Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 12 | SUKU PERTAMA - 2016
Bahasa | English
FEBRUARI 2016
image
Bengkel Countermeasures Against Cybercrime, Japan International Cooperation Agency (JICA), Kyoto, Japan
17 Januari – 6 Februari 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Bengkel Countermeasures Against Cybercrime anjuran Japan International Cooperation Agency of Japan (JICA) di Kyoto, Jepun.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai strategi, teknik dan penyiasatan jenayah siber. Ia turut menjadi platform bagi perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah siber oleh para peserta yang terlibat dalam aspek perundangan, teknik dan kolaborasi di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 14 buah Negara telah dijemput menghadiri bengkel yang menyediakan peluang bagi jalinan kerjasama dalam kalangan agensi yang terlibat. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohd Rizal Abu Bakar dari Jabatan Cyber Action & Intelligence Team.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini telah mengeratkan lagi jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi antarabangsa dalam memperkukuhkan bidang Keselamatan siber di peringkat global.    

divider-shadow
image
Lawatan Kerja Strategik ke Universiti-Universiti di Australia
31 Januari - 5 Februari 2016

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama UNITEN telah mengadakan satu lawatan kerja strategik ke beberapa buah Universiti di Australia, antaranya Queensland University of Technology - Brisbane, Curtin University – Perth dan Edith Cowan University (ECU).

Lawatan kerja ini diadakan bagi mempelajari, menimba ilmu pengetahuan serta mendapatkan informasi dari Universiti yang dikunjungi mengenai Sistem Kawalan Keselamatan SCADA dan Projek Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA (DSTIN) dalam usaha menubuhkan Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi bersama tiga pegawai Jabatan Security Assurance, iaitu Hafizah Che Hasan, Mohamad Fadzlan Mohd Kamal dan Zahrotul Munawwroh Muis.

Selain Universiti, delegasi turut melakukan kunjungan hormat ke pejabat CERT Australia bagi berbincang dan bertukar pandangan serta pengalaman mengenai bidang keselamatan siber terutama isu-isu serangan siber semasa.

Dari lawatan yang diadakan ini, delegasi telah dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam persediaan menubuhkan Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA. Di samping itu, ia juga turut mengukuhkan jalinan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia, UNITEN, CERT Australia serta Universiti yang terlibat.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan CyberSecurity Malaysia
11 Februari 2016

Pada 11 Februari 2016, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan CyberSecurity Malaysia.

Tujuan memorandum ini dimeterai adalah bagi melaksanakan projek-projek di bawah DSTIN Flagship Integrated Cyber Evidence atau ICE, di mana kedua-dua organisasi berkolaborasi dalam bidang penyelidikan Forensik Digital yang merangkumi Pergudangan Data, Data Analitik dan Visualisasi Data Raya.

Melalui kolaborasi ini, kapasiti CyberSecurity Malaysia untuk menjalani analisa forensik termaju pada data berskala besar dapat dicapai. Selain itu, ia juga turut merealisasikan hasrat CyberSecurity Malaysia dan UTM berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan. Hasil dari penyelidikan yang dibuat akan dijadikan platform untuk membantu menyelesaikan kes-kes yang melibatkan bahan bukti digital.

Majlis menandatangani memorandum ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.  

divider-shadow
image
Kerjasama Strategik di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia
11 Februari 2016

Pada 11 Februari 2016, CyberSecurity Malaysia menerima kunjungan dari delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Encik Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi, SKMM.

Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan aktiviti serta meninjau kemajuan Jawatankuasa Kerja Bersama yang ditubuhkan oleh kedua-dua organisasi berdasarkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai pada 9 November 2015 bagi melestari perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia.

Delegasi SKMM seramai 13 orang telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi CyberSecurity Malaysia, Dr. Zahri Yunos bersama beberapa pegawai kanan CyberSecurity Malaysia.

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan beberapa bidang yang dikenalpasti, di mana setiap bidang diterajui oleh beberapa Jawatankuasa Kerja Khusus yang dilantik dan diwakili oleh pegawai dari kedua-dua organisasi.

Kolaborasi strategik di antara CyberSecurity Malaysia dan SKMM merupakan langkah proaktif bagi memastikan bidang keselamatan siber mendapat keutamaan dalam mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan kondusif demi pembangunan negara.    

divider-shadow
image
National Aspiration & Leadership Summit (NALS) 2016, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
14 Februari 2016

Pada 14 Februari 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program National Aspiration & Leadership Summit (NALS) 2016 anjuran Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Program sehari ini diadakan untuk berkongsi visi dan aspirasi pemimpin-pemimpin Malaysia bersama para pelajar institusi pengajian tinggi di dalam dan juga luar negara. Selain itu, ia turut membolehkan para pelajar mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, memupuk harga diri, maruah serta semangat juang untuk negara. Program ini telah menyediakan platform ke arah menjalin hubungan yang lebih rapat dalam kalangan pemimpin pelajar dari dalam dan luar negara Malaysia.

NALS telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan dihadiri seramai 1,000 peserta.

Pada program ini, CyberSecurity Malaysia telah berpeluang mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber kepada para peserta yang berkunjung ke ruang pameran NALS.    

divider-shadow
Latihan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, Seri Kembangan.
15 – 17 Februari 2016

Pada 15 hingga 17 Februari 2016, telah berlangsung program Latihan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013.

Tujuan latihan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai persediaan mereka menjalani proses pengauditan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013.

Program latihan ini juga diadakan bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan maklumat dengan lebih efektif dan keselamatan maklumat terjamin, di samping dapat membina keyakinan dan kepercayaan para pelanggan.   

divider-shadow
image
Majlis Perasmian Penutup Safer Internet Day 2016, Petaling Jaya, Selangor
22 Februari 2016

Bulan Februari setiap tahun merupakan bulan sambutan Safer Internet Day atau SID. Di Malaysia, SID mula disambut pada tahun 2010 dan diterajui oleh CyberSecurity Malaysia. Pada tahun ini, SID peringkat global disambut pada 9 Februari 2016 dengan tema ‘Play Your Part For A Better Internet’.

Berdasarkan tema tersebut, para pengguna internet disaran agar memainkan peranan mereka dengan lebih beretika dan lebih bertanggungjawab. Mereka perlu bertindak sebagai Pemimpin Internet (Internet Leader) bagi mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan kondusif melalui tiga elemen berikut, Pemikir (Thinker), Pemberi Inspirasi (Inspirer) dan Pengerak Proaktif (Proaktif).

Upacara penutup sambutan SID 2016 telah diadakan di Perkarangan Sri Pentas pada 22 Februari 2016 di mana, majlis perasmian penutup tersebut telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada hari tersebut, YB Menteri juga telah bersiaran secara langsung melalui rancangan ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) menerusi saluran TV3. Majlis penutup sambutan SID 2016 turut mendapat liputan langsung melalui MHI dan disaksikan oleh lebih 150 ribu penonton di seluruh Malaysia.

Penggunaan media sebagai perantara bagi menyampaikan mesej keselamatan siber menerusi sambutan SID 2016 telah berjaya memberi publisiti yang meluas kepada CyberSecurity Malaysia. Ia turut melonjak naik nama serta imej CyberSecurity Malaysia dalam kalangan penduduk Malaysia.

divider-shadow
image
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakbalas Keselamatan Komputer Asia Pasifik (Asia Pacific Computer Emergency Response Team - APCERT), Auckland, New Zealand
22 – 23 Februari 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakbalas Keselamatan Komputer Asia Pasifik (Asia Pacific Computer Emergency Response Team - APCERT) yang berlangsung di Auckland, New Zealand pada 22 dan 23 Februari 2016. Mesyuarat diadakan sempena Persidangan Tahunan APNIC (APRICOT 2016).

Seramai 15 orang peserta telah hadir mewakili tujuh negara Jawatankuasa Pemandu APCERT. CyberSecurity Malaysia merupakan Ahli Jawatankuasa Program bagi Persidangan Tahunan APCERT 2016 yang akan diadakan di Tokyo pada 24 -27 Oktober 2016.

Keupayaan dan kepimpinan Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber telah diiktiraf di rantau Asia Pasifik dengan pelantikan CyberSecurity Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi bagi platform kerjasama antarabangsa ini.

Penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia menerusi perkongsian maklumat dalam bidang analisis Malware telah membolehkan CyberSecurity Malaysia dilantik sebagai peneraju kumpulan kerja Cyber Threats Mitigation, satu inisiatif baru dalam mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan sihat. Melalui kumpulan kerja ini, CyberSecurity Malaysia mempunyai akses terus kepada tenaga pakar di peringkat global dan berpeluang untuk bertukar maklumat dan bekerjasama dalam menjalankan analisa bidang berkaitan.    

divider-shadow
Bengkel Google-Fu Power Search Technique, Putrajaya
22 - 23 Februari 2016

Pada 22 dan 23 Februari 2016, telah berlangsung Bengkel Google-Fu Power Search Technique di Putrajaya. Bengkel yang diadakan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini memperkenalkan teknik menggunakan carian enjin Google bagi mendapatkan maklumat secara tepat dan pantas berdasarkan masa, lokasi, laman web melalui penggunaan Advanced Operator, Advanced Search dan Search Tool.

Melalui teknik carian ini, para peserta didedahkan dengan teknik pencarian maklumat melalui pembangunan kata carian yang relevan dan kemahiran teknikal pencarian maklumat menggunakan Google.

Seramai 39 peserta terdiri dari pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah hadir pada bengkel ini. Penganjuran bengkel ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk memperkenalkan fungsi, peranan serta kepakaran selain memperkukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia agensi peneraju bidang Keselamatan siber di Malaysia.    

divider-shadow
image
Program Sosial Inovasi MOSTI: Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Johor, Johor Bahru, Johor
23 – 24 Februari 2016

Ops Jelajah Cyber 2.0 meneruskan ekspedisi ke Negeri Johor. Program dua hari yang dilaksanakan di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI atau MSI ini telah diadakan di Menara M.S.C Cyberport, Johor Bahru dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan juga MSC CyberPort.

Ops Jelajah Cyber 2.0 diadakan bagi mempromosi Program Pembangunan Keusahawanan atau Entreprenuer Development Programme (EDP) MyCSC yang merupakan satu program perkembangan rangkaian Outlet MyCSC. Pengenalan Program MyCSC ini sebagai platform ‘touch point’ kepada rakyat dalam menangani masalah berkaitan Forensik Digital dan juga sebagai pemangkin kepada bidang keusahawanan.

Selain itu, Ops Jelajah Cyber 2.0 juga menyediakan perkhidmatan kepakaran seperti Perkhidmatan Pemulihan data (Data Recovery), Sanitasi Data (Data Sanitization) dan Forensik Digital kepada Komuniti setempat. Melalui Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Johor, lebih 10 storage media (komputer, cakera keras, thumbdrive dan telefon pintar) berjaya dibaikpulih.

Ops Jelajah Cyber 2.0 menjadi platform untuk mempromosi perkhidmatan CyberSecurity Malaysia serta peranan MOSTI dalam memastikan keselamatan siber negara.    

divider-shadow
image
Bengkel Enhancing Port Security Against Terrorism, Bintulu, Sarawak
23 – 25 Februari 2016

Pada 23 hingga 25 Februari 2016, berlangsung bengkel Enhancing Port Security Against Terrorism di Bintulu, Sarawak. Bengkel anjuran Southeast Asia Regional Centre For Counter Terrorism (SEARCCT) diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman serta mewujudkan kesedaran para peserta mengenai ancaman keganasan berkaitan isu-isu keselamatan pelabuhan serta langkah-langkah keselamatan bagi mengesan dan mencegah serangan keganasan yang boleh berlaku ke atas kemudahan pelabuhan di negara ini.

Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Strategik CyberSecurity Malaysia telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Cyber Terrorism’ pada bengkel tersebut.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada bengkel tersebut merupakan satu penghargaan dan pengikitirafan oleh SEARCCT kepada peranan dan fungsi CyberSecurity Malaysia. Di samping itu, ia turut mempamerkan komitmen dan kepimpinan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para peserta terhadap ancaman siber semasa.    

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image