Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 16 | SUKU PERTAMA - 2017
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Bertemu kembali di siri penerbitan CyberNEWS bagi tahun 2017. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap penerbitan berkala ini. Memandangkan ia merupakan penerbitan pertama bagi tahun 2017, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua pembaca CyberNEWS yang setia.

Tahun 2017 didepani dengan pelbagai cabaran keselamatan siber yang semakin mencabar. Ini disebabkan oleh trend teknologi yang turut mendedahkan kelemahan di mana ia memberi peluang kepada penjenayah siber untuk meneruskan agenda ancaman siber mereka. Aktiviti seperti pengintipan siber, hacktivism, jangkitan malware dan penyalahgunaan media sosial akan menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Begitu juga serangan siber ke atas sektor kritikal negara yang dijangka akan mengalami peningkatan di peringkat global melibatkan sektor seperti kewangan serta perbankan, kesihatan, perubatan dan lain-lain. Jenayah siber adalah ancaman utama bukan sahaja kepada sektor swasta atau individu malah turut mengancam kerajaan dan juga negara.

Disebabkan faktor tersebut, isu keselamatan siber telah mendapat perhatian sejagat. Dalam konteks ini, CyberSecurity Malaysia akan terus memacu agenda keselamatan siber negara dan mengembeling usaha melalui pelbagai program serta inisiatif dengan pendekatan yang lebih bersepadu dan holistik bagi mengatasi cabaran siber masa kini.

Tahun 2017 akan menyaksi penglibatan CyberSecurity Malaysia secara aktif dalam pelbagai program dan acara. Selain itu, lebih banyak kerjasama akan dijalinkan dalam membangunkan hubungan rapat dan kerjasama di bidang keselamatan siber yang akan direalisasikan melalui perkongsian awam - swasta bagi memastikan persekitaran siber yang selamat dan dipercayai.

Saya berharap agar anda terus bersama kami di sepanjang tahun 2017 bagi menyaksikan perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia. Teruskan sokongan anda dan sebarkan maklumat mengenai keselamatan siber kepada keluarga serta kenalan anda.

Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU PERTAMA
set5-image2
12 - 13 Januari 2017
CONFLUENCE 2017 - 7th International Conference On Cloud Computing, Data Science and Engineering, Uttar Pradesh, India
16 - 17 Januari 2017
Bengkel Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan National e-Commerce Strategic Roadmap-NeSR, Kuala Lumpur
17 Januari 2017
Seminar Discover the Evolution of Cybersecurity, Kuala Lumpur
23 - 25 Januari 2017
Mesyuarat TF-CSIRT Kali Ke-50 dan Persidangan Tahunan FIRST Eropah 2017, Valencia, Sepanyol
24 - 25 Januari 2017
Bengkel Pemurniaan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2017, Kuala Lumpur
24 - 25 Januari 2017
The International Cybersecurity Forum (FIC), Lille, France
set5-image2
1-2 Februari 2017
Bengkel ICT Product Security Assessment (IPSA) Kali Ke-dua, Putrajaya
7 Februari 2017
Majlis Perasmian Sambutan Safer Internet Day 2017 Edisi Malaysia, Kuala Lumpur
9 - 10 Februari 2017
Global Mobile Computing Conference 2017, Chennai, India
9 - 10 Februari 2017
CSM-HPCCC Universiti Teknologi Petronas (UTP) Collaboration Workshop, Bangi, Selangor
10 - 11 Februari 2017
Majlis Perasmian dan Serah Milik Pusat MyCyber Komuniti@Sabah, Pameran Interaktif dan Program CyberSAFE, Tamparuli Point, Sabah
13 Februari 2017
Taklimat dan Demonstrasi Sistem Biometrik ‘Automatic Speaker Identification System’ (ASIS), Seri Kembangan
14 - 16 Februari 2017
Kursus CPF – Taklimat First Responder Pegawai Penguatkuasa Farmasi, Kedah
16 Februari 2017
Digital Citizenship Dialogue 2017, Putrajaya
16 Februari 2017
Taklimat Sistem E-Lelong Mahkamah Tinggi Malaysia, Putrajaya
25 Februari 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2/2017 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Asia Pasifik (APCERT), Ho Chi Minh, Vietnam
27 Februari 2017
CEO’s TALK - "The Reality of Cyber Threats Today", UTeM, Melaka
27 - 28 Februari 2017
Test Framework Workshop, Putrajaya
27 Februari 2017 - 17 Mac 2017
Data Collection 2 Techno Fund, Kuala Lumpur
set5-image2
2 - 3 Mac 2017
Persidangan Digital Citizenship Education Asia-Pacific, Bangkok, Thailand
13 - 15 Mac 2017
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 3, Dewan Dr Ismail, Agensi Nuklear Malaysia
16 Mac 2017
Cyber Intelligence Asia 2017, Kuala Lumpur
16 Mac 2017
Lawatan dari Department of Information and Communications Technology (DICT) Filipina ke CyberSecurity Malaysia
17 Mac 2017
Lawatan Kerja Kazakhstan Engineering ke CyberSecurity Malaysia
21 - 22 Mac 2017
Lawatan ke Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Kerajaan Bangladesh (BGD e-GOV CIRT), Dhaka, Bangladesh
22 Mac 2017
Indonesian OpenGov Leadership Forum 2017, Jakarta, Indonesia
22 - 23 Mac 2017
Karnival Kreativiti & Sciences4u @Ipoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
23 Mac 2017
Lawatan dari Mr. MJ Lee, President of Myung IT Korea ke CyberSecurity Malaysia
30 Mac 2017
Seminar Kesedaran Keselamatan ICT & Perasmian Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat Peringkat Negeri Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image