Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 2 | Quarter 2 - 2013


 
 
Jamuan Petang Bersama Media dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Merekacipta Poster dan Video serta Kuiz CyberSAFE e-Baca Anjuran CyberSecurity Malaysia
 

Pertandingan merekacipta poster dan video keselamatan siber diadakan berdasarkan tema sambutan Safer Internet Day 2013 iaitu, “Online Rights & Responsibilities” dengan slogan “Connect with Respect”.

Ia telah diadakan selama empat bulan mulai dari Disember 2012 sehingga Mac 2013. Para peserta pertandingan telah menggunakan isu-isu berkaitan salah laku siber seperti Buli Siber, Hendap Siber, Kecurian Identiti, Penipuan Siber (Online Scam), serta Child Cyber Grooming sebagai tema video ciptaan mereka.

Pertandingan diadakan secara online melalui laman media sosial CyberSecurity Malaysia seperti Facebook, Twitter dan YouTube.

Sebanyak 23 penyertaan merekacipta poster, manakala 25 penyertaan merekacipta video telah diterima dari kalangan pelajar sekolah dan universiti tempatan.

Lawatan Susulan Peserta Kursus Forensik Digital
 

Lawatan yang disertai seramai 28 peserta ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar meninjau dengan lebih dekat kemudahan yang terdapat di CyberSecurity Malaysia selain diberi penerangan mengenai Forensik Digital dan MyCERT. Lawatan ini telah membantu para peserta untuk memahami dan melihat dengan lebih jelas insiden-insiden yang dikendalikan oleh Jabatan Forensik Digital.

Kursus ISO/IEC 27001:2007 ISMS Lead Auditor
 

Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia di mana satu siri program telah dirangka dan dilaksanakan di bawah inisiatif Dasar Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Policy – NCSP) untuk agensi Insfrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure – CNII). Program ini dirangka dengan tujuan memberi kefahaman kepada agensi-agensi CNII terpilih supaya dapat melaksanakan ISMS dengan lebih berkesan.

Senarai agensi yang telah mengikuti bengkel ini adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
  2. Perbadanan Putrajaya
  3. Majlis Perbandaran Nilai
  4. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  5. Universiti Malaya (UM)
  6. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  7. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  8. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke MIMOS Bhd
 

Kunjungan ke MIMOS Bhd pada 13 Jun 2013 seolah-olah sirih pulang ke gagang apabila hampir kesemua pegawai CyberSecurity Malaysia yang menyertai lawatan ini merupakan kakitangan yang pernah berkhidmat di MIMOS Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif Dr Amirudin Abdul Wahab mengetuai lawatan ini bersama-sama 10 pegawai bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan secara bersama.

Ketua Pegawai Operasi MIMOS Bhd, Encik Abd Aziz Abd Kadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Bhd mempengerusi perbincangan yang mengambil masa selama dua jam. MIMOS Bhd turut menyampaikan persembahan mengenai hasil penyelidikannya yang boleh ditawarkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk turut sama dikomersilkan.

‘Staff Retreat’ - ‘Teambuilding'
 

Aktiviti ini telah diadakan di Institut Budaya Baru Malaysia, Kemensah, Hulu Kelang (IBBM) selama dua hari satu malam dan disertai oleh seluruh warga CyberSecurity Malaysia. Antara objektif teambuilding ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan silaturahim di kalangan warga CyberSecurity Malaysia, mengurangkan jurang komunikasi di antara warga, di samping memupuk semangat kerjasama yang erat demi mencapai matlamat bagi mewujudkan persekitaran serta suasana kerja yang damai dan harmoni. Pelbagai aktiviti berpasukan telah diadakan sepanjang program yang memerlukan semangat kerjasama, toleransi dan persefahaman di kalangan ahli kumpulan yang terdiri dari pelbagai Jabatan. Adalah diharapkan hasil dari program ini, ia dapat membantu warga CyberSecurity Malaysia mengenali antara sama dengan lain serta memahami bidang tugas masing-masing.

Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Implementation
 

Kursus ini telah dianjur bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi merangka dan melaksanakan satu siri program di bawah inisiatif NCSP untuk agensi CNII. Ia diadakan bagi melihat kemajuan agensi terpilih dalam melaksanakan penyediaan dokumen berkaitan ISMS. Senarai agensi yang telah mengikuti bengkel ini adalah seperti berikut:

  1. Perbadanan Putrajaya
  2. Majlis Perbandaran Nilai
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  7. MAMPU
  8. AlHijrah Media Corporation
  9. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Bank Negara Malaysia
 

Kunjungan CyberSecurity Malaysia ke Bank Negara Malaysia ini telah disambut oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Bakarudin Ishak. Mengetuai delegasi CyberSecurity Malaysia adalah Ketua Pegawai Eksekutif Dr Amirudin Abd Wahab. Dalam perbincangan tersebut, Bank Negara amat berminat untuk menjalankan kerjasama dalam membanteras penipuan dalam talian dan phishing yang melibatkan sektor perbankan.

Latihan Certified Ethical Hacker (CEH)
 

Latihan anjuran EC-Council Academy Sdn Bhd ini telah diadakan selama lima hari, di mana para peserta telah diberi pendedahan serta ilmu pengetahuan mengenai cara-cara untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam bidang keselamatan siber. Hasil dari latihan ini, para peserta akan memiliki kebolehan mencari, menilai, dan menganalisa sebarang potensi atau masalah kelemahan yang terdapat pada keselamatan komputer.

Latihan ini telah memberi pendedahan kepada beberapa kakitangan CyberSecurity Malaysia mengenai integriti infrastruktur rangkaian dan ujian penembusan.