Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 12 | SUKU PERTAMA - 2016
Bahasa | English
set2-image5
 
 
Mesej dari CEO
Salam sejahtera. Sekali lagi kami ingin berkongsi dengan anda informasi mengenai program yang disertai dan dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia sepanjang suku pertama tahun 2016.
Menyedari akan pentingnya peranan keselamatan siber dalam pembangunan digital Malaysia, CyberSecurity Malaysia terus memain peranan sebagai peneraju industri keselamatan siber negara dengan terlibat secara aktif di dalam pelbagai aktiviti serta program berkaitan keselamatan siber. Suku pertama 2016 bermula dengan positif, di mana terdapat pelbagai program yang melibatkan aktiviti memperkasa bidang keselamatan siber sama ada di dalam mahupun luar negara.

Pada suku pertama, CyberSecurity Malaysia telah terlibat dalam menggerakkan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) dengan mengadakan dua aktiviti, iaitu Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang dan Edisi Johor serta program Latihan Peningkatan Kecekapan Keselamatan Siber dan Maklumat peringkat negeri Sarawak dan Sabah. Program MSI amat signifikan kerana berupaya membantu komuniti setempat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan. Justeru, adalah wajar bagi bidang keselamatan siber dibawa ke peringkat akar umbi agar ianya dapat dimanafatkan dengan sebaiknya oleh Komuniti setempat.

CyberSecurity Malaysia juga turut aktif dalam perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman. Suku pertama telah melihat penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia dalam program percambahan ilmu melalui siri lawatan akademi dan kunjungan strategik ke beberapa badan serta organisasi luar negara. Inisiatif ini telah membuka peluang kepada kakitangan untuk melengkapkan diri mereka dengan kepakaran baharu, skill serta kecekapan dalam mengendalikan isu keselamatan siber.

Peranan CyberSecurity Malaysia diperkukuhkan menerusi penglibatan pada program peringkat antarabangsa, antaranya sambutan Safer Internet Day 2016 dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakbalas Keselamatan Komputer Asia Pasifik (APCERT) serta Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Pertubuhan Persidangan Islam (OIC-CERT). Penglibatan secara langsung CyberSecurity Malaysia merupakan satu pengiktirafan antarabangsa ke atas peranan yang dimainkan dalam bidang keselamatan siber.

Dengan adanya sokongan padu dari pelbagai sektor terhadap bidang Keselamatan siber, diharapkan agar CyberSecurity Malaysia akan terus melestari perkembangan industri keselamatan siber demi kesejahteraan semua.

Terima kasih
Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU PERTAMA
set5-image2
5 Januari 2016
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CyberSecurity Malaysia dan Putra Intelek International College (PIIC), Seri Kembangan, Selangor
14 – 15 Januari & 28 – 29 Januari 2016
Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) : Latihan Peningkatan Kecekapan Keselamatan Siber dan Maklumat Negeri Sarawak dan Negeri Sabah
15 Januari 2016
Sidang Kemuncak Kaspersky Lab Partner 2016, Bali, Indonesia
16 - 24 Januari 2016
Projek Penilaian Pensijilan Malaysian Common Criteria Terhadap Produk Hewlett-Packed Enterprise, Beijing, China
19 Januari 2016
Program Amanat Tahun Baru dan Hari Inovasi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Kuala Lumpur
21 Januari 2016
Bengkel The Primary Research 2016, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
21 Januari 2016
Lawatan Kerja TYT Begum Tarana Halim, Menteri Pos, Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Bangladesh ke CyberSecurity Malaysia
24 – 25 Januari 2016
Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) - Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang, Jengka, Pahang
26 Januari 2016 :
Seminar Consumer Protection Knowledge in the Digital Era: Consumer Protection Policy on Cross-border Purchasing in ASEAN, Bangkok, Thailand
26 Januari 2016
CyberSecurity Forum: International Collaboration For Safer World 2016, Manila, Filipina
26 - 28 Januari 2016
2016 International Conference On Information In Business And Technology Management (I2BM 2016), Melaka
28 Januari 2016 :
Seminar Defending Cyber Threats - Insider & Beyond, Putrajaya
set5-image2
17 Januari – 6 Februari 2016
Bengkel Countermeasures Against Cybercrime, Japan International Cooperation Agency (JICA), Kyoto, Japan
31 Januari - 5 Februari 2016
Lawatan Kerja Strategik ke Universiti-Universiti di Australia
11 Februari 2016
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan CyberSecurity Malaysia
11 Februari 2016
Kerjasama Strategik di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia
14 Februari 2016
National Aspiration & Leadership Summit (NALS) 2016, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
15 – 17 Februari 2016
Latihan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, Seri Kembangan.
22 Februari 2016
Majlis Perasmian Penutup Safer Internet Day 2016, Petaling Jaya, Selangor
22 – 23 Februari 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakbalas Keselamatan Komputer Asia Pasifik (Asia Pacific Computer Emergency Response Team - APCERT), Auckland, New Zealand
22 - 23 Februari 2016
Bengkel Google-Fu Power Search Technique, Putrajaya
23 – 24 Februari 2016
Program Sosial Inovasi MOSTI: Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Johor, Johor Bahru, Johor
23 – 25 Februari 2016
Bengkel Enhancing Port Security Against Terrorism, Bintulu, Sarawak
set5-image2
4 – 6 Mac 2016
Karnival Creativity & Science 4U, Kuching, Sarawak
6 – 17 Mac 2016
Kerjasama Strategik Dalam Bidang Digital Forensics Quality Management System, Information
15 - 16 Mac 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2/2016 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT), Yogyakarta, Indonesia
15 - 17 Mac 2016
Persidangan 2016 Advanced Research on Business, Management and Humanities (ARBUHUM2016), Bandung, Indonesia
15 – 17 Mac 2016
3rd International Conference on Communication and Computer Engineering (ICOCOE 2016), Bandung, Indonesia
16 - 19 Mac 2016
Pembangunan Sistem Data Visualisasi dan Alat Salinan Forensic Digital (Forensic X-Tool Imager) serta Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Sistem Kharismatic (Indonesia) Sdn Bhd / Hartama Technology, Bandung, Indonesia
21 Mac 2016
Kunjungan Hormat YB. Dato’ Norsabrina Mohd Nor, EXCO Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Negeri Kedah ke CyberSecurity Malaysia
22 Mac 2016
Majlis Penghargaan CyberSecurity Malaysia 2015, Kuala Lumpur
22 – 23 Mac 2016
4th Annual Cyber Intelligence Asia Conference and Exhibition Bangkok, Thailand
24 Mac 2016
Pameran Sempena Hari Bersama Pelanggan Pusat Teknologi dan Komunikasi (PTMK) 2016, Kuala Lumpur
24 Mac 2016
Lawatan Kerja YB. Dato’ Shahaniza Shamsuddin, EXCO Pembangunan Wanita, Komunikasi dan Multimedia, Negeri Pahang ke CyberSecurity Malaysia
25 Mac 2016
Persidangan International Conference on ICT in Education 2016, Tanjung Malim, Perak
31 Mac 2016
Regional Workshop On Undergraduates and Radicalisation, Kuala Lumpur
31 Mac 2016
Majlis Menandatangani Piagam Projek Pelaksanaan, Adaptasi dan Pensijilan ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PAP), Kuala Lumpur
31 Mac - 1 April 2016
BlackHat Asia 2016, Singapura
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image