Bahasa | English CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
  Isu 5 | Suku kedua - 2014
   
   

Mesej dari CEO

Salam hormat dan Salam 1 Malaysia.

Bertemu kembali dalam penerbitan CyberNEWS bagi suku kedua tahun 2014. Terlebih dahulu di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan senergi yang beragama Islam. Kini, kita telah melangkah masuk ke suku kedua tahun 2014.

Sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal keselamatan siber Negara, CyberSecurity Malaysia secara proaktif terus melestari pembangunan dan perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengambil bahagian di dalam pelbagai acara sepanjang suku kedua ini.

Selain terus menerima pelbagai jenis lawatan serta kunjungan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu YBrs. Dr. Zulkifli Mohamed Hashim yang membuat lawatan ulung beliau bagi mengetahui dengan lebih mendalam fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia, di samping meninjau kemudahan makmal, CyberSecurity Malaysia juga telah mula terlibat secara aktif dalam menyokong Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 atau MOSTI Commercialization Year 2014 (MCY2014). MCY2014 merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menyediakan peluang seluasnya kepada teknopreneur mengkomersilkan hasil R&D mereka, di samping menangani isu-isu utama, pain-points serta valley of death dalam pengkomersilan dan seterusnya menjadikan pengkomersilan teknologi sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Pada suku kedua, CyberSecurity Malaysia turut melancarkan outlet pertama MyCyberSecurity Clinic dan Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC yang disempurnakan perasmiannya oleh YB. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin. MyCSC merupakan satu inisiatif baharu CyberSecurity Malaysia dalam memperkembangkan perkhidmatan keselamatan siber khususnya kepada pengguna Internet di Malaysia. Outlet MyCSC akan menjadi touch point kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan forensik digital dan melaporkan insiden keselamatan siber yang dihadapi mereka. Manakala, Program Pembangunan Keusahawanan pula dijangka dapat membuka peluang bagi menghasilkan usahawan baharu dalam bidang Sains dan Teknologi, khususnya dalam sektor ICT serta dalam masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh pelusuk Negara.

Dalam usaha menyebar luas maklumat mengenai kepentingan keselamatan siber dan menjadikan ianya sebagai budaya hidup masyarakat Malaysia, pelbagai bentuk kerjasama telah pun dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia, antaranya ialah kerjasama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPM). Melalui Program Duta CyberSAFE yang dilaksanakan bersama PPM, CyberSecurity Malaysia telah berjaya melatih seramai 207 ahli Pandu Puteri dari seluruh Malaysia. Sebagai Duta CyberSAFE, mereka kini bertauliah untuk memberi pendidikan serta memupuk kesedaran keselamatan siber dalam kalangan Komuniti digital di seluruh Malaysia. Kemuncak penglibatan CyberSecurity Malaysia ialah pada Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Putrajaya dan dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia.

Di sepanjang suku kedua juga, CyberSecurity Malaysia terlibat secara aktif dalam menyokong penganjuran acara seperti Defense Services Asia 2014, Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor 2014, 3rd Annual Regional Cybersecurity Summit 2014, 2nd ASEAN Financial Institution Conference 2014, International Cyber Shield Exercise 2014, Persidangan Kriptology 2014, Festival Belia Putrajaya 2014 dan juga Karnival Kreativiti & Science 4U. Ke semua acara yang disertai ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi maklumat serta pengalaman melalui slot-slot pembentangan, di samping mempromosi dan memperkenalkan CyberSecurity Malaysia.

Saya berharap usaha serta inisiatif dalam memperkasakan industri keselamatan siber di Malaysia ini dapat diteruskan bagi menjamin keutuhan bidang keselamatan siber agar menjadi bidang utama dalam agenda pembangunan dan kesejahteraan Negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia

   
AKTIVITI SUKU KEDUA 2014

Antara program sepanjang suku kedua tahun 2013 adalah:

 
  3 - 6 APRIL 2014
MAJLIS PELANCARAN 31 PRODUK KORMESIL MOSTI SEMPENA MCY 2014 DAN KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA DAN INOVASI 2014
  10 - 15 APRIL 2014
LAWATAN KERJA CYBERSECURITY MALAYSIA KE REPUBLIK KOREA DAN TAIWAN
  14 – 15 APRIL 2014
KURSUS LEAD AUDITOR ISO 27001 ISMS (PERALIHAN)
  16 APRIL 2014
DEFENSE SERVICES ASIA (DSA) 2014 - CYBER SECURITY CONFERENCE
  16 – 18 APRIL 2014
KURSUS PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 IMPLEMENTATION (PERALIHAN)
  16 - 21 APRIL 2014
MINGGU SAINS, TEKNOLOGI & ICT NEGERI JOHOR 2014
  20 – 21 APRIL 2014
3rd ANNUAL REGIONAL CYBERSECURITY SUMMIT 2014
  26 APRIL 2014
BENGKEL “POSITIVE ONLINE PARENTING”
  29 APRIL 2014
2nd ASEAN FINANCIAL INSTITUTION CONFERENCE (ASEANFIC)
 
 
  7 MEI 2014
FORUM “CLICK, UPLOAD & POST DENGAN BIJAK: SEJAUH MANA KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA DI ALAM SIBER DAPAT DISUARAKAN?”
  8 MEI 2014
SEMINAR: "SECURED ONLINE BUSINESS”
  15 - 16 MEI 2014
“INTERNATIONAL CYBER SHIELD EXERCISE 2014” (ICSE 2014)
  19 MEI 2014
BENGKEL KAD PINTAR / SMART CARD COE WORKSHOP
  23 – 25 MEI 2014
FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014
  27 MEI 2014
PAMERAN CYBERSECURITY MALAYSIA DI KARNIVAL KREATIVITI & SCIENCE 4U
 
  6 – 8 JUN 2014
KARNIVAL PANDU PUTERI KEBANGSAAN 2014 & TURUN PADANG PPM CAWANGAN PUTRAJAYA
  17 JUN 2014
MAJLIS PERASMIAN OUTLET MyCSC & PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  20 JUN 2014
KUNJUNGAN ULUNG YBRS. DR. ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI MALAYSIA.
  20 - 22 JUN 2014
PAMERAN SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN NEGERI PERAK SEMPENA MINGGU PKS 2014 DAN PERTANDINGAN “YOUNG ENTREPRENEUR KNOWLEDGE HUNT”
  23 – 27 JUN 2014
TECHNOLOGY ACCELERATION PROGRAMME (TAP) – BIG DATA ANALYTICS BOOTCAMP BY REVOLUTION ANALYTICS WORKSHOP
  23 – 30 JUN 2014
MESYUARAT TAHUNAN KE-9 CSIRT DAN LAWATAN KERJA KE FIREEYE, AKAMAI DAN RIVERSING LAB, AMERIKA SYARIKAT
  24 JUN 2014
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN CRYPTOLOGY2014
  24 – 26 JUN 2014
PROGRAM OUTREACH STI (KARNIVAL KREATIVITI & SCIENCE 4U), BATU PAHAT, JOHOR