Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 18 | SUKU KETIGA - 2017
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu kembali di edisi ketiga CyberNEWS bagi tahun 2017.

Sepertimana Suku Pertama dan Suku ke-2, CyberSecurity Malaysia telah berjaya melaksana dan juga menyertai pelbagai program serta aktiviti berkaitan keselamatan siber sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ruang siber Negara khususnya. Penglibatan dalam pelbagai program ini membuka peluang untuk CyberSecurity Malaysia untuk lebih dikenali di peringkat global selain berkongsi kepakaran serta kemahiran dalam bidang keselamatan siber.

Walaupun semakin hampir ke penghujung tahun, keselamatan siber masih menjadi ancaman dunia. Hal ini adalah kerana wujudnya peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin dinamik dan semakin canggih malah mudah untuk diaplikasi, di mana sekaligus ia membuka akses kepada penjenayah siber untuk meneruskan agenda ancaman siber mereka.

Dialog CyberSAFE 2017 yang telah berjaya berlangsung buat pertama kalinya pada bulan September akan menjadi salah satu acara tahunan CyberSecurity Malaysia kerana program ini memberi faedah untuk semua pihak bagi memahami dan mengenalpasti isu-isu berbangkit mengenai keselamatan siber, menyediakan pihak terbabit untuk bertindak balas secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu ancaman siber.

Manakala, perjanjian yang dimeterai antara tiga pihak iaitu MIT Korea, Myung Malaysia dan CyberSecurity Malaysia akan meneruskan kesinambungan perkongsian teknikal dan perpindahan Teknologi bagi memperkemaskan penyediaan program latihan kepakaran serta kelengkapan perkakasan forensik digital kepada MyCyberSecurity Clinic (MyCSC). Ini akan meningkatkan keupayaan teknikal serta kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam bidang forensik digital di Malaysia terutama perihal berkaitan pemulihan data.

Agenda keselamatan siber akan sentiasa menjadi keutamaan kami di CyberSecurity Malaysia. Justeru, agensi ini akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan berkiatan keselamatan siber bagi mengekalkan keselamatan dan memelihara keamanan negara dari jenayah siber.

Diharapkan dengan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program akan dapat mengekalkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah organisasi premier yang meneraju industri keselamatan siber di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.

Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia
AKTIVITI SUKU KETIGA
set5-image2
5 - 7 Julai 2017
ConnectGov Leader Summit, Ulaanbataar, Mongolia
6 - 7 Julai 2017
17th Regional Asia Information Security Exchange (RAISE) Forum Meeting, Hong Kong
7 Julai 2017
Mesyuarat Strategik Dan Kolaborasi Penyelidikan Serta Lawatan Kerja Ke INTERPOL Global Complex For Innovation, Singapura
11 - 13 Julai 2017
Kursus Latihan Pemasangan dan Penggunaan Aplikasi Trend Micro Deep Discovery, Manila, Filipina
17 Julai 2017
AICB Global Banking Discourse Series: Cyber Landscape in the Malaysian Financial Industry, Kuala Lumpur
17 - 18 Julai 2017
Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian di antara CyberSecurity Malaysia, Myung Information Technologies (MIT) dan Myung Inovasi Terkini Sdn Bhd (Myung Malaysia) serta Lawatan Kerja Strategik ke Korea Internet & Security Agency (KISA) dan Ibu Pejabat Myung Information Technologies (MIT), Seoul, Korea Selatan
20 Julai 2017
Program Kesedaran & Pembudayaan Keselamatan Siber – Dialog CyberSAFE 2017 : “Evolusi Media Digital Masa Kini - Cabaran Serta Peranan Dalam Menyatukan Perpaduan Nasional”, Putrajaya
21 Julai 2017
Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 37/2017, Kuala Lumpur
23 - 27 Julai 2017
ICPSES 2017 - 19th International Conference of Pedagogical Sciences and Education Strategies, Istanbul, Turki
24 - 28 Julai 2017
Kursus Industrial Control System – Cyber Security Management (ICS – CSMS), Bandung, Indonesia
25 - 26 Julai 2017
DiGi’s Security Awareness Week, Shah Alam, Selangor
27 Julai 2017
Majlis Pelancaran Projek Perintis Sistem e-Lelong Bagi Kes-Kes Lelong Awam Harta Tak Alih Di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuantan, Pahang
31 Julai - 4 Ogos 2017
2017 APISC Security Training Course, Seoul, Korea Selatan
set5-image2
4 – 9 Ogos 2017
Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Cabaran Piala CyberSAFE Peringkat Separuh Akhir, Alor Setar, Kedah
4, 8 & 9 Ogos 2017
Mesyuarat dan Bengkel Permunian Garis Panduan Pengurusan Pengkomputeraan Awan (Cloud Computing) Sektor Awam, Putrajaya
10 & 11 Ogos 2017
Bengkel Cloud Computing Risk, Control and Assurance, Kuala Lumpur
11 – 13 Ogos 2017
Karnival Kreativiti & Sciences4u@ Melaka Zon Selatan, Melaka
15 Ogos 2017
Bengkel 1st Technical Workshop on Cyber Security Technology Plan for The Fourth Industrial, Putrajaya
16 Ogos 2017
Seminar M-TECH Security Exchange 2017, Petaling Jaya, Selangor
17 - 21 Ogos 2017
International Cyber Security Briefing (“C0c0n-X”), Kerala, India
18 Ogos 2017
Peperiksaan Pensijilan bagi Digital Forensics for First Responder (DFFR), Seri Kembangan, Selangor
20 - 31 Ogos 2017
Oversight Of Development And Testing For Common Criteria Project Hewlett-Packard Enterprise Arcsight Data Platform, California, Amerika Syarikat
21 – 22 Ogos 2017
IDS 2017 International Directors Summit, Kuala Lumpur
24 Ogos 2017
Seminar Galaxy Exchange : Tech Talk - "Growth and Challenges of Big Data & The Future of Privacy”, Putrajaya
29 Ogos 2017
Lawatan Rasmi YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Ketua Pengarah Keselamatan Negara ke CyberSecurity Malaysia
30 Ogos – 1 September 2017
INTERPOL Digital Forensics Expert Group Meeting, Seoul, Korea
set5-image2
28 Ogos – 1 September 2017
Basic Investigations of Computers and Electronic Crimes Program, Bangkok, Thailand
4 - 8 September 2017
Huawei Connect 2017 Conference (HC2017), Shanghai, China
5 September 2017
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS), Pulau Meranti, Selangor
11 September 2017
Seminar dan Bengkel UTM-CSM Cyber Security X Lab, Universiti Teknologi Malaysia, Johor
11 - 27 September 2017
Kursus Pengenalan Kepada Programmable Logic Controller (PLC) and SCADA, Bangi, Selangor
13 - 20 September 2017
Latihan dan Lawatan Kerja Strategik ke PSSC Labs, California, Amerika Syarikat.
18 - 22 September 2017
Lawatan Kerja Teknikal Bidang Forensik Digital Bagi Projek Big Data Infrastructure, Amerika Syarikat
20 – 21 September 2017
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1, Pulau Meranti, Selangor
25 - 27 September 2017
Lawatan Teknikal dan Strategik ke MAY Cyber dan Tubitak BILGEM, Ankara, Turki
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image