Having trouble viewing this email? View it in your browser.
CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

 
 
Bahasa | English   Isu 10 | Suku Ketiga - 2015
     
 
 
 

Mesej dari CEO

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Bertemu kembali di edisi ketiga CyberNEWS bagi tahun 2015. Sepertimana Suku Pertama dan Suku ke-2, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan pelbagai program serta aktiviti berkaitan keselamatan siber, sesuai dengan mandat yang diamanahkan oleh Kerajaan. Dengan itu, CyberSecurity Malaysia dapat memperkukuhkan lagi posisi dan kredibiliti sebagai peneraju utama bidang keselamatan siber di Malaysia pada Suku ke-3 2015.

CyberSecurity Malaysia mempunyai tim yang membuat analisa tentang program serta acara yang akan disokong; dengan mengutamakan kepelbagaian program yang dianjur dan disertai oleh CyberSecurity Malaysia sama ada dalam bidang teknikal seperti kursus, seminar, bengkel, aktiviti berkaitan kesedaran keselamatan siber mahu pun lawatan kerja.

Setiap aktiviti membuka peluang untuk turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Hasilnya, CyberSecurity Malaysia semakin dikagumi, malahan telah diiktiraf di peringkat regional apabila dijemput untuk turut serta di dalam Seminar Keselamatan Siber dan Latihamal Desktop anjuran Kementerian Pertahanan Thailand yang akan diadakan pada bulan November 2015.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut diundang untuk menyampaikan ucaptama serta membuat pembentangan di beberapa program yang dianjurkan organisasi antarabangsa sama ada di dalam mahupun luar negara. Ini termasuk penganjuran program Latihan Teknikal Keselamatan Siber Dalam Kalangan Negara-negara ASEAN yang diadakan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Kementerian Luar Negeri dan disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebagai sebuah agensi pakar teknikal keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia amat komited dan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan dua bengkel persediaan bagi meningkatkan kefahaman mengenai langkah-langkah serta tindakan proaktif yang perlu diambil dalam menghadapi dan menangani serangan siber. Ini berikutan dari wujudnya ancaman serangan siber oleh sekumpulan penggodam pada bulan Ogos 2015.

Pada bulan September 2015, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference and Exhibition (CSM-ACE) 2015. Ini merupakan penganjuran terbesar CyberSecurity Malaysia apabila CSM-ACE 2015 turut diadakan bersama dua persidangan antarabangsa iaitu Persidangan Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT) dan Persidangan Organization of The Islamic Cooperation - Computer Emergency Response Team (OIC-CERT). Pengabungan tiga acara serentak ini telah menjadikan CSM-ACE 2015 sebagai satu acara bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik perhatian komuniti keselamatan siber di seluruh dunia.

Diharapkan dengan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program akan dapat mengekalkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah organisasi yang meneraju industri keselamatan siber di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.

Terima kasih

 

Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
 
 
     
 
  1 Julai 2015
  Majlis Penyerahan MyCSC Premium Licensing kepada KPerak, Ipoh, Perak
   
2 Julai 2015
  Majlis Pra Pelancaran Persidangan CSM-ACE 2015 serta Persidangan APCERT dan OIC-CERT (Soft Launch), Kuala Lumpur
   
2 Julai 2015
  Mesyuarat Seminar Keselamatan Siber dan Latihamal Desktop anjuran Kementerian Pertahanan Thailand dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan UBM Asia, Bangkok, Thailand
   
9 Julai 2015
  PETRONAS Security Awareness Program 2015 - KLCC
   
11 Julai 2015
  Program "Shopping Raya" bersama Anak-anak Bait Al Amin, Perak
   
11 Julai 2015
  Dialog Intelektual Belia "Belia dan Pengaruh Media Sosial" - Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur
   
26-29 Julai 2015
  Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat HUAWEI di Shenzen, China dan Lawatan ke "SOC" Automated Systems Holdings Limited, Hongkong
   
27-30 Julai 2015
  Digital Forensic for First Responder, Seri Kembangan
   
28 Julai 2015
  Technical Colloquium 2015, Seri Kembangan
   
28-30 Julai 2015
  ASEAN Regional Forum (ARF) – Bengkel Pembangunan Kapasiti Keselamatan Siber, Beijing, China
   
29-30 Julai 2015
  5th Annual Cyber Security For Government Summit - Putrajaya
   
   
 
 
  1 Ogos 2015
  Latihan Simulasi Krisis, Seri Kembangan
   
6-7 Ogos 2015
  Bengkel dan Sesi Perbincangan CyberSecurity Malaysia (CSM) Technology Roadmap, Putrajaya
   
8-13 Ogos 2015
  NICTSeD 2015 – Peringkat Kelayakan, Suku Akhir dan Separuh Akhir, Johor Bahru
   
17-26 Ogos 2015
  Latihan Teknikal Keselamatan Siber Dalam Kalangan Negara-negara ASEAN, Selangor
   
18 Ogos 2015
  Bengkel Keselamatan Oracle 2015, Kuala Lumpur
   
18 & 27 Ogos 2015
  Cyber Security Readiness Workshop, Cyberjaya
   
25 Ogos 2015
  Taklimat Persediaan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISO/IEC 27001:2013), Kuala Lumpur
   
25-26 Ogos 2015
  MyIoT Week 2015, Kuala Lumpur
   
25-27 Ogos 2015
  Seminar Enhancing Port Security Against Terrorism Course, Pulau Pinang
   
26 Ogos 2015
  Bengkel Pembangunan Rangka Kerja Keselamatan Siber untuk Sektor Awam (RAKKSSA) 2016 - 2020 bersama Industri, Kuala Lumpur
   
26-27 Ogos 2015
  Global Payment Summit 2015, Singapura
   
27-29 Ogos 2015
  KL Converge 2015, Kuala Lumpur
   
27 Ogos 2015
  Sidang Kemuncak CIO Malaysia 2015, Kuala Lumpur
   
28-30 Ogos 2015
  Asia-Pacific Economic Cooperation Electric Commerce Steering Group-Data Privacy Subgroup (APEC ECSG-DPS) & World Trustmark Alliance (WTA) Task Force Meeting, Manila, Philippines
   
27 Ogos 2015
  Syarahan Peperangan Siber di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 35/2-15, Kuala Lumpur
   
 
 
  2-3 September 2015
  3rd International Conference Recent Treads in Engineering and Technology (ICRET'2015), Istanbul, Turkey
   
4 September 2015
  Lawatan Kerja Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ke CyberSecurity Malaysia
   
6-10 September 2015
  Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2015 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Kuala Lumpur
   
7-11 September 2015
  Advanced Computer and Network Intrusion Course (ACNIC)
   
8 September 2015
  Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan : Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2015 – Peringkat Akhir, Kuala Lumpur
   
8-12 September 2015
  Persidangan dan Pameran CLOUD EXPO KOREA 2015, Korea
   
9 September 2015
  Majlis Makan Malam Gala Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2015, Kuala Lumpur
   
10 September 2015
  Majlis Perasmian Persidangan CSM-ACE 2015 serta Persidangan APCERT dan Persidangan OIC-CERT, Kuala Lumpur
   
10 September 2015
  Pelancaran Buku Kisah Benar Keselamatan Cyber999, Kuala Lumpur
   
11 September 2015
  Bengkel Taklimat Pembangunan Rangka Kerja Keselamatan Siber untuk Sektor Awam (RAKKSSA) 2016 - 2020 bersama Industri, Kuala Lumpur
   
13-14 September 2015
  China-ASEAN Information Harbor Forum, Quangzi, China
   
16-25 September 2015
  Lawatan Kerja Strategik dan Persidangan Tahunan Antarabangsa Common Criteria, United Kingdom
   
21 September 2015
  Bengkel Asas Keselamatan Server Daripada Ancaman Penggodam
   
28-29 September 2015
  4th International Industrial Security Seminar, Pulau Pinang