Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 13 | SUKU KEDUA - 2016
Bahasa | English
set2-image5
 
 
Mesej dari CEO
Bertemu kembali di CyberNEWS suku kedua tahun 2016. Terlebih dahulu saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca Muslim.
Terima kasih diucapkan kepada pembaca setia CyberNEWS di atas sokongan berterusan terhadap CyberSecurity Malaysia.

Sekali lagi suku kedua tahun 2016 menyaksikan penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program serta acara yang berkaitan dengan keselamatan siber sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di persada antarabangsa membuktikan pengiktirafan global terhadap peranan yang dimainkan oleh CyberSecurity Malaysia dalam pembangunan keselamatan siber. Terdapat pelbagai program antarabangsa yang melibatkan CyberSecurity Malaysia berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran, antaranya Persidangan dan Latihan NITDA-CERRT di Abuja, Nigeria - Persidangan Underground Economy, di Doha, Qatar - Persidangan 3rd ASEAN-EU STI Bengkel CONNECT2SEA di Hanoi, Vietnam - Fortinet Partner Business Retreat 2016 di Chengdu, China - Chanjiang International Forum 2016 di Wuhan, China - 28th Annual FIRST Conference di Seoul, Korea - International Security Cyber Experts Workshop di Geneva, Switzerland - 1st Digital Forensics Expert Group Meeting and Workshop di Madrid, Sepanyol - International Conference on Data Mining and Big Data di Bali, Indonesia.

Pada suku kedua juga, CyberSecurity Malaysia telah mendapat pengiktirafan dunia di atas kepakaran dan keupayaan apabila disenaraikan antara lima projek terbaik bagi merangkul anugerah WSIS Prize 2016 pada World Summit of the Information Society (WSIS) 2016 di Geneva, Switzerland.

Selain itu, program memperkasakan kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan keselamatan siber terus diadakan sepanjang suku kedua termasuk beberapa program khusus bersama sektor awam seperti Seminar Kesedaran Keselamatan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Program Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam.

Bagi meneruskan inisiatif membudayakan keselamatan siber dalam kalangan murid sekolah, bengkel pembangunan modul kesedaran keselamatan siber turut diadakan pada suku kedua. Bengkel ini telah melibatkan kerjasama strategik CyberSecurity Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia di mana modul tersebut akan digunapakai di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia apabila siap kelak.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia dapat memenuhi matlamat dalam menjayakan agenda keselamatan siber negara.

Sekian, terima kasih.
Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU KEDUA
set5-image2
30 Mac - 2 April 2016
NITDA-CERRT Conference and Training, Abuja, Nigeria
1 – 6 April 2016
Persidangan Underground Economy 2016, Doha, Qatar
4 - 7 April 2016
Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) Meetings, Seoul, Korea
6 April 2016
Lawatan Industri dari VADS Berhad ke CyberSecurity Malaysia
6 - 7 April 2016 & 18 - 19 April 2016
Bengkel Analisis Jurang bagi Pelaksanaan Projek Pembangunan, Adaptasi dan Pensijilan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) bersama MAMPU dan Nuklear Malaysia, Cyberjaya
7 - 8 April 2016
Bengkel Pelan Pembangunan Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL), Putrajaya
11 April 2016
Anugerah “CIO Excellence & Leadership” The Golden Globe Tigers Awards, Kuala Lumpur
18 April 2016
Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia, Serdang, Selangor
18 to 19 April 2016
Program Sosial Inovasi MOSTI : Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sarawak, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak
19 - 20 April 2016
Amsterdam FIRST Technical Colloquium 2016, Amsterdam, Belanda
27 to 29 April 2016
Bengkel Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber Negara, Putrajaya
set5-image2
2 - 6 Mei 2016
The World Summit of the Information Society (WSIS) 2016, Geneva, Switzerland
3 - 6 Mei 2016
Third Country Transformation Workshop 2016, Singapura
4 - 5 Mei 2016
Mesyuarat Persediaan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016, Jeddah, Arab Saudi
6 Mei 2016
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan CyberSecurity Malaysia
7 Mei 2016
Bengkel High Performance Cloud Computing Center (HPC3), Kuala Lumpur
9 – 13 Mei 2016
Presentation/Meeting at Honeynet Conference 2016 - The Honeynet Project Annual Workshop 2016, San Antonio, Texas, Amerika Syarikat
10 – 12 Mei 2016
3rd ASEAN-EU STI : CONNECT2SEA Workshop on ICT Research and Innovation for Sustainable Economic and Social Development in ASEAN, Hanoi, Vietnam
16 - 20 Mei 2016
Fortinet's APAC Partner Retreat 2016 at Chengdu, China
17 – 18 Mei 2016
Karnival Kreativity & Science 4U, Tamparuli, Sabah
17 - 18 Mei 2016
5th Information Security Summit Spotlight on Cloud, Kuala Lumpur
17 - 20 Mei 2016
Malware Research Project, BruCERT, Brunei Darussalam
18 – 19 Mei 2016
Program Inovasi Sosial MOSTI : Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Perak
19 Mei 2016
Taklimat Media Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) bagi Pembangunan Pusat MyCyberKomuniti@Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
23 - 26 Mei 2016
China-ASEAN Network Security Emergency Response Capacity Building Seminar, Chengdu, China
25 Mei 2016
Lawatan Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia ke CyberSecurity Malaysia, Kuala Lumpur
25 – 27 Mei 2016
Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2016 (MOSCMY 2016), Bangi, Selangor
25 – 27 Mei 2016
4th International Conference on Information and Communication Technology, Bandung, Indonesia
27 Mei 2016
Program Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam, Putrajaya
27 - 31 Mei 2016
Chanjiang International Forum 2016, Wuhan, China
31 Mei 2016
Majlis Perasmian Persidangan Ke-5 Kriptology Antarabangsa dan Keselamatan Maklumat 2016, Kota Kinabalu, Sabah
31 Mei 2016
Persidangan IDC’s Asia/Pacific Enterprise Hybrid Cloud 2016, Kuala Lumpur
30 Mei – 3 Jun 2016
Latihan Teknikal Pentadbiran OTRS, Bangkok, Thailand
set5-image2
31 Mei – 2 Jun 2016
5th International Cryptology and Information Security Conference (Cryptology2016), Kota Kinabalu, Sabah
2 - 3 Jun 2016
Mesyuarat Bersama Huawei and Hong Kong Police
10 Jun 2016
Kursus Master Controller Siri 13/2016, Kuantan, Pahang
12 – 17 Jun 2016
28th Annual FIRST Conference, Seoul, Korea
14 - 15 Jun 2016
Lawatan Kerja Strategik Bagi Projek Sempadan Malaysia – Thailand, Bukit Kayu Hitam, Perlis
15 - 17 Jun 2016
International Security Cyber Experts Workshop, Geneva, Switzerland
16 Jun 2016
Majlis Pra-Pelancaran CSM-ACE 2016 & Berbuka Puasa Bersama Media, Kuala Lumpur
20 - 21 Jun 2016
Bengkel Jurulatih Pembangunan Modul Kesedaran Keselamatan Siber, Kuala Lumpur
21 - 24 Jun 2016
1st Digital Forensics Expert Group Meeting and Workshop, Madrid, Sepanyol
21 - 30 Jun 2016
QMS Consultancy Service to Information Technology Authority (ITA), Oman
24 - 30 Jun 2016
International Conference on Data Mining and Big Data, Bali, Indonesia
26 Jun 2016
Program ‘CyberSecurity Malaysia Shopping Raya’ dan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak
27 Jun 2016
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) ke CyberSecurity Malaysia.
28 - 29 Jun 2016
Bengkel Pemurnian Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSED) 2016, Putrajaya
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image