Bahasa | English CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
  Isu 9 | Suku kedua - 2015
   
   

Mesej dari CEO

Bertemu kembali pada edisi kedua CyberNEWS bagi tahun 2015.

Sepanjang suku kedua tahun 2015, CyberSecurity Malaysia bergiat dan terlibat secara aktif dalam penganjuran serta mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti dan program berkaitan keselamatan siber sama ada di peringkat tempatan mahu pun antara bangsa.

CyberSAFE, iaitu Program kesedaran keselamatan siber diteruskan lagi dengan memenuhi permintaan serta undangan dari pihak luar yang memerlukan CyberSecurity Malaysia berkongsi informasi dan maklumat mengenai kepentingan keselamatan siber termasuk isu-isu keselamatan siber yang terkini. Pada suku kedua, terdapat lebih 20 undangan ke program kesedaran keselamatan siber yang telah dipenuhi oleh CyberSecurity Malaysia.

Pertambahan undangan program keselamatan siber pula menunjukkan bahawa semakin banyak organisasi yang menyedari akan kepentingan keselamatan siber. Selain itu, jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 juga turut meningkat sebanyak 44.5% bagi enam bulan pertama tahun 2015 berbanding 4,117 pada tempoh yang sama tahun 2014.

Peningkatan jumlah insiden keselamatan siber ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti bertambahnya pengguna Internet di Malaysia, sikap pengguna Internet yang tidak memberi keutamaan kepada isu keselamatan siber dan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai keselamatan siber. Justeru, pelbagai usaha serta inisiatif dilakukan oleh CyberSecurity Malaysia seperti menawarkan perkhidmatan serta produk keselamatan siber yang berciri inovatif seperti CyberDEF, mengadakan bengkel serta seminar dan mengikuti program latihan kemahiran bagi meningkatkan kecekapan kakitangan CyberSecurity Malaysia dalam mengendalikan isu atau perkara berkaitan keselamatan siber. CyberNEWS edisi kedua ini memaparkan pelbagai program serta aktiviti yang melibatkan CyberSecurity Malaysia.

Adalah diharapkan dengan adanya penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai acara serta program, ianya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya dapat melaksanakan amanah yang diberikan demi memajukan industri keselamatan siber di Malaysia.

Terima kasih.

Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

   
AKTIVITI SUKU KEDUA 2015

Antara program sepanjang suku kedua tahun 2015 adalah:

 
  2 - 8 APRIL 2015
Ops Jelajah Cyber – Zon 3, Terengganu
  6 APRIL 2015
Lawatan Kerja Pengarah Eksekutif, Market & Corporate Supervision dan Delegasi Suruhanjaya Sekuriti ke CyberSecurity Malaysia
  14 - 17 APRIL 2015
Mesyuarat serta Lawatan Kerja ke CNCERT, Beijing, China
  16 APRIL 2015
Karnival Khazanah ICT Day 2015, Kuala Lumpur
  16 - 18 APRIL 2015
Karnival Science 4U – Zon Tengah – Kiblat Walk, Putrajaya
  22 - 23 APRIL 2015
Cyber Intelligence Asia Conference 2015, Manila, Philippines
  21 - 24 APRIL 2015
Mesyuarat serta Lawatan Kerja ke Trendmicro, Manila, Philipines
  25 APRIL 2015
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Celik CyberSAFE – ASUH, Kuala Lumpur
  29 APRIL 2015
Sesi Taklimat Peralihan ISMS, Putrajaya
  29 APRIL - 1 MEI 2015
Karnival Science 4U – Zon Sabah, Penampang
 
 
  4 - 12 MEI 2015
Mesyuarat Plenari Kali Ke-20 ISO/IEC JTC 1/SC 27 IT Security Techniques Working Group, Kuching, Sarawak
  10 - 13 MEI 2015
Persidangan Global Offset and Countertrade Associate (GOCA)
  12 MEI 2015
Kerjasama Strategik CyberSecurity Malaysia (CSM) – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
  12 - 14 MEI 2015
Safe Cities Asia 2015, Singapore
  13 - 15 MEI 2015
Seminar Pengurusan Risiko dan Pengendalian Insiden, Kuala Lumpur
  21 - 23 MEI 2015
Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan - NICE 2015, Kuala Lumpur
  22 MEI 2015
Pelancaran CyberDEF sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE) 2015, Kuala Lumpur
  25 - 26 MEI 2015
Forum ASEAN ICT for Sustainable Rural Development and Knowledge Cross-Fertilization, Kuala Lumpur
  26 MEI 2015
Seminar Cyber Security and Live Simulation, Kuala Lumpur
  26 - 29 MEI 2015
Simposium Electronic Crime Research (eCrime 2015), Barcelona, Sepanyol
 
  1 - 2 JUN 2015
Lawatan Kerja Strategik ke AlliaCERT, Paris, Perancis
  2 JUN 2015
Lawatan Kerja Duta Besar dan Delegasi Industri ICT Republik Czech
  4 - 6 JUN 2015
Seminar Teknikal Colloquium FIRST 2015, Amsterdam, Belanda
  8 JUN 2015
Hari Keselamatan Siber, Kuala Lumpur
  9 JUN 2015
Seminar ICT Peringkat Kebangsaan - MyGOV Tech 2015
  9 - 10 JUN 2015
Persidangan Asia PKI 2015
  10 JUN 2015
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Moroccan National Defense through the General Direction of Information System Security (DGSSI), Kuala Lumpur
  12 JUN 2015
Sesi Perjumpaan Suku kedua (Q2) OWASP Malaysia 2015
  12 JUN 2015
Signing Ceremony of Memorandum of Agreement (MoA) between International College of Yayasan Melaka (ICYM) and CyberSecurity Malaysia
  12 - 13 JUN 2015
Bengkel Pensijilan Professional Keselamatan Siber, Port Dickson
  14 - 19 JUN 2015
Persidangan dan Mesyuarat Tahunan FIRST (Forum for Incident Response and Security Teams) 2015, Berlin, Jerman
  16 JUN 2015
Mesyuarat Strategik dan Kolaborasi Penyelidikan Forensik Biometrik serta Lawatan Kerja ke Pusat Penyelidikan Mobotix AG, Langmeil, Jerman
  17 JUN 2015
Program Persada Transformasi Perkhidmatan Awam 2015, PICC
  18 JUN 2015
Mesyuarat Strategik, Kolaborasi Penyelidikan Forensik Biometrik serta Lawatan Kerja ke Pusat Penyelidikan Open Technology Real Services (OTRS), Straubing, Jerman
  20 - 21 JUN 2015
Mesyuarat NatCSIRT 2015, Berlin, Jerman
  26 JUN 2015
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Thailand Computer Emergency Response Team (ThaiCERT, Electronic Transactions Development Agency (ETDA) dan CyberSecurity Malaysia, Bangkok, Thailand
  26 JUN 2015
Mesyuarat Strategik dan Kolaborasi Penyelidikan serta Lawatan Kerja ke Pusat Operasi Makmal Forensik Komputer Royal Thai Police, Bangkok, Thailand