Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 2 | Quarter 2 - 2013


 
 
Seminar “Online Business & Websites: Threats & Opportunities”
 

Seminar sehari ini telah dianjur oleh CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Condition ZEBRA (ConZEBRA) bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai kepentingan keselamatan maklumat serta bagaimana perkhidmatan ‘Malaysia Trustmark’ dapat meningkatkan kepercayaan terhadap para pengusaha perniagaan mengenai e-Perniagaan. Seramai 119 peserta telah menghadiri seminar ini, manakala penceramah serta tajuk yang disampaikan adalah seperti berikut:

a. Drew Williams, Presiden, Condition Zebra - “Easing the Pain of BYOD – Your Corporate Network Has Now Extended Beyond Your Control”
b. Carrine Teoh, CyberSecurity Malaysia – “Online Business with Malaysia Trustmark”
c. Jim Manico, Naib Presiden “Security Architecture”, WhiteHat Security – “Top 10 Web Defenses – The Hidden Risks In Website Every C-Level Executive Must Know (Part 1, 2 & 3)”
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
 

Pihak pengurusan CyberSecurity Malaysia telah mengadakan kunjungan ulung ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam siri lawatan ke kementerian dan agensi kerajaan. Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi CyberSecurity Malaysia, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara) ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi, Encik Zahri Yunos dan Ketua Pegawai Teknologi, Dr. Solahuddin Shamsuddin dan 13 Naib Presiden, Ketua Jabatan serta Pengurus CyberSecurity Malaysia.

Pengerusi SKMM, YBhg. Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi bersama enam pengurusan kanannya telah membincangkan aspirasi kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan siber Negara. Kedua pihak juga turut membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua pihak dalam membanteras ancaman siber.

Bengkel Semakan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
 

Bengkel ini telah dianjurkan bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha merangka dan melaksanakan satu siri program di bawah inisiatif Dasar Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Policy – NCSP) bagi agensi-agensi di bawah Insfrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure – CNII). Bengkel ini diadakan khusus bagi melihat kemajuan agensi CNII terpilih dalam melakukan penyediaan dokumen berkaitan pelaksanaan ISMS. Antara agensi yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini adalah:

  1. Kementerian Kerja Raya
  2. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
  4. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
  5. Jabatan Peguam Negara
  6. Kementerian Pelancongan
  7. Perbadanan Putrajaya
  8. Majlis Perbandaran Nilai
  9. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  10. Majlis Keselamatan Negara
Lawatan dari Pegawai-pegawai KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke CyberSecurity Malaysia
 

Lawatan dari pegawai-pegawai TLDM ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai teknologi, pengurusan kualiti keselamatan siber, pembangunan keupayaan dan kapasiti keselamatan siber, penyelidikan keselamatan siber serta penilaian risiko keselamatan siber yang melibatkan perkhidmatan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia. Seramai 31 pegawai TLDM telah menyertai sesi lawatan ini, di mana delegasi telah dibawa meninjau kemudahan makmal Forensik Digital dan MyCERT. Lawatan ini berpotensi bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber di antara TLDM dan CyberSecurity Malaysia.

Program Latihan Digital Forensik kepada Pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
 

Program latihan ini diadakan dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dari segi penggunaan istilah dan pengetahuan khusus para peserta dalam bidang forensik digital. Seramai 40 pegawai Kastam Diraja Malaysia telah menyertai program yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Memahami istilah-istilah berkaitan forensik digital.
  2. Mengetahui kaedah menjalankan siasatan forensik digital dan analisis.
  3. Mengetahui keadaan semasa teknologi forensik digital.
  4. Mengetahui bagaimana untuk mendapatkan bukti digital di tempat kejadian jenayah.
  5. Mengetahui jenis data yang boleh diekstrak daripada media digital.

Dengan adanya program latihan ini, para peserta yang terlibat akan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka di samping dapat mempertingkatkan lagi kecekapan sewaktu menjalankan tugas mereka.

Lawatan daripada Pelajar-pelajar Kejuruteraan Perisian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
 

Lawatan ini telah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai isu-isu berkaitan dengan Forensik Digital dan MyCERT agar para pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kedua-dua bidang berkenaan. Seramai 30 pelajar telah menyertai sesi lawatan ini.