Mesej dari CEO

 
 

CyberNEWS kini kembali dengan penampilan baharu untuk penerbitan edisi pertama tahun 2018.

Kita semua maklum bahawa tahun 2017 menyaksikan serangan siber yang mengemparkan dunia. Ransomeware Wannacry dan NotPetya menyelinap masuk ke dalam lebih 200 ribu komputer di lebih 150 buah negara seluruh dunia. Selain itu terdapat juga serangan dan ancaman siber lain yang berupaya mengugat keselamatan global dan yang pasti, Malaysia turut terkena tempiasnya.

Tahun 2018 bermula dengan baik dan memberangsangkan apabila CyberSecurity Malaysia terus diberi penghormatan untuk terlibat di dalam pelbagai program dan acara berdasarkan kepakaran, kemahiran dan kebolehupayaan menangani isu berkaitan keselamatan siber. Dijangka tahun 2018 akan membawa lebih banyak kesinambungan bidang keselamatan siber dengan kemunculan inisiatif transformasi digital, selain ancaman keselamatan siber yang sentiasa berubah mengikut landskap semasa yang kian mencabar.

Ancaman siber yang signifikan kepada pengguna seperti penipuan dalam talian, penipuan bungkusan, transaksi perbankan Internet, kecurian data melalui ancaman phishing, kecurian identiti, penipuan pakej perjalanan, penipuan loteri, kandungan yang berkaitan, gangguan perkhidmatan (DDOS), spam serta sebaran kod jahat dijangka akan terus berlaku. Selain itu, isu-isu ketirisan data peribadi, ketagihan Internet, ancaman media sosial, penularan berita palsu, buli siber, serangan terhadap IoT dan cryptocurrencies akan turut diperkatakan pada tahun 2018.

Dengan itu, pengguna perlu sentiasa memiliki sikap berwaspada dan berhati-hati apabila berurusan di alam siber. Manakala, pendekatan holistik melalui tiga komponen iaitu proses, manusai dan teknologi perlu diberi perhatian bagi memastikan negara selamat dan berdaya tahan terhadap sebarang bentuk ancaman siber.

Di CyberSecurity Malaysia, kami akan terus terlibat secara pro-aktif di dalam pelbagai program. Kami juga beriltizam untuk terus memacu industri keselamatan siber di Malaysia dan menyusun strategi serta program yang berinovatif bagi menghasilkan perkhidmatan keselamatan siber bersepadu. Justeru, tetaplah bersama kami dengan mengikuti perkembangan kami menerusi penerbitan berkala CyberNEWS ini.

Terima Kasih.

DATO’ DR HAJI AMIRUDN ABDUL WAHAB
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU PERTAMA

 
Jan

2018

Feb

2018

  • 2 Februari 2018
 
  • 6 Februari 2018
 
  • 19 - 20 Februari 2018
 
  • 21 - 23 Februari 2018
 
  • 20 Februari 2018
 
  • 22 - 25 Februari 2018
 
  • 23 Februari 2018
 
  • 24 Februari 2018
 
  • 25 Februari 2018
 
  • 26 - 28 Februari 2018
 
  • 26 Februari - 1 Mac 2018
 
  • 28 Februari 2018
 
Mac

2018