Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 19 | SUKU KE-EMPAT - 2017
Bahasa | English
NOVEMBER 2017
image
ISO/IEC JTC 1/SC 27 IT Security Techniques Meeting-Berlin, Germany
30 Oktober - 3 November 2017

Pada 30 Oktober sehingga 3 November 2017, telah berlangsung Mesyuarat Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27 di Berlin, German. Mesyuarat ini telah diwakili oleh Puan Maslina Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia.

 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan standard dan piawaian peringkat global. Di dalam bidang keselamatan maklumat, ISO dan IEC telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang terdiri dari lima Kumpulan Kerja (WG) yang bertanggungjawab untuk pembangunan teknikal bagi keselamatan maklumat dan standard IT. CyberSecurity Malaysia merupakan ahli kepada tiga Kumpulan Kerja iaitu, Kumpulan Kerja 1 (WG1): Information Security Management Systems; Kumpulan Kerja 3 (WG3): Security Evaluation, Testing and Specification dan Kumpulan Kerja 4 (WG4): Security Controls and Services.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini adalah bagi mendapat perkembangan terkini berkenaan cadangan, hala tuju dan jangkamasa kerja untuk penghasilan sesuatu dokumen terutamanya dokumen berkaitan projek yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia.

 

Selain itu, penyertaan CyberSecurity Malaysia juga adalah bagi mengetahui isu-isu semasa global yang boleh dijadikan bahan untuk mempertingkatkan penyediaan perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang keselamatan maklumat. Mesyuarat turut dijadikan platform untuk mengukuhkan rangkaian kerjasama dengan peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia yang turut terlibat pada mesyuarat ini.

divider-shadow
image
6th Technical Colloquium, Seri Kembangan, Selangor
2 November 2017

Pada 2 November 2017 berlangsung program “Technical Colloquium 2017” yang merupakan satu program dalam usaha menggalakkan kakitangan CyberSecurity Malaysia menghasilkan penulisan teknikal berdasarkan bidang kepakaran dan kemahiran masing-masing. Sebanyak lapan karya penulisan teknikal meliputi pelbagai tajuk dipilih ke peringkat akhir untuk dibentangkan pada program ini.

 

Pemenang untuk kategori ‘Telah Diterbitkan’, tempat pertama dimenangi oleh penulisan bertajuk “Cyber Security Situational Awareness Among Students: A Case Study in Malaysia” oleh Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat, tempat ke-dua dengan tajuk “CCTV Quality Assessment For Forensics Facial Recognition” hasil karya Jabatan Digital Forensik dan tempat ke-tiga “Automated Analysis Report Generation Using CSM S-Box Evaluation Tool (CSET)” hasil karya Jabatan Pembangunan Kriptologi.

 

Bagi kategori ‘Belum Diterbitkan’ ia telah dimenangi oleh Jabatan Pembangunan Kriptologi berjudul   “Automated Randomness Analysis Report Generation Using CSM Randomness Test Tool”. Manakala Pembentang Terbaik dimenangi oleh Mohamad Firham Effendy daripada Jabatan Digital Forensik.

 

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

divider-shadow
image
Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT), Baku, Azerbaijan
6 – 9 November 2017

Pada 6 sehingga 9 November 2017 telah berlangsung Persidangan Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) di Baku, Azerbaijan. Persidangan pada tahun ini dianjurkan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Kerajaan Azerbaijan (CERT.GOV.AZ) bersama OIC-CERT.

 

Persidangan yang melibatkan 158 orang peserta dari 26 buah negara ini bertujuan bagi menyediakan saluran perkongsian maklumat, membincangkan isu-isu semasa keselamatan siber, mengadakan sesi teknikal serta bertukar pengalaman agar pentadbiran keselamatan siber menjadi lebih cekap dan berkesan. Selain itu, persidangan ini juga menyediakan platform untuk negara-negara anggota berbincang halatuju strategik dan cabaran yang dihadapi seterusnya meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber dalam kalangan negara-negara anggota.

 

Turut berlangsung ialah Mesyuarat Lembaga OIC-CERT. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan operasi seperti keahlian, kemajuan kumpulan kerja dan rangka kerja pentadbiran.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Selain itu, ia turut mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam menghadapi ancaman siber menerusi perkongsian maklumat, kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dengan pasukan tindak balas kecemasan komputer dari negara-negara anggota OIC-CERT.

 

Melalui penyertaan aktif CyberSecurity Malaysia, sekaligus ia dapat menonjolkan sumbangan penting dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam bidang keselamatan siber terutama kepada negara-negara anggota OIC.

divider-shadow
image
2017 Cyber Offensive and Defensive Exercise (CODE), Taipei, Taiwan
8 - 10 November 2017

Pada 8 sehingga 10 November 2017 telah berlangsung Latihan Serangan dan Pertahanan Siber 2017 di Taipei, Taiwan anjuran National Information and Communication Security Taskforce (NICST) of the Executive Yuan (Taiwan Government). CyberSecurity Malaysia telah dijemput menghadiri program ini. Program ini diadakan bertujuan berkongsi maklumat serta pengalaman mengenai pengendalian insiden dengan lebih berkesan terutama Infrastruktur Maklumat Kritikal (CNII).

 

Program ini juga dilaksanakan bagi menguji persiapan organisasi dalam menghadapi ancaman siber, mengukuhkan kaedah tindak balas keselamatan siber dan tindak balas agensi yang mengambil bahagian sewaktu berlakunya serangan siber, menilai keupayaan memulih dan menyelaras system, menilai strategi keseluruhan termasuk Standard Operation Procedure (SOP) agensi yang mengambil bahagian.

 

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperolehi maklumat dan mempelajari kaedah melaksanakan latihan keselamatan siber dengan lebih efektif. Selain itu, satu perjanjian persefahaman akan dimeterai antara  CyberSecurity Malaysia melalui Jabatan MyCERT dan TWCERT sebagai platform untuk memudahkan kerjasama bekerja di peringkat operasi.

divider-shadow
image
Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Huawei, Kuala Lumpur
9 November 2017

Pada 9 November 2017 telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dengan Huawei Malaysia. Majlis diadakan sempena Huawei Asia-Pacific Innovation Day 2017 anjuran Huawei Malaysia di Kuala Lumpur.

 

Memorandum persefahaman tersebut dimeterai bagi mewujudkan kerjasama di antara kedua pihak dalam usaha membangunkan Bandar Pintar selain menjalin kerjasama perkongsian ekonomi melalui Program Kerjasama CyberSecurity Malaysia (CCP).

 

Majlis pertukaran dokumen persefahaman tersebut disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia bersama Abraham Liu Kang, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Malaysia dan disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

 

Dengan termeterai memorandum persefahaman ini, ianya akan dapat membina perkembangan ekonomi digital bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ASEAN serta meneroka ke arah transformasi digital di rantau ini.

divider-shadow
image
DiCyFor Security Summit 2017, Singapura
13 – 14 November 2017

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk mengambil bahagian pada DiCyFor Security Summit 2017 yang berlangsung di Singapura dari 13 hingga 14 November 2017.

 

Program anjuran Nimat Media ini meliputi persidangan dan pameran yang memberi fokus dalam isu kandungan, kualiti dan rangkaian perhubungan berkaitan keselamatan maklumat, komuniti forensik digital tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan platform untuk perkongsian ilmu dalam perkembangan sektor keselamatan siber yang membincangkan perkara berkaitan cabaran, ancaman serta penyelesaian isu berkaitan keselamatan siber.

 

Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan telah menyampaikan ceramah bertajuk Accelerating Security Investigation”.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah membuka peluang untuk jalinan kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat keselamatan siber dan forensik digital dengan pemain industri keselamatan siber seperti GE China, Interpol, Paypal, Darktrace, Responsible Cyber, Avaloq, Cloud Security Alliance.

divider-shadow
image
S.Rajaratnam School Of International Studies (RSIS) Cybercrime Workshop, Singapura
13 – 14 November 2017

Cybercrime Workshop: The Hidden World" was held. The workshop was organized as a platform to share knowledge on topics related to cyber security, which identify trends in cybercrime on a global perspective, the development of cybercrime in dark web, understand the psychology behind cybercrime and cybercrime analysis of threats to the industry.

 

Mohd Zabri Adil Talib, Head of Digital Forensics Department was invited to attend the workshop where he delivered a speech entitled "Case Study: Android Malware Targeting Malaysian Internet Banking User".

 

CyberSecurity Malaysia's participation in this workshop has strengthened the strategic cooperation between Malaysia and Singapore in the area of ​​cyber security, in addition to network with speakers and workshop participants. It has also opened up opportunities for international cooperation in information sharing cyber security and digital forensics between CyberSecurity Malaysia and the S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University (NTU), Singapore.
divider-shadow
image
Mesyuarat Meja Bulat ISO Smart City, Barcelona, Sepanyol
15 – 17 November 2017

Pada 15 sehingga 17 November 2017 telah berlangsung Mesyuarat Meja Bulat ISO Smart City di Barcelona, Sepanyol. Mesyuarat anjuran ISO, IEC dan ITU ini telah dihadiri oleh 28 perwakilan dari pelbagai Negara, antaranya Barcelona, Malaga, The Hague, London, Moscow, Utrecht, Hangzhou, Jepun dan juga Malaysia. Ia diadakan bagi membincangkan cabaran-cabaran dalam menghasilkan standard ISO bagi Bandar Pintar.

 

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini telah dapat mempertingkatkan pengetahuan dalam pembangunan Bandar Pintar terutamanya isu-isu berkaitan pendidikan, pekerjaan serta keselamatan yang dikongsi oleh para perwakilan berdasarkan pengalaman mereka dalam membangunkan Bandar Pintar di negara masing-masing.

 

Maklumat yang diperolehi dari mesyuarat ini akan digunapakai bagi memperkemaskan penawaran perkhidmatan penilaian dan ujian kerentatan bandar pintar yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia. Selain itu, jalinan kerjasama serta kolaborasi juga dapat diwujudkan antara ahli mesyuarat di mana ia berupaya menjadi salah satu sumber rujukan dalam mencari penyelesaian bagi menghasilkan satu standard Bandar Pintar yang komprehensif.

divider-shadow
image
Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Serantau ke-6, Muscat, Oman
20 – 21 November 2017

Pada 20 sehingga 21 November 2017 berlangsung Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Serantau ke-6 di Muscat, Oman. Pihak penganjur ITA Oman telah menjemput Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi untuk membuat pembentangan bertajuk “People Factors in Cyber Resilience: Creating the Need for Cybersecurity Experts”. Seramai 38 penceramah telah terlibat dalam persidangan yang dihadiri oleh 300 peserta daripada pelbagai negara.

 

Persidangan ini bertujuan untuk mengetahui trend terkini isu-isu keselamatan siber, berkongsi maklumat berkenaan perlindungan infrastruktur kritikal yang merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian oleh negara-negara serantau serta menjadi tempat pertemuan pakar keselamatan siber dari seluruh dunia.

 

Melalui persidangan ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mempromosi Global Accredited CyberSecurity Education (Global ACE) Scheme di peringkat antarabangsa terutamanya kepada negara-negara OIC.

divider-shadow
image
Joint International Conferences on Emerging Technology and Sports 2017 (JICETS2017), Kuching, Sarawak
25 – 27 November 2017

Pada 25 sehingga 27 November 2017 teah berlangsung “Joint International Conferences on Emerging Technology and Sports 2017 (JICETS2017)” di Kuching, Sarawak. Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan oleh Green Advanced Computing and Technology (GREAT) Research Group, Centre of Excellence Geopolymer and Green Technology (CEGeoGTech) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

Persidangan ini diadakan bagi menarik ramai penyertaan dari kalangan tokoh akademik, penyelidik dan pengamal profesional dalam bidang 'Big Data' dan 'Cloud Computing' di Malaysia. Selain itu, perkongsian ilmu daripada ahli akademik dan profesional telah berupaya merapatkan jurang dan membina pemahaman dari pelbagai aspek pembangunan dan pengurusan 'Big Data' dan 'Cloud Computing' di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

 

Melalui persidangan ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai agensi yang meneraju bidang keselamatan siber sama ada di dalam Malaysia mahu pun luar negara.

divider-shadow
image
Persidangan Pacific Intech - Cyber Security, Putrajaya
23 November 2017

Persidangan Pacific Intech - Cyber Security Conference telah diadakan pada 23 November 2017 di Putrajaya. Persidangan anjuran Pacific Intech Distribution Sdn Bhd ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan topik utama dalam menangani keselamatan maklumat dan aspek kesedaran siber oleh beberapa pakar industri.

 

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mempelajari ilmu pengetahuan terkini mengenai keselamatan siber dari pakar yang terlibat serta berkongsi maklumat dan membina hubungan rangkaian baharu dengan pihak industri selain mendapat idea baharu bagi menangani isu keselamatan siber.

divider-shadow
image
Persidangan Cyber4All - A Secure and Inclusive Cyberspace for Sustainable Development, New Dehli, India
23 – 24 November 2017

Pada 23 sehingga 24 November 2017 telah berlangsung Persidangan Cyber4All: Keselamatan dan Inklusif Cyberspace untuk Pembangunan Lestari. Persidangan yang diadakan di New Delhi, India ini dianjurkan oleh Global Conference on Cyber Space (GCCS) 2017 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Narendra Damodardas Modi.

 

Persidangan ini diadakan bagi memupuk pandangan holistik mengenai ruang siber serta memperkasakan individu serta kerajaan dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Program ini menggalakkan dialog terbuka di kalangan semua pihak untuk mewujudkan ruang siber yang selamat dan inklusif. Selain itu, ia turut memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai isu-isu kritikal untuk mengoptimumkan potensi ruang siber untuk semua.

 

Melalui penyertaan pada persidangan ini, ia dapat meningkatkan kredibiliti CyberSecurity Malaysia di peringkat antarabangsa, meningkatkan kesedaran keselamatan siber kepada peserta dari serata dunia, meluaskan jaringan kerjasama bersama para pemimpin, penyelidik, saintis serta pendidik dan memperoleh input dalam menambah baik isi kandungan program kesedaran keselamatan siber.

divider-shadow
image
Maritime Security and Coastal Surveillance 2017, Singapore
27 – 29 November 2017

Pada 27 sehingga 29 November  2017 berlangsung Seminar Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai 2017 di Max Atria, Singapura anjuran International Quality and Productivity Centre (IQPC).

 

Seminar ini berperanan sebagai platform bagi CyberSecurity Malaysia untuk mempamerkan aspek kepimpinan, komitmen dan pengiktirafan. Selain itu, seminar ini juga dapat membuktikan komitmen dan kepimpinan CyberSecurity Malaysia dalam keselamatan siber di peringkat negara dan antarabangsa terutamanya dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap ancaman siber.

 

Seminar ini juga turut berkongsi mengenai kaedah menangani isu-isu utama seperti keganasan maritim, perlindungan sempadan dan perkongsian  yang lebih mendalam tentang keselamatan siber dalam aspek maritim.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam seminar ini telah memberi peluang untuk lebih dikenali dan menambahkan lagi pengetahuan dalam meluaskan lagi bidang keselamatan siber.
divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di antara CyberSecurity Malaysia dan May Cyber Teknoloji A.S, Putrajaya
28 November 2017

CyberSecurity Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan May Cyber Teknoloji A.S. sebuah syarikat yang berpangkalan di Ankara, Tukri bagi mengukuhkan prasarana keselamatan siber. Majlis berlangsung pada 28 November 2017 di Putrajaya.

 

MoU ditandatangani oleh Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia manakala Mehmet Ali Yalcindag, Pengerusimewakili May Cyber Teknoloji A.S. dengan disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

 

Antara bidang kerjasama yang dikenalpasti melalui MoU ini ialah:- 

  1. Kolaborasi dalam pembangunan dan penyelidikan yang meliputi bidang teknikal keselamatan siber, alatan, kaedah dan juga proses;
  2. Pembangunan kapasiti melalui program-program latihan kompetensi serta kemahiran keselamatan siber; dan
  3. Membangunkan strategi pemasaran bagi mempromosi bidang keselamatan siber.

Menerusi kerjasama ini, CyberSecurity Malaysia berupaya untuk menyumbang kepada Foreign Direct Investment (FDI)industri keselamatan siber negara kerana telah berjaya menarik organisasi keselamatan siber luar negara untuk membuat pelaburan di Malaysia.

 

Malaysia juga akan menjadikan ‘hub’ perkembangan perkhidmatan serta kepakaran teknologi bagi negara rantau ASEAN termasuk anggota Pertubuhan Kerjasama Islam - OIC. Bagi mencapai matlamat tersebut, May Cyber Teknoloji A.S akan menubuhkan pejabat regional pertama di Malaysia selain mengadakan kerjasama perniagaan dengan syarikat tempatan untuk menggalakkan perpindahan teknologi.

 

Bagi memastikan pelaksanaan bidang-bidang yang dipersetujui, satu pelan tindakan akan dibangunkan untuk membantu dan memantau pelaksanaan aktiviti serta mempromosi perkongsian maklumat antara kedua-dua organisasi.

divider-shadow
image
Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), New Delhi, India
12 – 15 November 2017

Pada 12 sehingga 15 November 2017 telah berlangsung Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCEPT) di New Delhi, India. Program ini merupakan anjuran Indian Computer Emergency Response Team.

 

Program selama empat hari ini bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Timbalan Pengerusi, mengeratkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara ahli APCERT, menonjolkan sumbangan penting dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam bidang keselamatan siber kepada negara-negara anggota Asia Pasifik dan pengiktirafan terhadap kepakaran Malaysia dalam bidang ini telah meningkatkan permintaan APCERT untuk Malaysia memberi latihan kepakaran dalam bidang keselamatan siber kepada agensi dari Bhutan dan Mongolia.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam program ini dapat mempertingkatkan keupayaan ahli APCERT dalam pengurusan rangkaian komputer dan mengendalikan insiden dalam talian,  melaksanakan agenda keselamatan siber di peringkat antarabangsa dan APCERT terus mendapat pengiktirafan dan meraih keyakinan ahli-ahli APCERT untuk melantik semula CyberSecurity Malaysia sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu dan Timbalan Pengerusi APCERT.
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image