ISU 36, SUKU PERTAMA - 2022

JANUARI

Pada 25 Januari 2022, CyberSecurity Malaysia, EclectiqIQ dan Syntx Sdn. Bhd. telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada satu majlis yang diadakan secara maya.

Kerjasama yang dijalinkan ini merangkumi aspek teknikal di antara ketiga-tiga pihak untuk membangunkan platform Malaysia Information Sharing Analysis Centre bertujuan untuk menyalurkan maklumat teknikal berkenaan ancaman siber kepada organisasi di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) di Malaysia.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amiruddin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif dan Dr. Ts. Aswami Fadillah Bin Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, manakala wakil dari EclectiqIQ ialah Joep Gommers, Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Fadzril Azhar Md Fatin, Ketua Pegawai Eksekutif Syntx Sdn. Bhd.

Melalui MoU yang dimeterai ini, CyberSecurity Malaysia dapat membangunkan keupayaan teknikal perisikan ancaman siber (Cyber Threat intelligence) bagi menangani ancaman siber selaras dengan Pelan Strategi Keselamatan Siber  Malaysia (MCSS) iaitu meningkatkan keupayaan menangani isu keselamatan siber secara efektif di negara ini.

Pada 25 Januari 2022 Agensi Kerajaan Negeri Sabah yang  diketuai oleh Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) telah mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia.

Kunjungan rasmi ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama dan kolaborasi strategik dengan industri keselamatan siber tempatan serta entiti kerajaan lain dalam menggalakkan pembangunan dan inovasi produk dan perkhidmatan keselamatan siber Malaysia.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengetuai pasukan CyberSecurity Malaysia telah menyambut delegasi terdiri dari tujuh Agensi yang diketuai oleh Puan Viviantie Sarjuni, Pengurus Besar,Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC).

Melalui lawatan ini, CyberSecurity Malaysia telah membuka peluang kerjasama bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah sekaligus menyokong Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS).

FEBRUARI

Pada 1 Februari 2022, CyberSecurity Malaysia telah melantik Encik Roshdi Ahmad sebagai Ketua Pegawai Operasi yang baharu bagi mengantikan Ts. Dr Zahri Yunos yang bersara dari perkhidmatan. Perlantikan dibuat berdasarkan keputusan Ahli Lembaga Pengarah pada 16 Disember 2021.

Encik Roshdi mula berkhidmat di CyberSecurity Malaysia pada November 2007 dan mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman kerja bersama syarikat besar seperti Malaysia Airlines, Malaysia Resources Corporation Berhad dan Malaysia Digital Economy Corporation.

Beliau memiliki Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Diploma Perniagaan Tani dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, beliau merupakan Naib Presiden Kanan, Bahagian Korporat Strategi dan Perhubungan Industri, CyberSecurity Malaysia.

Pada 11 Februari 2022, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Seminar Keselamatan Siber anjuran Fakulti Sains & Maklumat, Albukhary International University (AIU) bertempat di kampus Albukhary International University, Alor Star, Kedah.

Seminar ini merupakan platfom bagi mendedahkan para pelajar mengenai pengenalan asas bidang keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi di mana beliau telah membuat pembentangan pada seminar yang dihadiri seramai 40 orang pelajar dari Fakulti Sains dan Maklumat.

Melalui seminar ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya memberi pendedahan kepada kepada para pelajar  Albukhary International University serta dalam masa yang sama mengukuhkan kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Pada 15 Februari 2022 CyberSecuirty Malaysia telah menerima kunjungan daripada delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk meneroka peluang kerjasama dan kolaborasi strategik di antara kedua pihak dalam menggalakkan pembangunan dan inovasi produk dan perkhidmatan keselamatan siber serta mempromosikan Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana.

YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif telah menyambut delegasi DPMM yang diketuai oleh Tuan Norsyahrin Hamidon, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya.

Melalui lawatan ini, CyberSecurity Malaysia telah membuka peluang kerjasama bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah sekaligus menyokong Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS).

Pada 17 Februari 2022, CyberSecurity Malaysia dan Kolej Universiti TATI (UC TATI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada satu majlis yang diadakan di Kampus Kolej Universiti TATI, Chukai, Terengganu.

Kerjasama ini merangkumi bantuan dan sokongan dalam bentuk bahan serta kandungan berkaitan keselamatan siber, penempatan pelajar serta penyelidik UC TATI untuk menjalani latihan industri, pertukaran pengalaman, kemahiran dan kepakaran kepada kakitangan UC TATI serta melihat prospek yang wujud bagi membolehkan UC TATI diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan Global ACE.

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amiruddin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengetuai delegasi CyberSecurity Malaysia diiringi oleh Mohd Shamil bin Mohd Yusoff, Ketua Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat,   manakala UC TATI diwakili oleh YBhg. Prof Dr. Anuar Ahmad, Rektor serta Dekan Fakulti Komputer Media dan Pengurusan Teknologi (FKMPT), Dr. Akhyari bin Nasir, Ketua Program Pasca Siswazah UC TATI dan Ts. Dr. Noor Suhana binti Sulaiman.

Melalui memorandum yang dimeterai, CyberSecurity Malaysia telah berpeluang memperkenalkan Skim Global ACE di dalam sektor pendidikan kepada UC TATI sekaligus menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkasakan perkerja berpengetahuan dalam bidang ICT.

Pada 22 Februari 2022 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Forum "Kita Siber - Dunia Digital Murid-Murid Sekolah Sehingga Kini” sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day) 2022 – Edisi Malaysia bertempat di Putrajaya.

Acara anjuran CyberSecurity Malaysia ini telah dihadiri oleh lebih 300 peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi, organisasi belia serta wakil agensi-agensi kerajaan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKOMM).

Lima ahli panel yang terdiri dari wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, industri, ibu bapa, ahli akademia dan juga Guru terlibat pada Forum ini.

Melalui pengajuran acara ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan keselematan siber sekolah khususnya warga pendidik, keluarga, dan murid-murid.

Pada 25 Februari 2022, CyberSecurity Malaysia telah menyertai persidangan CyberSec OpsAsia Virtual Conference 2022 secara maya.

Seminar secara maya anjuran Escom Events ini merupakan platform bagi membincangkan berkongsi hala tuju ke arah rangka kerja keselamatan IT yang teguh dan berdaya tahan apabila pandemik itu mengalami perubahan yang tidak dapat dipulihkan dan berpindah secara kekal kepada cara baharu dalam menjalankan dan menjamin kestabilan ekonomi.

Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, telah mewakili CyberSecurity Malaysia dengan membuat pembentangan bertajuk “Optimizing Cyber Security with Zero Trust Approach".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam seminar maya ini telah memberiimpak positif kepada industri keselamatan maklumat, di harap hubungan kerjasama antara CyberSecurity Malaysia dan industri-industri serta syarikat korporat dapat di perkukuhkan dan di perluaskan lagi.

MAC

Pada 14 - 16 Mac 2022 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri sidag kemuncak World Police Summit bagi penguatkuasa undang-undang dan profesional di Dubai Expo 2020, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sidang kemuncak ini merupakan platform bagi membincangkan isu dan kaedah yang akan membentuk masa depan agensi penguatkuasa. Persidangan telah dihadiri oleh agensi penguatkuasa dari 50 buah negara.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif dan Sarah Khadijah Taylor, Pengurus Jabatan Forensik Digital telah mewakili CyberSecurity  Malaysia pada persidangan ini di mana Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin menjadi panel pada forum bertajuk “Cross-border partnerships to defend the cyberspace: Mitigating next-generation cybercrime through technology and intelligence”.

Melalui penyertaan pada persidangan ini, CyberSecurity Malaysia dapat mengetengahkan kepakaran dalam bidang keselamatan siber sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa selain mengukuhkan kerjasama di antara agensi penguatkuasa, agensi teknikal dan industri.

Pada 17 Mac 2022 CyberSecurity Malaysia telah menyertai INTERPOL Young Global Police Leaders Programme (YGPL) di Dubai Expo 2020, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Program anjuran INTERPOL ini merupakan program pembangunan kemahiran dan kecekapan pegawai penyiasat dalam kalangan agensi penguatkuasa bagi mendepani cabaran teknologi masa hadapan. Program ini telah disertai oleh pegawai penyiasat dari 36 buah negara.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif dan Sarah Khadijah Taylor, Pengurus Jabatan Forensik Digital mewakili CyberSecurity  Malaysia. Pada program ini Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin telah menjadi panel di forum bertajuk “Speed challenges on cyber and the Future of Policing”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini merupakan satu pengiktirafan ke atas keupayaan agensi ini di peringkat antarabangsa sekaligus berpeluang  membentuk kerjasama di antara agensi penguatkuasa, teknikal dan pemain industri dalam usaha membanteras jenayah siber yang semakin kompleks.

Pada 17 Mac 2022, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Webinar KITA SIBER Serumpun: “Keterbukaan Dunia Siber, Tiada Lagi Rahsia” melalui platform YouTube Live.

Forum dalam talian ini dianjurkan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day - SID) 2022 – Edisi Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Badan Siber dan Sandi Negara Indonesia (BSSN), Cyber Security Brunei (CSB) serta Cyber Security Agency of Singapore (CSA).

Webinar diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai isu keselamatan siber semasa serta kaedah negara serantau mengatasi dan menangani ancaman siber di negara masing-masing.

Lt Kol Mustaffa bin Ahmad (Bersara) C/CISO, Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti menjadi panelist bersama wakil dari Badan Siber dan Sandi Negara Indonesia (BSSN), Cyber Security Brunei (CSB) dan Cyber Security Agency of Singapore (CSA). Forum ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 10,000 tontonan secara dalam talian melibatkan negara-negara yang mengambil bahagian.

Pada webinar ini, satu penampilan khas oleh YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al Hafiz turut membincangkan isu keterbukaan siber dari perspektif agama.

Penganjuran forum bersama tiga negara serantau ini merupakan satu titik permulaan bagi program kesedaran keselamatan siber di kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 21 – 23 Mac 2022 CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan dan Ekspo Gulf Information Security (GISEC) 2022 di Dubai World Trade Centre, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Persidangan dan ekspo anjuran Cyber Security Council UAE ini merupakan platform bagi mempromosi dan melancarkan penggunaan Rangka Kerja keselamatan 5G dalam kalangan negara-negara anggota OIC-CERT terutama dari negara teluk. Acara ini telah disertai oleh 10,000 profesional terutama dari kalangan keselamatan siber and teknologi maklumat seluruh pelusuk dunia.

Mohd Shamir Hashim, Naib Pengerusi Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa mewakili CyberSecurity  Malaysia. Pada acara ini beliau telah menyampaikan ucaptama di trek Telecom Cybersecurity bertajuk “OIC 5G Security Framework: Building a Coordinated Effort to Harness Deep Tech for Digital Transformation”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah membuka peluang untuk menjalin dan mengukuhkan hubungan kerjasama dengan negara-negara ahli OIC-CERT di samping berupaya memperkasakan ekosistem keselamatan siber di peringkat antarabangsa.

Pada 23 Mac 2022 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Dialog Keselamatan Siber bersama pemain industri bertempat di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur yang merupakan inisiatif di bawah Program Kolaborasi Keselamatan Siber (CCP).

YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia telah memberi ucaptama pada program yang disertai oleh 30 rakan industri bagi membincangkan isu-isu keselamatan siber di era pandemik COVID-19 serta mengenalpasti halatuju persidangan tahunan CSM-ACE 2022.

Penganjuran program ini melambangkan kesungguhan CyberSecurity Malaysia dalam melestari bidang keselamatan siber dengan penglibatan pemain industri untuk terus bekerjasama mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di peringkat nasional.

Pada 23 Mac 2022, CyberSecurity Malaysia telah menyertai webinar “Cyber-Security for Smart City” melalui platfrom Webex anjuran Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT).

Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi gambaran keseluruhan mengenai prasarana keselamatan siber bagi pembangunan bandar pintar serta penyelesaian yang berkesan untuk memastikan keselamatan siber dan privasi pengguna di bandar pintar.

Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai EKsekutif, Mohamad Anwer Mohamed Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan Industri dan Kerjasama Keselamatan Siber serta Norhamadi Ja’afar, Eksekutif Kanan  MyVAC telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada webinar tersebut. Norhamadi Ja’afar telah memabuat pembentangan bertajuk "Cyber-Security for Smart Cities".

Melalui penyertaan dalam webinar ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperkenalkan perkhidmatan dan produk khususnya berkaitan pembangunan bandar pintar selian berpeluang memberi kesedaran dalam menyokong usaha negara menangani isu keselamatan siber.

Pada 28 – 30 Mac 2022 CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Cybersecurity Innovation Series (CSIS) Egypt Edition di Kaherah, Mesir.

Persidangan anjuran Market Solutions Events Management ini merupakan platform bagi membincangkan isu dan inisiatif penyelesaian keselamatan siber dan teknologi maklumat. Acara ini telah disertai oleh 100 peserta dari negara-negara Afrika Utara.

Mohd Shamir Hashim, Naib Pengerusi Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Noraini Abdul Rahman, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa mewakili CyberSecurity  Malaysia. Pada acara ini Mohd Shamir telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Integrating a Vigorous Framework in Place to Support the Shift Towards Digital Economy”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang untuk berkongsi kepakaran selain mengukuhkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara lain di samping dapat memperkasakan ekosistem keselamatan siber di peringkat antarabangsa.

Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini