Bahasa | English CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
  Isu 7 | Suku keempat - 2014
   
   

Mesej dari CEO

Tahun ini telah menyaksikan beberapa perkembangan yang sangat menarik di CyberSecurity Malaysia.

Dengan peningkatan dalam penggunaan pelbagai aplikasi baru untuk perniagaan dan komunikasi peribadi, kita akan melihat serangan siber menjadi lebih tertumpu dan penipuan kejuruteraan sosial melalui peranti mudah alih untuk mendapatkan akses kepada data peribadi dan korporat akan timbul dari pengintipan siber dan penipuan. Pusat Bantuan Cyber999 akan terus memainkan peranannya dalam menyediakan tindak balas kecemasan berkaitan keselamatan komputer dan bantuan dalam menangani insiden serta menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

Ancaman siber bersifat dinamik, maka pematuhan kepada MS ISO / IEC 27001: 2007 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat adalah sangat penting untuk melindungi sektor CNII dan memerlukan kerjasama rapat dengan sektor swasta. Melalui Skim MyCC, CyberSecurity Malaysia akan memastikan penyelesaian keselamatan ICT dan produk terutamanya yang digunakan oleh CNII menjadi lebih teguh dan dipercayai. Dalam mewujudkan kesedaran dan perkongsian ilmu pengetahuan dengan orang ramai mengenai risiko serangan siber, CyberSecurity Malaysia akan terus melaksanakan lebih banyak program bagi mendidik orang ramai tentang bagaimana untuk terus selamat tatkala melayari Internet.

Dengan ancaman siber yang semakin canggih dan rumit, cabaran untuk CyberSecurity Malaysia akan terus rancak bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan berada di hadapan ancaman melalui pelaksanaan langkah-langkah proaktif dan bekerjasama antara agensi-agensi kerajaan, ahli akademik, sektor swasta dan juga badan-badan yang berkaitan.

Kami berharap penerbitan CyberNEWS ini dapat memberi maklumat dan informasi kepada anda. Bagi pihak CyberSecurity Malaysia, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama anda yang berterusan.

Kami akan terus menyediakan lebih banyak berita menarik di bulan-bulan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia

   
AKTIVITI SUKU KEEMPAT 2014

Antara program sepanjang suku keempat tahun 2014 adalah:

 
  13 - 18 OKTOBER 2014
SEMINAR KESELAMATAN PELABUHAN SERANTAU
  15 - 16 OKTOBER 2014
HACK IN THE BOX CONFERENCE (HITB)
  19 – 22 OKTOBER 2014
PERSIDANGAN TAHUNAN OIC-CERT 2014 SERTA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-6
  20 – 21 OKTOBER 2014
KURSUS INTERNAL AUDITING ISO/IEC 17025:2005
  21 – 25 OKTOBER 2014
LAWATAN TREND MICRO CSIRT DAN LAWATAN KE TAIWAN CERT
  27 OCTOBER 2014
PROGRAM MDEC TECHNOLOGY ACCELERATION 2014
  29 – 30 OKTOBER 2014
2014 PERSIDANGAN ANTARABANGSA "PREVENTION AND SUPPRESSION OF HI-TECH CRIME"
  31 OKTOBER – 2 NOV 2014
PELANCARAN PRODUK MYTRUSTSEAL
 
 
  10 NOVEMBER 2014
LAWATAN KERJA DARI STATE TECHNICAL SERVICE REPUBLICAN ENTERPRISE, KAZAKHSTAN
  10 - 14 NOVEMBER 2014
ANUGERAH, PERSIDANGAN DAN PAMERAN – KESELAMATAN SIBER MALAYSIA (CSM-ACE) 2014
  11 - 14 NOVEMBER 2014
PERSIDANGAN MERIDIAN DAN SEMINAR PERLINDUNGAN INFRASTRUKTUR MAKLUMAT KRITIKAL (CIIP) 2014
  12 - 13 NOVEMBER 2014
SIDANG KEMUNCAK TAHUNAN DUNIA TRUSTMARK ALLIANCE 2014
  13 NOVEMBER 2014
PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN PIALA CABARAN CYBERSAFE™
  18 NOVEMBER 2014
PERSIDANGAN DAN PAMERAN CYBERJAYA INFRA 2014
  21 - 22 NOVEMBER 2014
SESI PERANCANGAN STRATEGI UNTUK KESELAMATAN SIBER DAN PROMOSI ICT DI NEGARA ANGGOTA OIC
  28 NOVEMBER 2014
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER - TREND DAN ANCAMAN SIBER MASA KINI
 
  1 DISEMBER 2014
SEMINAR DAN PERTANDINGAN "CYBER CRIME ARTS"
  1 – 4 DISEMBER 2014
MESYUARAT PERSEDIAAN ANTARA AGENSI BAGI ASEAN REGIONAL FORUM INTER-SESSIONAL SUPPORT GROUP ON CONFIDENCE BUILDING MEASURES AND PREVENTIVE DIPLOMACY (ARF ISG ON CBMS AND PD)
  2 DISEMBER 2014
SIDANG KEMUNCAK DAN ANUGERAH 10TH ASEAN CIO | CSO 2014
  8 DISEMBER 2014
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA MALAYSIA (UTEM) DAN CYBERSECURITY MALAYSIA (CSM)
  22 – 26 DISEMBER 2014
PENETRATION TEST TRAINING FOR HARDWARE SECURITY MODULE (HSM) PRODUCT
  30 DISEMBER 2014
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MAMPU & CYBERSECURITY MALAYSIA