Mesej dari CEO

 
 

Salam Sejahtera.

Bersua kembali di penerbitan CyberNews bagi suku ke-empat tahun 2018.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2019. Semoga tahun baharu akan membawa lebih banyak kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan bukan sahaja di alam fizikal malah juga di alam siber.

CyberSecurity Malaysia terus terlibat secara aktif di pelbagai program sepanjang suku ke-empat dalam usaha melestari agenda keselamatan siber sama ada di peringkat nasional mahu pun luar negara. Pelbagai jemputan diterima khususnya dari luar negara untuk CyberSecurity Malaysia hadir membuat pembentangan mengenai isu-isu semasa keselamatan siber dan berkongsi pengalaman mengenai inisiatif keselamatan siber yang dilaksanakan di peringkat nasional.

Ini membuktikan bahawa CyberSecurity Malaysia terus diiktiraf di peringkat global berdasarkan kepakaran bidang keselamatan siber. Situasi ini juga telah mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju bidang keselamatan siber sejajar visi untuk dikenali di persada antarabangsa sebagai pusat rujukan pakar dan teknikal bidang keselamatan siber menjelang tahun 2020.

Pada suku ke-empat, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan Hari Mesra Integriti 2018 sejajar dengan arahan Audit, Governance & Integrity Committee (AGI). Ia diadakan bertujuan untuk menanam nilai integriti di tempat kerja melalui pelaksanaan kawalan dalaman semasa, ceramah kesedaran integriti dan aktiviti keagamaan untuk kakitangan. Program ini telah menjadi pemangkin dan motivasi kepada warga CyberSecurity Malaysia untuk berusaha menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan melaksanakan tugas harian berasaskan prinsip bebas rasuah serta mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh menyakinkan stakeholders, rakan kerjasama dan para pelanggan.

Pada 17 Disember 2018, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat lawatan kerja rasmi ke CyberSecurity Malaysia. Beliau diiringi oleh Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor dan disertai oleh barisan Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai kanan Kementerian. Kunjungan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia. Ia juga menunjukkan keprihatinan YB Menteri dan delegasi yang melihat bidang keselamatan siber sebagai satu bidang utama yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Kunjungan tersebut telah mengeratkan hubungan kedua-dua organisasi serta memberi semangat baharu kepada warga CyberSecurity Malaysia untuk terus menyediakan perkhidmatan keselamatan siber yang berkualiti.

Semoga paparan CyberNEWS kali ini memberi infomasi berguna kepada anda. Saya berharap agar anda terus menyokong CyberSecurity Malaysia dan mengambil peluang untuk menyebarkan ilmu keselamatan siber yang diperolehi dari pembacaan di CyberNEWS kepada ahli keluarga juga rakan anda. Kami akan sentiasa memastikan agar ilmu keselamatan siber dapat digunapakai dan disebarluas untuk dimanafatkan bersama demi menjamin kesejahteraan hidup di era digital masa kini.

Maklumat lanjut mengenai penglibatan CyberSecurity Malaysia terdapat pada laporan sepanjang bulan Oktober, November dan juga Disember 2019. Selamat membaca.

Terima Kasih.

DATO’ DR HAJI AMIRUDN ABDUL WAHAB
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU PERTAMA

 
Oct

2018

  • 30 September - 4 Oktober 2018
 
  • 3 - 5 Oktober 2018
 
  • 4 Oktober 2018
 
  • 5 - 6 Oktober 2018
 
  • 6 - 7 Oktober 2018
 
  • 9 - 10 Oktober 2018
 
  • 9 - 12 Oktober 2018
 
  • 17 - 20 Oktober 2018
 
  • 19 - 27 Oktober 2018
 
  • 21 - 24 Oktober 2018
 
  • 21 - 26 Oktober 2018
 
  • 23 - 24 Oktober 2018
 
  • 24 Oktober - 1 November 2018
 
  • 30 Oktober 2018
 
  • 30 - 31 Oktober 2018
 
  • 31 Oktober 2018
 
Nov

2018

Dec

2018