

 

Sistem CamMuka mengandungi beberapa komponen utama terdiri dari perkakasan dan juga perisian yang direka khas untuk menyokong fungsi sistem CamMuka. Fungsi utama sistem CamMuka adalah untuk pendaftaran wajah dalam bentuk 2D dan 3D, pengekstrakan kerangka video dari rakaman CCTV serta analisa pengecaman wajah yang digunapakai sebagai bahan bukti dengan sesuatu siasatan kes berkaitan forensik digital. Sistem CamMuka telah memenangi pingat perak sewaktu program International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) ke 28 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2017 yang lalu.
 
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir ialah YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan juga YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada Kemuncak MCY 2017@GECommunity ini adalah untuk memberi pendedahan kepada industri mengenai produk yang dibangun berdasarkan kepakaran bidang forensik. Selain itu, ia turut mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia.
divider-shadow
image
CAMP Regional Forum & Operation Meeting, Hanoi, Vietnam
12 – 15 Disember 2017

Pada 12 sehingga 15 Disember 2017 telah berlangsung Forum Serantau CAMP ke-2 dan Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Pertama di Hanoi, Vietnam.

Program anjuran Korea Internet & Security Agency (KISA) ini telah disertai oleh peserta yang diundang khas serta wakil-wakil dari pelbagai CERTs dan CSIRTs antaranya South Korea (KISA), Vietnam (VNCERT), Malaysia (MyCERT), Indonesia (Kementerian Koordinator Bidang Politik, Hukum & Keamanan), Cambodia (CAMCERT), Mongolia (Communication Information Technology Authority - CITA), Mauritius (National Computer Board), Uganda (Uganda Institute of Information and Communication Technology), Nigeria (Economic Community of West African States Commission) dan Kosovo (Kosovo Customs).

 

Forum dan mesyuarat ini diadakan untuk berbincang dan berkongsi maklumat mengenai isu keselamatan siber semasa. Selain itu, mesyuarat juga diadakan bagi membincangkan strategi keselamatan siber peringkat kebangsaan dan isu-isu semasa oleh setiap wakil ahli Jawatankuasa Operasi (OC).

 

Jemputan terhadap CyberSecurity Malaysia pada program ini merupakan satu pengiktirafan sebagai peneraju isu-isu keselamatan siber di Malaysia. Dalam masa yang sama, wakil negara luar juga menganggap CyberSecurity Malaysia sebagai wakil negara yang sentiasa peka dan memberi kerjasama bagi memastikan keselamatan siber terjamin di peringkat antarabangsa.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Putrajaya
21 Disember 2017

Pada 21 Disember 2017 telah berlangsung satu majlis menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Nota Kerjasama ini ditandatangani bagi memeterai pemindahan fungsi keselamatan siber dari MOSTI kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), yang merupakan satu agensi pusat khusus yang bertanggungjawab ke atas semua aspek keselamatan siber di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

 

Walaubagaimana pun, CyberSecurity Malaysia kekal sebagai satu entiti di bawah MOSTI dan akan terus beroperasi dalam memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan industri serta latihan keselamatan siber.

 

Dengan termeterai nota kerjasama ini, NACSA dan CyberSecurity Malaysia akan bekerjasama bagi memastikan persekitaran siber serantau yang selamat dan berdaya tahan bagi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran negara. Selain itu, ia turut membuktikan komitmen serius Kerajaan dalam menangani ancaman siber di Malaysia.

 

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan YBhg. Dato' Dr. Haji Amiruddin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia bagi pihak MOSTI manakala YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan YBhg. Ir Md Shah Nuri bin Md Zain, Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Negara pula mewakili Majlis Keselamatan Negara.

 

Majlis menandatangani nota kerjasama ini turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr.) Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

divider-shadow
image
International Conference on Software and e-Business (ICSEB) 2017, Hong Kong
28 – 30 Disember 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian pada International Conference on Software and e-Business atau ICSEB 2017 yang berlangsung di Hong Kong dari 28 hingga 30 Disember 2017.

 

ICSEB 2017 anjuran IEDRC.ORG merupakan platfom bagi para profesional industri, ahli akademik, dan individu terdiri dari pelbagai institusi, industri dan agensi kerajaan bertukar maklumat, pencapaian, dan membincangkan kemajuan dalam bidang perisian dan e-Perniagaan.

 

Sebanyak 30 kertas kerja dibentangkan pada persidangan yang dihadiri oleh pelbagai negara antaranya Malaysia, Turki, China, Indonesia, Japan dan Filipina. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Wira Zanoramy Ansiry Bin Zakaria dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “The Rise of Ransomware”.

 

Penyertaan pada persidangan ini telah memberi peluang untuk memperkenalkan CyberSecurity Malaysia kepada komuniti penyelidik antarabangsa selain dapat menjalin hubungan baik dan mengumpul maklum balas mengenai bidang IT dari para peserta yang hadir di persidangan ini.  

Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image