Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 19 | SUKU KE-EMPAT - 2017
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Bertemu kembali pada edisi ke-empat CyberNEWS bagi tahun 2017. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 dan terima kasih kepada anda, pembaca setia yang tidak jemu membaca dan menantikan penerbitan CyberNEWS ini.

Tahun 2017 telah kita tinggalkan dan pada tahun 2018, CyberSecurity Malaysia akan tetap terus berusaha meningkatkan keupayaan dan kebolehan dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber khususnya ke arah mencapai matlamat negara yang sejahtera serta terhindar dari ancaman siber.

Seperti penerbitan sebelumnya, CyberNEWS memaparkan informasi mengenai pelbagai aktiviti dan program yang disertai mahupun dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia di sepanjang suku terakhir tahun 2017.

Acara Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2017 merupakan satu kejayaan, di mana acara yang telah menjangkau usia sembilan tahun penganjuran oleh CyberSecurity Malaysia telah berjaya disempurnakan. Melalui acara ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan lagi posisi sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia malah di peringkat global.

CyberSecurity Malaysia turut bekerjasama dengan National Council of Women's Organisations Malaysia (NCWO) dalam menganjurkan Seminar #CyberSAFE - Memelihara Keselamatan Wanita dan Kanak-kanak di Alam Siber. Penganjuran pertama seminar berskala besar ini telah memperkenalkan Program CyberSAFE ke peringkat nasional. Program ini juga telah berjaya mengetengahkan kepentingan kesedaran keselamatan siber kepada pengguna-pengguna Internet di Malaysia khususnya kaum wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga telah terlibat secara langsung pada Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2017 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT). Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa ini telah melonjak reputasi CyberSecurity Malaysia serta menyumbang kepada keupayaan ahli APCERT dan OIC-CERT dalam pengurusan sistem rangkaian komputer dan pengendalian insiden keselamatan siber di peringkat antarabangsa. Melalui penyertaan ini, CyberSecurity Malaysia telah sekali lagi dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Timbalan Pengerusi APCERT.

Suku terakhir juga menyaksikan pemeteraian Nota Kerjasama di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi merealisasi pengoperasian fungsi keselamatan siber negara oleh CyberSecurity Malaysia kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Ini menunjukkan kepentingan keselamatan siber yang menjadi teras utama selain memastikan persekitaran siber yang selamat dan berdaya tahan bagi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran negara. 2017 merupakan satu tahun yang penuh mencabar bagi CyberSecurity Malaysia. Namun dalam menghadapi cabaran tersebut, 2017 juga merupakan tahun di mana pelbagai kejayaan dan kecemerlangan sama ada di dalam mahupun luar Negara dicapai. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam mencipta kejayaan dan pencapaian tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam aktiviti serta program yang berlaku sepanjang suku terakhir ini, layari CyberNEWS Suku Ke-empat 2017. Selamat membaca!

Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia
AKTIVITI SUKU KE-EMPAT
set5-image2
2 Oktober 2017
Seminar Capacity-Building for Compliance with Cross-Border Privacy Rules (CBPR) System in APEC, Taipei
3 Oktober 2017
Pelancaran Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam, Putrajaya
4 Oktober 2017
Majlis Pelancaran Infrastruktur Siber Malaysian Research And Education Network (MYREN-X), Kuala Lumpur
9 – 12 Oktober 2017
Persidangan Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2017, Kuala Lumpur
12 Oktober 2017
Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2017, Kuala Lumpur
13 Oktober 2017
Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2017, Kuala Lumpur
14 Oktober 2017
Persidangan Government–University Industry Forum and Round Table (GUIFR), Bandar Seri Iskandar, Perak
22 Oktober 2017
Seminar Memelihara Keselamatan Wanita dan Kanak-kanak di Alam Siber, Kuala Lumpur
25 Oktober 2017
MARA Luncheon Talk - "Control Your Technology. Don’t Let It Control You", Kuala Lumpur
26 Oktober 2017
Seminar Adoption of Cryptography Innovation: Opportunities & Challenges, Putrajaya
31 Oktober – 1 November 2017
Standard Malaysia Forum with Conformity Assessment Bodies (CAB), Bangi, Selangor
24 - 27 Oktober 2017
Mesyuarat Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA), Berlin, German
 
set5-image2
30 Oktober - 3 November 2017
ISO/IEC JTC 1/SC 27 IT Security Techniques Meeting-Berlin, Germany
2 November 2017
6th Technical Colloquium, Seri Kembangan, Selangor
6 – 9 November 2017
Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT), Baku, Azerbaijan
8 - 10 November 2017
2017 Cyber Offensive and Defensive Exercise (CODE), Taipei, Taiwan
9 November 2017
Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Huawei, Kuala Lumpur
13 – 14 November 2017
DiCyFor Security Summit 2017, Singapura
13 – 14 November 2017
S.Rajaratnam School Of International Studies (RSIS) Cybercrime Workshop, Singapura
15 – 17 November 2017
Mesyuarat Meja Bulat ISO Smart City, Barcelona, Sepanyol
20 – 21 November 2017
Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Serantau ke-6, Muscat, Oman
25 – 27 November 2017
Joint International Conferences on Emerging Technology and Sports 2017 (JICETS2017), Kuching, Sarawak
23 November 2017
Persidangan Pacific Intech - Cyber Security, Putrajaya
23 – 24 November 2017
Persidangan Cyber4All - A Secure and Inclusive Cyberspace for Sustainable Development, New Dehli, India
27 – 29 November 2017
Maritime Security and Coastal Surveillance 2017, Singapore
28 November 2017
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di antara CyberSecurity Malaysia dan May Cyber Teknoloji A.S, Putrajaya
12 – 15 November 2017
Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2017 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), New Delhi, India
set5-image2
3 - 4 Disember 2017
Annual Coordination Meeting of the Organization of the Islamic Cooperation (OIC) Institutions (ACMOI), Jeddah, Saudi Arabia
4 Disember 2017
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara CyberSecurity Malaysia dan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
5 – 6 Disember 2017
Child Online Protection (“COP”) Seminar in ASEAN 2017, Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya
5 – 7 Disember 2017
Cyber Security Indonesia Conference (CSI) 2017, Indonesia
6, 13, 14 and 15 Disember 2017
Kerjasama CyberSecurity Malaysia dan KUB Malaysia Berhad Dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Petaling Jaya
12 – 13 Disember 2017
Pelancaran CAMMUKA sempena Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (#MCYsummit2017)@GECommunity, Kuala Lumpur
12 – 15 Disember 2017
CAMP Regional Forum & Operation Meeting, Hanoi, Vietnam
21 Disember 2017
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Putrajaya
28 – 30 Disember 2017
International Conference on Software and e-Business (ICSEB) 2017, Hong Kong
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image