CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 8 | Suku Pertama - 2015
   

Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

CyberNEWS kembali untuk edisi pertama bagi tahun 2015.

Pada tahun 2014, kita telah menyaksikan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia dalam pelbagai program serta inisiatif dan penghasilan perkhidmatan baru yang secara langsung telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia di persada industri keselamatan siber di Malaysia.

Walaupun terpaksa mengharungi cabaran dan juga ancaman keselamatan siber yang seolah-olah tiada penghujungnya dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, CyberSecurity Malaysia tetap bertahan, malahan kami meneruskan perjuangan bagi memastikan tugas yang diamanahkan dapat disempurnakan dan matlamat untuk mengetatkan keselamatan dan pertahanan negara tercinta ini menjadi kenyataan.

Bagi tahun 2015 pula, CyberSecurity Malaysia akan terus menjadi pemacu industri keselamatan siber di Malaysia. Dengan itu, pelbagai program inovatif akan dilaksanakan. CyberSecurity Malaysia jug akan terus bergiat aktif serta menyokong program-program berbentuk teknikal, peningkatan keupayaan, inisiatif kesedaran keselamatan siber serta penyampaian perkhidmatan keselamatan siber secara bersepadu.

Dengan adanya kemudahan dan kelengkapan infrastruktur, disokong pula oleh tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman, di samping keutuhan kredibiliti dan reputasi CyberSecurity Malaysia, kami akan terus memberi perkhidmatan teknikal bagi menyokong semua pihak sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Justeru, dengan adanya penerbitan CyberNEWS secara berkala ini, kami berharap dapat berkongsi status dan perkembangan program serta inisiatif berkaitan keselamatan siber untuk manfaat bersama.

Terima Kasih

Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

   
15 JANUARI 2015
MAJLIS PENGHARGAAN CYBERSECURITY MALAYSIA 2014
27 – 30 JANUARI 2015
MESYUARAT KALI KE-DUA KUMPULAN KERJA JENAYAH RENTAS-NEGARA UK-MALAYSIA DAN MESYUARAT BERSAMA INFORMATION SECURITY GROUP (ISG), ROYAL HOLLOWAY, UNVERSITY OF LONDON (RHUL)
28 – 29 JANUARI 2015
BENGKEL PELAN INDUK KESEDARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL
 
 
9 - 13 FEBRUARI 2015
LATIHAN PENSIJILAN ANALIS KESELAMATAN (ECSA)
10 FEBRUARI 2015
SEMINAR OPENSYS 2015
10 - 11 FEBRUARI 2015
SEMINAR KESELAMATAN SIBER – PERLINDUNGAN SEKTOR KRITIKAL
17 FEBRUARI 2015
LAWATAN RASMI YBHG. DATO' SRI DR. NOORUL AINUR MOHD NUR, KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) DAN PELANCARAN MAKMAL FORENSIK SIBER X
23 FEBRUARI 2015
SAFER INTERNET DAY 2015
 
 
2 – 5 MAC 2015
PERSIDANGAN ASIA PACIFIC NETWORK INFORMATION CENTRE (APNIC) KALI KE-39 DAN APCERT CYBER SECURITY DAY 2015
3 - 6 MAC 2015
7TH EAST ASIA SECURITY OUTLOOK SEMINAR 2015
4 MAC 2015
SEMINAR ISU KESELAMATAN SIBER
10 – 12 MAC 2015
KURSUS AUDIT DALAMAN ISO/IEC 27001:2013
13 – 18 MAC 2015
OPS JELAJAH CYBER – ZON 1 KELANTAN & ZON 2 PAHANG
17 - 18 MAC 2015
7TH ANNUAL BANK TECH ASIA 2015
19 MAC 2015
FORUM MEDIA SOSIAL SEKTOR AWAM
24 MAC 2015
AUDIT COMMITTEE CONFERENCE
25 - 26 MAC 2015
ASEAN REGIONAL FORUM – WORKSHOP ON COUNTER RADICALISATION AND THE INTERNET
28 MAC 2015
PAMERAN & AKTIVITI SEMPENA PROGRAM MAJLIS GRADUASI DAN INOVASI TAHUN 2015 DI SMK GHAFAR BABA, MELAKA
31 MARCH 2015
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA INDUSTRI