Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 12 | SUKU PERTAMA - 2016
Bahasa | English
JANUARI 2016
image
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CyberSecurity Malaysia dan Putra Intelek International College (PIIC), Seri Kembangan, Selangor
5 Januari 2016

Pada 5 Januari 2016 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CyberSecurity Malaysia dan Putra Intelek International College (PIIC). Majlis berlangsung di pejabat CyberSecurity Malaysia di Seri Kembangan. Program utama di bawah MoA ini adalah Program Latihan Keselamatan Maklumat yang dikendalikan oleh PIIC dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Majlis menandatangani MoA tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili CyberSecurity Malaysia manakala PIIC diwakili oleh Dr. M. Barathan K. Muniyandy, Ketua Pegawai Eksekutif, PIIC.

Memorandum Penjanjian ini dijangka dapat mewujudkan kerjasama strategik dalam menyediakan peluang latihan professional bidang keselamatan siber bukan sahaja kepada para pelajar tetapi kepada Komuniti keselamatan siber di Malaysia.     

divider-shadow
image
Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) : Latihan Peningkatan Kecekapan Keselamatan Siber dan Maklumat Negeri Sarawak dan Negeri Sabah
14 – 15 Januari & 28 – 29 Januari 2016

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Program Latihan Peningkatan Kecekapan Keselamatan Siber dan Maklumat. Program latihan ini dilaksanakan di bawah inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dikenali sebagai Program Inovasi Sosial MOSTI (MOSTI Social Innovation Program) atau MSI. Ia diperkenalkan bagi membantu Komuniti setempat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Pada bulan Januari 2016, program latihan ini telah diadakan di dua buah negeri, iaitu di Negeri Sarawak pada 14 dan 15 Januari manakala di Negeri Sabah pada 28 dan 29 Januari.

Di Sarawak, seramai 35 orang peserta terdiri daripada usahawan wanita serta belia dari sekitar Bandaraya Kuching yang juga merupakan ahli Persatuan Usahawan Wanita Persekutuan Malaysia (Federation of Women Entrepreneurs Associations of Malaysia) - FEM dan beberapa wakil penduduk dari komuniti di Petra Jaya telah mengikuti program latihan yang diadakan selama dua (2) hari dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuching dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P194 Petra Jaya.

Sementara di Sabah, seramai 38 orang peserta terdiri dari Ahli-ahli Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Sandakan serta Persatuan Usahawan Wanita Persekutuan Malaysia (Federation of Women Entrepreneurs Associations of Malaysia) – FEM telah mengikuti program latihan yang diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sandakan.

Program latihan ini turut mendedahkan para peserta dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia, antaranya Pusat Bantuan Cyber999 dan juga Malaysia Trustmark.

divider-shadow
image
Sidang Kemuncak Kaspersky Lab Partner 2016, Bali, Indonesia
15 Januari 2016

Pada 15 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Sidang Kemuncak Kaspersky Lab Partner 2016 yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada Sidang Kemuncak anjuran NT PT Nusantara Utama Technology, Indonesia ini merupakan kesinambungan daripada lawatan kerja yang dilakukan oleh CyberSecurity Malaysia ke ibu pejabat Kaspersky Lab di Rusia pada tahun 2015.

Pada Sidang Kemuncak ini, CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Cyber Forensics Investigation Center – CyberFIC”. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Dr. Aswami Mohd Ariffin, Naib Presiden, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber dan Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT).

Selain ianya satu pengiktirafan di atas kepakaran CyberSecurity Malaysia, penyertaan pada Sidang Kemuncak ini juga telah mengukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik di antara CyberSecurity Malaysia dan Kaspersky dalam menangani ancaman malware dan juga teknologi pengesanan ancaman atau “Advance Persistance Threat” (APT).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di dalam Sidang Kemuncak ini membuktikan kesungguhan serta komitmen CyberSecurity Malaysia dalam usaha menangani insiden keselamatan siber.  

divider-shadow
Projek Penilaian Pensijilan Malaysian Common Criteria Terhadap Produk Hewlett-Packed Enterprise, Beijing, China
16 - 24 Januari 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai kumpulan penilai bagi melaksanakan projek pengujian serta penilaian ATE (Functional Testing) ke atas produk-produk keluaran Hewlett-Packard Enterprise, antaranya HSR 6600 Series, HSR 6800 Series dan MSR1000 Series Routers bermula dari 16 hingga 24 Januari 2016 di Beijing.

Proses pengujian, penilaian serta semakan dokumentasi dan prosidur tersebut dijalankan bagi tujuan penganugerahan Pensijilan Malaysia Common Criteria (MyCC) kepada produk-produk keluaran Hewlett-Packard Enterprise.

Pengujian yang dijalankan ini lebih menjurus kepada speksifikasi keselamatan yang telah ditetapkan di dalam skop projek. Hasil daripada pengujian ke atas produk tersebut, didapati produk-produk tersebut menepati criteria yang ditetapkan di bawah Common Criteria ISO/IEC 15408 and 18045.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam proses penilaian dan pengujian ini telah membuktikan bahawa organisasi global mengiktiraf kepakaran serta keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam mengeluarkan sijil berdasarkan perkhidmatan pensijilan Malaysian Common Criteria (MyCC).

divider-shadow
image
Program Amanat Tahun Baru dan Hari Inovasi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Kuala Lumpur
19 Januari 2016

Pada 19 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di Program Amanat Tahunan dan Hari Inovasi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini adalah sebagai pempamer, di mana ia telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk memperkenalkan fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dan teknikal keselamatan siber selain menerangkan perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia kepada pegawai dan kakitangan PTPTN.   

divider-shadow
image
Bengkel The Primary Research 2016, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
21 Januari 2016

Pada 21 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Bengkel “The Primary Research 2016” anjuran Research and Innovation Management Centre (RIMC), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bengkel selama sehari ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan UUM. Ia diadakan untuk memberi kesedaran mengenai peluang penyelidikan dan strategi bagi mendapatkan geran penyelidikan dari agensi-agensi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga agensi-agensi awam dan swasta.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden, Bahagian Penyelidikan Strategik. Pada bengkel tersebut, CyberSecurity Malaysia telah menjadi ahli panel sesi forum bertajuk “Research That Matters”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini telah berjaya memperkenalkan CyberSecurity Malaysia kepada pegawai serta kakitangan UUM. Di samping itu, ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia kerana dijemput menyertai bengkel di atas peranan agensi ini sebagai peneraju serta pakar bidang keselamatan siber di Malaysia.    

divider-shadow
image
Lawatan Kerja TYT Begum Tarana Halim, Menteri Pos, Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Bangladesh ke CyberSecurity Malaysia
21 Januari 2016

Pada 21 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan kerja dari Negara Bangladesh. Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan Yang Terutama Begum Taranan Halim, Menteri Pos, Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Bangladesh.

Delegasi telah disambut oleh YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Pada lawatan tersebut, delegasi telah diberi taklimat dan penerangan mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia, selain membuat lawatan ke makmal Forensik Digital, MyCERT dan Security Assuarance.

Lawatan tersebut telah berjaya mengukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara Malaysia dan Bangladesh terutama dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) - Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang, Jengka, Pahang
24 - 25 Januari 2016

Pada 24 dan 25 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Ops Jelajah Cyber 2.0. Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MOSTI Social Innovation).

Program selama dua hari ini telah diadakan di Dewan Peneroka, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka. Antara perkhidmatan yang disediakan melalui program ini adalah Pemulihan Data, Sanitasi Data serta Forensik Digital. Selain itu, program ini turut dijadikan platform untuk memperkenalkan Program Pembangunan Keusahawanan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC). Ia merupakan satu program perkembangan rangkaian Outlet MyCSC bagi menyemarakkan lagi pembangunan keusahawanan dalam bidang keselamatan siber di Malaysia. MyCSC juga berupaya menjadi ‘touch point’ kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan keselamatan siber yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia.

Ops Jelajah Cyber 2.0 dijangka dapat memupuk dan mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan siber terutama dalam kalangan pengguna internet di samping meningkatkan jumlah masyarakat Malaysia agar menjadi celik IT.

Ops Jelajah Cyber 2.0 merupakan kesinambungan daripada Ops Jelajah Cyber yang pernah diadakan oleh CyberSecurity Malaysia pada tahun 2015 berikutan bencana banjir besar yang melanda negara pada tahun 2014. Ianya dilaksanakan bagi membantu penduduk terjejas banjir mendapatkan kembali data serta maklumat yang disimpan di dalam peranti serta gajet ICT yang musnah ditenggelami banjir.

divider-shadow
Seminar Consumer Protection Knowledge in the Digital Era: Consumer Protection Policy on Cross-border Purchasing in ASEAN, Bangkok, Thailand
26 Januari 2016

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Seminar Consumer Protection Knowledge in the Digital Era: Consumer Protection Policy on Cross-border Purchasing in ASEAN yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Seminar anjuran Office of the Consumer Protection Board, Thailand ini dihadiri oleh seramai 120 orang peserta.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Professional Keselamatan Siber di mana beliau telah menjadi ahli panel dalam sesi kedua seminar yang bertajuk “The importance of Cyber Security for Consumer and The Best Practice on Consumer Privacy Data.”

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam seminar telah berjaya mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat pakar keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.  

divider-shadow
image
CyberSecurity Forum: International Collaboration For Safer World 2016, Manila, Filipina
26 Januari 2016

Pada 26 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai CyberSecurity Forum: International Collaboration For Safer World 2016 anjuran CONNECT2SEA di Manila.

Forum ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Asia Pacific Advanced Network (APAN) dan disertai lebih 300 peserta dari pelbagai organisasi penyelidikan dan rangkaian pendidikan, akademi dan kerajaan Negara-negara ekonomi Asia dan Oceania.

Tujuan forum ini diadakan adalah untuk mengumpulkan penyelidik dari Asia dan Eropah serta pembuat dasar ICT untuk berbincang dan bertukar-tukar idea serta pengalaman mengenai inisiatif keselamatan siber di negara mereka.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ismamuradi Bin Dato’ Hj Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategik di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Game Changer in Making ASEAN Country as Cybersecurity Hub”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada Forum ini telah membuka peluang untuk jalinan kerjasama strategik diwujudkan dalam bidang keselamatan siber sama ada dalam kalangan organisasi di negara anggota ASEAN mahupun luar ASEAN khususnya negara Kesatuan Eropah.    

divider-shadow
image
2016 International Conference On Information In Business And Technology Management (I2BM 2016), Melaka
26 – 28 Januari 2016

Pada 26 hingga 28 Januari 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di persidangan International Conference on Information in Business and Technology Management yang dianjurkan oleh Malaysian Technical Scientist Association Malaysia (MALTESAS) dan University Malaysia Perlis (UMP).

Persidangan ini merupakan gabungan tiga (3) acara berikut:

  1. 2016 Applied Mathematics in Science & Engineering International Conference (APPEMSE);
  2. 2016 International Symposium on Information & Internet Technology (SYMINTECH);
  3. 2016 International Conference on Information in Business & Technology (I2BM).

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan CyberSecurity Malaysia di mana beliau telah membentangkan jurnal bertajuk “Elements in the Cyber Security Framework for Protecting the Critical Information Infrastructure Against Cyber Threats”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi peluang untuk berkongsi kepakaran, pengalaman serta maklumat berkaitan keselamatan maklumat kritikal negara dari ancaman siber. Selain itu, ia turut mengukuhkan jalinan rangkaian kerjasama dalam bidang penyelidikan di antara CyberSecurity Malaysia dengan pelbagai pihak yang turut terlibat pada persidangan tersebut.   

divider-shadow
image
Seminar Defending Cyber Threats - Insider & Beyond, Putrajaya
28 Januari 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Seminar Defending Cyber Threats-Insider & Beyond anjuran Originex Sdn Bhd bertempat di Dewan Putra Perdana, Shangri La Putrajaya Hotel. Seminar yang diadakan pada 28 Januari 2016 ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai isu keselamatan siber yang semakin serius dan berleluasa di negara ini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden, Bahagian Penyelidikan Strategik di mana beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk “The Current Cyber Security Landscape – How To Stay Ahead”.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam seminar ini telah membuka peluang untuk memperkenalkan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju bidang keselamatan siber. Selain itu, ia juga merupakan satu penghargaan kepada CyberSecurity Malaysia apabila diberi peluang untuk membuat pembentangan pada seminar tersebut.    

Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image