CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 4 | Suku pertama - 2014
   

Mesej dari CEO

Salam 1 Malaysia. Bertemu kembali dalam penerbitan CyberNEWS bagi suku pertama tahun 2014. Sebagai sebuah organisasi yang memacu perkembangan keselamatan siber di Malaysia, CyberSecurity Malaysia harus sentiasa berada di hadapan menjadi peneraju dan perlu sentiasa bersikap proaktif dalam melaksanakan pelbagai program serta aktiviti bagi memastikan industri keselamatan siber terus relevan dan menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan dan kesejahteraan Negara.

Sukacita dimaklumkan bahawa CyberSecurity Malaysia telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi 2014 World Trustmark Alliance (WTA), yang merupakan organisasi global Operator Trustmark yang mana keanggotaan WTA terdiri daripada 37 ahli dari 30 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Mexico, Thailand, Korea, Singapura, Filipina, China dan Vietnam.

Pada suku pertama tahun 2014, CyberSecurity Malaysia telah menerima pelbagai lawatan dari organisasi, persatuan, kolej dan juga universiti. Penerimaan lawatan seumpama ini dilihat sebagai salah satu peluang untuk CyberSecurity Malaysia memperkenalkan fungsi serta peranan organisasi ini, di samping memberi penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Peluang ini juga turut diambil untuk menjelaskan kepentingan keselamatan siber di dalam kehidupan seharian masyarakat Digital Malaysia masa kini. Secara tidak langsung ianya dapat memupuk serta meningkatkan pemahaman ahli rombongan mengenai keselamatan siber dan internet.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga meneruskan usaha dan inisiatif dengan menganjurkan bengkel serta kursus dalam bidang berkaitan forensik digital, penilaian keselamatan siber dan sistem pengurusan keselamatan siber (ISMS). Dengan penganjuran aktiviti seumpama ini, ianya dapat memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat mengenai maklumat terkini dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran mereka.

Bagi menzahirkan penghargaan kepada organisasi yang menjadikan keselamatan siber sebagai teras operasi perniagaan dan pentadbiran mereka, satu majlis penyampaian sijil kepada organisasi yang berjaya mendapat persijilan keselamatan siber seperti Common Criteria ISO/IEC 15408, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001 dan juga Malaysia Trustmark bagi e-perniagaan sepanjang tahun 2013 telah diadakan 20 Januari 2014 dan dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dengan penganjuran majlis seumpama ini, diharapkan ianya dapat memberi suntikan dan inspirasi kepada organisasi lain untuk turut mendapatkan persijilan keselamatan siber ini.

Sebagai pemacu inisiatif keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia juga terlibat secara aktif dalam menyokong penganjuran program serta acara di peringkat antarabangsa. Dalam suku pertama tahun 2014, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Sidang Kemuncak ‘Global CyberCrime Enforcement Summit 2014’, Persidangan ‘BlueSPACE IT Security 2014’, ‘Digital Crime Consortium 2014 (DCC 2014)’ dan juga Bengkel Asean Regional Forum (ARF) ‘Cyber Confidence Building Measures’. Semua acara yang disertai ini membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi kepakaran melalui slot-slot pembentangan yang disediakan oleh penganjur, di samping itu peluang ini juga diambil untuk mempromosi dan memperkenalkan CyberSecurity Malaysia di persada antarabangsa.

Selain penglibatan di dalam persidangan, CyberSecurity Malaysia turut mengambil bahagian di dalam latihan siber tahunan Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT) Drill Exercise 2014 yang bertemakan “Countering Cyber-ops with Regional Coordination”. Ke semua aktiviti di peringkat antarabangsa berupaya meletakkan nama Malaysia standing dengan negara-negara lain yang membolehkan Malaysia untuk terus kekal relevan di dalam bidang keselamatan siber serantau.

Akhir kata, saya ingin menggesa kepada semua yang terlibat di dalam program keselamatan siber untuk meneruskan jalinan kerjasama serta kolaborasi secara bersepadu bagi memastikan aspek keselamatan siber terus kekal sebagai sebuah industri premier yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan ekonomi Negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia
   
6 - 9 Januari 2014
Kursus Digital Forensics for First Responder
6 - 10 Januari 2014
Kursus Lead Auditor ISO 27001 ISMS
7 Januari 2014
Lawatan Kerja dari Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8 Januari 2014
Lawatan Sambil Belajar dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPTL) Shah Alam
16 Januari 2014
Mesyuarat Organization for Security Advisory Committee (OSAC)
20 Januari 2014
Majis Penyerahan Sijil Akreditasi dan Persijilan CyberSecurity Malaysia 2013
Januari 2014
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan Januari 2014
 
 
7 Februari 2014
CyberSecurity Malaysia Dilantik Sebagai Pengerusi World Trustmark Alliance (WTA)
11 Februari 2014
Lawatan Kerja Dari Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam, Kuwait (Ministry Of Awqaf & Islamic Affairs)
12 Februari 2014 2014
Lawatan Kerja Dari Universiti IT Antarabangsa, Kazakhstan (International IT University)
11 - 12 Februari 2014
Sidang Kemuncak Global CyberCrime Enforcement Summit 2014
13 Februari 2014
Lawatan Akademik Oleh Pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor
17 Februari 2014
Lawatan oleh Pegawai Kanan Kursus Siasatan Jenayah Siber Maktab Polis Di Raja Malaysia
18 Februari 2014
Bengkel Media Bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd
18 - 20 Februari 2014
Persidangan BlueSPACE IT Security 2014
19 Februari 2014
Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT) Drill Exercise 2014 - Countering Cyber-ops with Regional Coordination
28 Februari 2014
Upacara Penutup Safer Internet Day 2014 dan Pelancaran Buku Panduan Keselamatan Siber - Buli Siber
Februari 2014
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan February 2014
 
 
3 – 5 Mac 2014
Digital Crime Consortium 2014 (DCC 2014)
6 Mac 2014
Program Induksi/ Ulangkaji MySEF Anjuran CyberSecurity Malaysia
13 Mac 2014
Surveillance Audit - Audit Pengawasan bagi MySEF ISO17025
13 Mac 2014
Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak
19 Mac 2014
Lawatan Industri Oleh Pelajar Kolej PTPL Ampang, Selangor
21 Mac 2014
Lawatan Kerja dari Delegasi Angkatan Tentera Pakistan
25 – 26 Mac 2014
Asean Regional Forum (ARF) – Cyber Confidence Building Measures
28 Mac 2014
Lawatan Kerja Dari Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Organization Of Islamic Cooperation (OIC) Arab Saudi
Mac 2014
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan March 2014