Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 2 | Quarter 2 - 2013


 
 
Lawatan dari Tuan Yang Terutama Dr Hamed Salim Al-Rawahi, Information Technology Authority (ITA) Board Member serta Delegasi dari Negara Oman
 

Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Pengerusi CyberSecurity Malaysia, YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara) serta pegawai kanan CyberSecurity Malaysia yang lain. Lawatan ini diadakan untuk berbincang mengenai bentuk kerjasama di antara Information Technology Authority (ITA), Oman dan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Seramai 10 orang delegasi Oman menyertai lawatan ini, di mana mereka telah diberi taklimat mengenai peranan, fungsi serta operasi CyberSecurity Malaysia dan telah di bawa melihat kemudahan makmal Forensik Digital dan MyCERT. Lawatan ini juga dilihat sebagai satu pengiktirafan oleh organisasi luar Negara kepada kemampuan CyberSecurity Malaysia dalam melaksana program berkaitan keselamatan siber. Lawatan ini juga telah berjaya membentuk kerjasama di dalam bidang keselamatan siber di antara kedua Negara.

Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Kementerian Luar Negeri
 

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Ini merupakan siri lawatan ke Kementerian dan Agensi Kerajaan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan siber. Kunjungan tersebut telah disambut oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, di mana YBhg. Dato’ Rohana Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri telah mempengerusikan perbincangan semasa lawatan diadakan. Seramai empat pegawai dari CyberSecurity Malaysia telah mengikuti lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Zahri Yunos. Pada sesi lawatan tersebut, CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia, di samping menerangkan perkhidmatan yang dilaksanakan. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Teknologi, Dr. Solahuddin Shamsuddin, Naib Presiden Penyelidikan Polisi Strategik, Encik Sazali Sukardi dan Puan Yati Mohamad Yassin dari Jabatan Perhubungan Kerajaan selaku Sekretariat.

Seminar “Business Online…New Opportunities”
 

Seminar inisiatif CyberSecurity Malaysia pada kali ini diadakan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia Pulau Pinang dan MITI Pulau Pinang. Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan maklumat, di samping meningkatkan kepercayaan pengusaha industri kecil dan sederhana serta peniaga terhadap potensi perniagaan e-Perniagaan.

Seminar ini juga turut memperkenalkan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia, iaitu Malaysia Trustmark, di mana peranan serta fungsi Malaysia Trustmark telah dimaklum dan dikongsi bersama para peserta seminar.

Seramai 110 peserta yang terdiri dari pegawai badan–badan kerajaan serta ahli-ahli perniagaan telah menghadiri seminar ini. Melalui seminar ini juga, CyberSecurity Malaysia telah mengambil peluang untuk menerangkan fungsi agensi dalam usaha memperkukuh serta meningkatkan penjenamaan CyberSecurity Malaysia.

Lawatan dari Pelajar-pelajar UiTM, Shah Alam
 

Lawatan yang disertai oleh seramai 40 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Pejabat, UiTM ini dilakukan untuk meninjau dengan lebih dekat kemudahan makmal serta perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Rombongan telah diberi penerangan mengenai bidang tugas serta peranan dua perkhidmatan utama CyberSecurity Malaysia iaitu Forensik Digital dan MyCERT. Pada sesi lawatan ini juga, para pelajar telah dibawa melihat makmal forensik digital dan meninjau operasi MyCERT. Melalui sesi lawatan ini, para pelajar telah didedahkan dengan peranan CyberSecurity Malaysia serta peluang pekerjaan di bidang keselamatan siber di Malaysia.