Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 12 | SUKU PERTAMA - 2016
Bahasa | English
MAC 2016
image
Karnival Creativity & Science 4U, Kuching, Sarawak
4 – 6 Mac 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Karnival Creativity & Science 4U anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) peringkat Negeri Sarawak dari 4 hingga 6 Mac 2016 di Dewan Suarah Kuching, Sarawak. Acara telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Seramai lebih 5,000 pengunjung hadir ke karnival yang diadakan selama tiga hari tersebut.

Karnival Creativity & Science 4U merupakan satu program tahunan MOSTI dalam usaha menyebarluas kepentingan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pada acara tersebut, CyberSecurity Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan serta program berkaitan keselamatan siber kepada masyarakat di negeri Sarawak. Selain itu, aktiviti CyberSAFE Quest yang melibatkan pelajar sekolah turut diadakan bagi memberi pemahaman kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan keselamatan siber.  

divider-shadow
image
Kerjasama Strategik Dalam Bidang Digital Forensics Quality Management System, Information Technology Authority, Oman, Oman
6 – 17 Mac 2016

Pada 6 hingga 17 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan bengkel penyediaan perkhidmatan Quality Management System (QMS) terhadap makmal forensik digital National Digital Forensics Laboratory, Information Technology Authority, Oman.

Satu program latihan QMS termasuk ujian kecekapan dan kompentensi telah disediakan oleh CyberSecurity Malaysia kepada pegawai-pegawai Information Technology Authority, Oman.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sarah Khadijah Taylor, Juruanalisa Kanan Forensik Digital selaku Ketua Projek manakala Tajul Josalmin Tajul Ariffin, Juruanalisa Kanan Forensik Digital sebagai Pengurus Pembangunan Projek.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam penyediaan perkhidmatan ini membukti keupayaan tenaga pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia diiktiraf di persada antarabangsa. Ia turut mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat rujukan keselamatan siber bukan sahaja di peringkat tempatan malah di arena antarabangsa.     

divider-shadow
image
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2/2016 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT), Yogyakarta, Indonesia
15 - 16 Mac 2016

Pada 15 dan 16 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2/2016 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) di Yogjakarta, Indonesia.

Mesyuarat anjuran bersama Indonesia Security Incident Response Team on Internet Infrastructure (IDSIRTII) ini diadakan bagi berkongsi maklumat serta membincangkan halatuju strategik, cabaran serta isu-isu semasa berkaitan keselamatan siber dalam kalangan negara-negara anggota OIC-CERT. Di samping itu, ia turut menjadi platfom meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber dalam kalangan negara-negara anggota OIC-CERT.

Pada Mesyuarat ini, CyberSecurity Malaysia telah membentangkan empat (4) kertas kerja, antaranya Cybersecurity Strategic Plan for OIC Member States, Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme, OIC-CERT Malware Research and Coordination Facility dan OIC-CERT Financial Utilization Guideline.

Penglibatan secara langsung CyberSecurity Malaysia sebagai Sekretariat Tetap OIC-CERT pada persidangan ini telah berupaya menonjolkan sumbangan, kepakaran serta peranan yang dimainkan oleh CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber terhadap negara-negara anggota OIC. Selain itu, ia turut mempertingkatkan keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam menghadapi ancaman siber menerusi perkongsian maklumat, kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dengan pasukan tindak balas kecemasan komputer negara-negara anggota OIC-CERT.    

divider-shadow
image
Persidangan 2016 Advanced Research on Business, Management and Humanities (ARBUHUM2016), Bandung, Indonesia
15 - 17 Mac 2016

Pada 15 hingga 17 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan 2016 Advanced Research on Business, Management and Humanities (ARBUHUM2016) anjuran Kongres Saintis Teknikal Malaysia (MTSC) dan disokong oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Roshdi Ahmad, Naib Presiden Kanan, Bahagian Korporat Strategik & Pembangunan Industri. Beliau telah membuat pembentangan kertas kajian penyelidikan yang bertajuk “Factor Influencing User Adoption of Malaysia Cyber Security Clinic (MyCSC) Services”.

Persidangan ini dihadiri oleh penyelidik, ahli akademik serta organisasi dari sektor swasta dan kerajaan. Persidangan ini telah menawarkan peluang mengukuhkan kerjasama yang sedia ada untuk memantapkan lagi hasil penyelidikan dalam jangka masa terdekat.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah membuka peluang mempromosi serta memperkenalkan agensi ini kepada Komuniti antarabangsa selain mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar keselamatan siber di rantau ini.    

divider-shadow
image
3rd International Conference on Communication and Computer Engineering (ICOCOE 2016), Bandung, Indonesia
15 – 17 Mac 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai 3rd International Conference on Communication and Computer Engineering (ICOCOE 2016) di Bandung, Indonesia pada 15 hingga 17 Mac 2016.

Persidangan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Malaysia Technical Scientist Association (MALTESAS) diadakan sebagai platform untuk perbincangan intelektual para penyelidik dan pengamal industri berkongsi idea baru, hasil penyelidikan dan pengalaman pembangunan praktikal dalam bidang berkaitan komputer dan komunikasi.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohamad Nizam Kassim, Juruanalisa Kanan, Jabatan Penyelidikan Strategik dan Khidmat Nasihat. Beliau telah membuat pembentangan hasil kerja penyelidikan bertajuk “Enhanced Affixation Word Stemmer with Stemming Error Reducer to Solve Affixation Stemming Errors”.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini merupakan satu pengiktirafan oleh pihak penganjur di atas kepakaran serta kebolehan CyberSecurity Malaysia dalam perkembangan bidang Keselamatan siber di rantau ini. Ia turut membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri Keselamatan siber di Malaysia.   

divider-shadow
image
Pembangunan Sistem Data Visualisasi dan Alat Salinan Forensic Digital (Forensic X-Tool Imager) serta Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Sistem Kharismatic (Indonesia) Sdn Bhd / Hartama Technology, Bandung, Indonesia
16 - 19 Mac 2016

CyberSecurity Malaysia berhasrat untuk mengadakan kerjasama strategik bersama Kharismatic (Indonesia) Sdn Bhd dan Hartama Technology Indonesia bagi membangunkan sistem data visualisasi berkenaan ancaman siber (Botnet) dan pembangunan alat salinan forensik (Forensic X-Tool Imager). Mesyuarat diadakan di Bandung, Indonesia pada 16 hingga 19 Mac 2016.

Delegasi CyberSecurity Malaysia terdiri daripada Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber, Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital dan Mohamed Fadzlee Sulaiman, Juruanalisa Kanan Jabatan Forensik Digital.

Melalui kerjasama strategik ini, entiti yang terlibat telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam membangunkan sistem data visualisasi yang kompetitif bagi makmal forensik digital CyberSecurity Malaysia khususnya bagi perkhidmatan CyberDEF. Ia akan dijadikan projek model dan konsep baru sistem data visualisasi yang berkaitan dengan ancaman siber (botnet).

Selain itu, produk inovasi turut akan dihasilkan dengan mempunyai elemen forensic readiness yang melengkapi aspek keselamatan bagi tujuan memelihara bahan bukti digital agar ianya dapat mengekalkan integriti dan boleh diterima serta digunapakai bagi proses perundangan.  

divider-shadow
image
Kunjungan Hormat YB. Dato’ Norsabrina Mohd Nor, EXCO Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Negeri Kedah ke CyberSecurity Malaysia
21 Mac 2016

Pada 21 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia menerima kunjungan YB. Dato’ Norsabrina Mohd Nor, EXCO Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Negeri Kedah. Kunjungan bersama tiga delegasi Negeri Kedah bertujuan meninjau dengan lebih dekat peranan serta tanggungjawab CyberSecurity Malaysia dalam pembangunan dan perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia.

Pada sesi kunjungan tersebut delegasi telah diberi taklimat mengenai CyberSecurity Malaysia oleh Lt. Col. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Outreach dan Pembangunan Kapasiiti serta dipertontonkan dengan video Korporat. Delegasi juga dibawa melawat prasarana makmal Forensik Digital dan juga pusat pengendalian insiden dan malware di Jabatan MyCERT.

Kunjungan tersebut telah membuka peluang kerjasama strategik di antara CyberSecurity Malaysia dengan Kerajaan Negeri Kedah dalam melestarikan industri keselamatan siber, khususnya di negeri Kedah Darul Aman.  

divider-shadow
image
Majlis Penghargaan CyberSecurity Malaysia 2015, Kuala Lumpur
22 Mac 2016

Pada 22 Mac 2016 telah berlangsung Majlis Penghargaan CyberSecurity Malaysia bagi tahun 2015. Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada media tempatan di atas usaha, inisiatif serta sokongan mereka terhadap isu-isu berkaitan keselamatan siber. Terdapat sembilan (9) kategori anugerah media paling menyokong diberi berdasarkan nilai PR terhadap penerbitan artikel dan liputan media yang disediakan oleh media tempatan sepanjang tahun 2015. (pautan ke Siaran Media)

Sementara itu, pada majlis yang sama penyampaian sijil kepada penerima pensijilan beberapa perkhidmatan yang disediakan CyberSecurity Malaysia turut diadakan. Seramai 16 penerima terdiri dari organisasi tempatan dan luar Negara menerima pensijilan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia Information Security Management System Audit and Certification (CSM27001) Scheme, Malaysia Common Criteria (MyCC) Scheme, Malaysia Trustmark for Private Sector. (pautan ke Siaran Media)

Majlis Penghargaan CyberSecurity Malaysia telah berjaya mengeratkan jalinan kerjasama dan hubungan baik bersama pihak media dan juga organisasi dari pelbagai sektor, di samping mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju industri keselamatan siber di Malaysia.    

divider-shadow
image
4th Annual Cyber Intelligence Asia Conference and Exhibition Bangkok, Thailand
22 – 23 Mac 2016

Pada 22 dan 23 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Persidangan Tahunan Ke-4 Cyber Intelligence Asia dan Pameran yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Persidangan anjuran Intelligence-Sec Limited (UK) bersama dengan Thailand's National Electronics and Computer Technology Center (NECTEC) (as the Official Partner) diadakan dengan tujuan berkongsi maklumat, serta membincangkan isu-isu berkaitan jenayah siber yang dihadapi di rantau Asia-Pasifik dan perkongsian pengetahuan dengan wakil dari Asia Pasifik dan Thailand mengenai pembangunan strategi keselamatan siber.

Pelbagai topik menarik berkaitan keselamatan siber dibentangkan pada persidangan ini. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Fazlan Abdullah, Ketua Jabatan Perhubungan Kerajaan di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk "A Holistic Approach For Cyber Security And Critical Information Infrastructure Protection”.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah memberi pelbagai impak positif, antaranya mempelajari case study dan best practices dalam implementasi keselamatan siber negara-negara lain, berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara kepada para peserta, menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta seminar untuk keselamatan siber strategik dan meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi-agensi dari negara yang terlibat.  

divider-shadow
image
Pameran Sempena Hari Bersama Pelanggan Pusat Teknologi dan Komunikasi (PTMK) 2016, Kuala Lumpur
24 Mac 2016

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Hari Bersama Pelanggan Pusat Teknologi dan Komunikasi (PTMK) 2016 yang dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) pada 24 Mac 2016.

Program ini diadakan untuk memberi maklumat serta pendedahan mengenai isu keselamatan siber terkini kepada warga UPNM dan juga orang ramai yang hadir ke program tersebut.

CyberSecurity Malaysia telah mempamerkan perkhidmatan keselamatan siber termasuk MyCyberSecurity Clinic (MyCSC). Seramai lebih 300 pengunjung hadir ke ruang pameran CyberSecurity Malaysia bagi mendapatkan informasi mengenai bidang keselamatan siber.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang untuk mempromosi dan memperkenalkan agensi kepada orang awam khususnya para pelajar UPNM.    

divider-shadow
image
Lawatan Kerja YB. Dato’ Shahaniza Shamsuddin, EXCO Pembangunan Wanita, Komunikasi dan Multimedia, Negeri Pahang ke CyberSecurity Malaysia
24 Mac 2016

Pada 24 Mac 2016, satu lawatan kerja oleh delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh YB. Dato’ Shahaniza Shamsuddin, EXCO Pembangunan Wanita, Komunikasi dan Multimedia, Negeri Pahang telah dilakukan ke CyberSecurity Malaysia.

Delegasi seramai 40 orang tersebut disambut oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia di mana delegasi telah dibawa melawat MyCyberSecurity Clinic, makmal Forensik Digital, Pusat Penyelidikan Malware dan juga Pusat Pengendalian Insiden di Jabatan MyCERT.

Selain memahami peranan serta tanggungjawab CyberSecurity Malaysia, lawatan kerja ini juga telah membuka peluang kepada kedua belah pihak untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang keselamatan siber.    

divider-shadow
image
Persidangan International Conference on ICT in Education 2016, Tanjung Malim, Perak
25 Mac 2016

Pada 25 Mac 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam persidangan dwitahunan International Conference on ICT in Education 2016 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Persidangan ini merupakan platform bagi para penyelidik, cendekiawan, pendidik, pengamal dan pemaju aplikasi untuk berkongsi serta menyebarkan pengetahuan dan maklumat yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang memberi tumpuan kepada bidang pendidikan.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Staying Ahead of Evolving Cyber Threats”.

Penglibatan di dalam persidangan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai agensi yang meneraju bidang keselamatan siber di Malaysia.   

divider-shadow
image
Regional Workshop On Undergraduates and Radicalisation, Kuala Lumpur
31 Mac 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam bengkel Regional Workshop On Undergraduates and Radicalisation anjuran Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) pada 31 Mac 2016.

Program ini telah dihadiri oleh lebih 40 pegawai kerajaan dari negara ASEAN, antaranya Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Filipina dan juga Malaysia.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai isu-isu radikalisasi di universiti, mengupas dan membincangkan trend serta kaedah radikalisasi yang dilakukan oleh pihak pengganas, membincangkan penggunaan sosial media sebagai alat untuk radikalisasi dan pencegahannya serta berkongsi amalan terbaik dalam usaha pencegahan radikalisasi di universiti.

Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia telah dijemput sebagai ahli panel pada sesi bertajuk "The Force Awakens: Social Media as a tool for Radicalisation and De-radicalisation" untuk berkongsi buah fikiran memandangkan beliau mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Dr Zahri juga telah membentangkan kertas kerja bertajuk “The Influence of Social Media in Radicalisation" pada program tersebut.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang untuk mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dalam bidang keselamatan siber, di samping mengeratkan kerjasama dan hubungan baik dengan pihak industri dalam inisiatif keselamatan siber di Malaysia.  

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Piagam Projek Pelaksanaan, Adaptasi dan Pensijilan ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PAP), Kuala Lumpur
31 Mac 2016

Pada 31 Mac 2016 telah berlangsung satu Majlis Menandatangani Piagam Projek Pelaksanaan, Adaptasi dan Pensijilan ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Management Systems (BCMS).

Majlis diadakan untuk merasmikan permulaan projek pelaksanaan ISO 22301 – BCMS bagi dua agensi rintis yang terpilih iaitu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM). CyberSecurity Malaysia bertindak sebagai Badan Pensijilan bagi mempersijilkan kedua-dua agensi rintis ini.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Bin Lebai Juri, Ketua Pengarah ANM dan YBrs. Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

Dengan terlaksana projek rintis ini, ia akan dapat menseragamkan sistem pengurusan kesinambungan perkhidmatan dalam kalangan sektor awam. Projek ini juga dijadikan sebagai penanda aras bagi tahap kesiapsiagaan agensi sektor awam yang diterajui oleh MAMPU. Selain itu, ia akan membantu CyberSecurity Malaysia dalam usaha untuk menjadi Badan Pensijilan ISO 22301.  

divider-shadow
BlackHat Asia 2016, Singapura
31 Mac - 1 April 2016

Pada 31 Mac hingga 1 April 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam persidangan Blackhat Asia 2016 anjuran komuniti Blackhat US di Singapura.

Persidangan teknikal keselamatan siber ini merupakan platfom bagi para tenaga pakar, penyelidik, cendekiawan dan pengamal keselamatan IT professional berkongsi maklumat mengenai informasi penyelidikan keselamatan IT, pembangunan produk dan Keselamatan teknologi mengenai trend terkini berkaitan ancaman siber.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Aswami Ariffin, Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Tindakbalas Kecemasan Siber dan Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer (MyCERT).

Penglibatan di dalam persidangan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai agensi yang meneraju bidang keselamatan siber di Malaysia serta secara langsung dapat mempertingkatan usaha dalam menangani isu-isu dan masalah berkaitan ancaman siber.

Selain dari itu, maklumat-maklumat dan kajian kes yang telah diperolehi dapat digunapakai bagi menjayakan projek pembangunan Coordinated Malware Eradication and Remediation Projek (CMERP) dan juga menyokong perkhidmatan CyberDEF di CyberSecurity Malaysia.    

Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image