Mesyuarat Antarabangsa ISO/IEC JTC 1/ SC 27/ WG 1 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali Ke-59, Gjovik, Norway

 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri satu mesyuarat peringkat antarabangsa ISO/IEC JTC 1/ SC 27/ WG 1 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) kali ke-59 anjuran Standards Norway bertempat di Norwegian University of Science and Technology, Gjovik, Norway.

Mesyuarat tahunan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan serta penyemakan standard antarabangsa mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Seramai 300 delegasi dari pelbagai negara antaranya Sweden, German, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Jepun dan China hadir ke mesyuarat tersebut.

Sebanyak 18 cadangan serta 12 resolusi Comments Resolution Meeting (CRM) telah dibuat sepanjang mesyuarat dan dibentangkan pada sesi plenari di hari terakhir mesyuarat. Semua keputusan dari mesyuarat direkodkan di dalam dokumen WG 1 Recommendations, CRM Resolutions and Acclamations.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini membuktikan peranan aktif Malaysia dalam pembangunan standards berkaitan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Ia turut memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mengukuhkan lagi jalinan rangkaian bersama badan-badan Standards dari pelbagai negara.

International Digital Technology Exhibition 2018 (IDTE), Ipoh, Perak

 

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam International Digital Technology Exhibition (IDTE) yang diadakan di Ipoh, Perak dari 3 hingga 5 Oktober 2018. Program anjuran Malaysian Service Providers Confederation (MSPC) bertemakan “Bridging Digital Gaps in Perak” diadakan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan eksport di peringkat serantau dan global. Pada pameran ini, CyberSecurity Malaysia telah mengambil peluang ini untuk mempromosi bidang latihan professional melalui perkhidmatan CyberGuru dan Global ACE Scheme.

IDTE dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Kerajaan Negeri Perak. Antara organisasi yang terlibat dalam pameran ini adalah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SMECorp serta beberapa agensi kerajaan yang lain.

Melalui penyertaan pada pameran IDTE, Skim Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Bertauliah Global (Global ACE Scheme) dapat diperkenalkan manakala peluang turut diambil untuk memupuk pertumbuhan pembekal program pensijilan profesional keselamatan siber bertaraf dunia serta tenaga kerja kompeten yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bual Bicara Sempena Hari Mesra Integriti 2018 CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan

 

Pada 4 Oktober 2018, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Hari Mesra Integriti 2018. Program ini diadakan sejajar dengan arahan Audit, Governance & Integrity Committee (AGI) bertujuan menanam nilai integriti di tempat kerja melalui pelaksanaan kawalan dalaman semasa, ceramah kesedaran integriti dan aktiviti keagamaan untuk kakitangan.

Pada program ini, satu sesi Bual Bicara Santai telah diadakan bersama Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Kamaruddin Bin M. Ripin dengan tajuk ‘Integriti: Isu Dan Cabarannya’.

Selain itu, pelbagai bentuk pengisian diadakan bagi menggalak minat serta pemahaman warga CyberSecurity Malaysia mengenai isu Integriti antaranya, Kuiz Integrity berkaitan Whistleblowing Policy, Gift Policy and Employee Handbook; taklimat mengenai Gift Policy Code of Conduct, Whistleblowing Policy; Pop Kuiz Integriti, Crossword Puzzle serta Dart of Integrity.

Hari Mesra Integriti 2018 mendapat sambutan menggalakkan dari warga CyberSecurity Malaysia. Program ini menjadi pemangkin dan motivasi kepada warga CyberSecurity Malaysia untuk berusaha menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam melaksanakan tugas harian berasaskan prinsip bebas rasuah serta mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh menyakinkan stakeholders, rakan kerjasama dan para pelanggan.

: International Cyber Security Briefing “c0c0n-XI”, Kochi, India

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput menghadiri persidangan Cyber Security Briefing “c0c0n-XI” di Kochi, India pada 5 dan 6 Oktober 2018. Persidangan “c0c0n-XI” merupakan persidangan keselamatan siber anjuran Kerala State Police dengan kerjasama The Society for the Policing of Cyberspace (POLCYB) dan The Information Security Research Association - India Chapter (ISRA).

Persidangan ini menjadi platfom perbincangan, pameran, pendidikan dan penyebaran kesedaran mengenai trend terkini keselamatan siber seerta jenayah hi-tech di rantau Asia Selatan, khususnya di India. Ia juga merupakan platfom bagi pasukan keselamatan, kerajaan, pemimpin industri, pelajar serta profesional mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai kemajuan teknologi terkini dalam bidang keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia dijemput sebagai penceramah pada persidangan ini di mana Fazlan Abdullah, Ketua Jabatan Perhubungan Kerajaan telah membuat pembentangan bertajuk "Malaysia’s Cyber Security Policy & Strategies”. Dianggarkan lebih seribu peserta terutama dari negara India hadir ke persidangan ini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah membuka peluang untuk mempelajari kajian kes dan amalan terbaik dalam implementasi keselamatan siber di organisasi, berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara, menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta seminar bagi keselamatan siber strategik serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi dan organisasi dari negara India.

Bengkel Jurnal Keselamatan Siber OIC-CERT, Port Dickson, Negeri Sembilan

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Jurnal Keselamatan Siber OIC-CERT pada 6 dan 7 Oktober 2018 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel diadakan untuk memberi pendedahan kepada Pasukan Projek mengenai penyediaan manuskrip bagi memantapkan lagi pengilan kertas penyelidikan dalam bidang keselamatan siber agar berkualiti serta dapat diterbitkan sebagai jurnal pada penerbitan “OIC-CERT Journal of Cyber Security”.

Bengkel dua hari ini telah dikendalikan oleh Ts. Dr Zahri Yunos dari CyberSecurity Malaysia dan Profesor Dr. Rabiah Ahmad dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta dihadiri oleh 20 ahli Pasukan Projek dari enam Universiti tempatan.

Sebanyak tujuh jurnal dipilih untuk dibentangkan pada Academic Colloquium sewaktu Persidangan Tahunan OIC-CERT 2018 yang akan berlangsung pada November 2018 di Iran, antaranya:
i. SBPP: Statistical-Based Privacy-Preserving Approach for Data Gathering in Smart Grid
ii. A Hybrid Approach to Trust Inference in Social Networks
iii. Vulnerability Assessment and Penetration Testing of Virtualization
iv. Safeguarding Malaysia’s Cyberspace against Cyber Threats: Contributions by CyberSecurity Malaysia
v. Developing a Competency Framework for Building Cybersecurity Professionals
vi. Preventing Reflective DLL Injection on UWP Apps
vii. Crawler and Spiderin usage in Cyber-Physical Systems Forensics

Bengkel ini telah menyediakan platform bagi Pasukan Projek untuk saling bekerjasama dalam mengilkan kertas penyelidikan yang berkualiti untuk diterbitkan sebagai jurnal. Penerbitan jurnal pula akan berupaya menyumbang kepada pertambahan ilmu bidang keselamatan siber kepada masyarakat.

Cyber Crime Conference 2018, Moscow, Russia

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan pada CyberCrime Conference 2018 anjuran Group IB Russia di Moscow, Russia. CyberCrime Conference 2018 yang diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2018 merupakan persidangan tahunan yang menyaksikan penyertaan pakar-pakat keselamatan IT antarabangsa yang terdiri dari Industri, Kerajaan serta Penguatkuasa Undang-undang.

Persidangan tahun ini memberi tumpuan kepada trend jenayah siber antarabangsa semasa, ramalan ancaman siber, analisa ke atas penceroboh sistem (hacking group) dan rangkaian komputer. Selain itu, persidangan ini juga turut membincangkan maklumat, pengalaman serta langkah yang diambil bagi menangani ancaman siber di pelbagai sektor.

Lebih 1,000 pakar keselamatan IT dari benua Eropah, Timur Tengah dan juga Asia hadir pada persidangan ini. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sharifah Roziah Mohd Kassim dari Pasukan Tindak Balas Kecemasa Komputer Malaysia (MyCERT) yang telah membuat pembentangan bertajuk “Cyber Threat Intelligence Initiatives in Malaysia”.

Satu lawatan kerja ke Makmal dan Pusat Operasi CERT Group IB turut dilakukan. Wakil CyberSecurity Malaysia telah diberi taklimat mengenai kerja-kerja analisis dan aktiviti yang dijalankan di makmal tersebut. Pertemuan dan perbincangan ringkas bersama Group IB turut diadakan meliputi kajian ancaman siber, analisa teknik dan tools terbaharu yang digunakan oleh penceroboh siber selain berkongsi analisa kes berprofil tinggi bagi tahun 2018.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah meningkatkan visibiliti CyberSecurity Malaysia di arena antarabangsa sebagai peneraju bidang keselamatan siber yang sentiasa bertindak secara proaktif dalam menangani ancaman siber di rantau Asia.

CODEBALI International Conference And Exhibition 2018, Bali, Indonesia

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput menghadiri persidangan dan pameran antarabangsa CodeBali 2018 di Bali, Indonesia dari 9 hingga 12 Oktober 2018. Persidangan dan pameran tahunan ini dianjurkan oleh Indonesia Security Incident Response Team on Internet Infrastructure Coordination Center (ID-SIRTII/CC) yang merupakan satu badan di bawah National Cyber and Crypto Agency, Indonesia semenjak tahun 2015.

CodeBali 2018 kali ke-empat telah dihadiri oleh 500 peserta dari Indonesia, negara-negara anggota ASEAN, Jepun serta negara-negara dari Timur Tengah. Delegasi CyberSecurity Malaysia terdiri dari Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah yang telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “Cybersecurity and World Order-Confrontation or Partnership”; Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dijemput sebagai ahli panel sesi perbincangan bertajuk “Overcoming the Emerging Cyber Threat and Building National Cyber Resilience”, manakala Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Profesional Keselamatan Siber pula sebagai pembentang pada sesi FIRST TC bertajuk “Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme: The Need For Security Experts”. Selain itu, Dr. Zahri juga turut dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Nasional bersama warga kerja National Cyber and Crypto Agency.

Penyertaan pada persidangan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi teknikal bidang keselamatan siber serta berupaya meningkatkan visibility di arena antarabangsa.

Pameran Malaysian Commercialization Year (MCY) @ International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2018, Kuala Lumpur

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput menyertai Pameran Malaysian Commercialization Year (MCY) @ International Greentech, Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2018 anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 17 hingga 20 Oktober 2018.

MCY 2018 menyediakan peluang untuk para finalis produk dan teknologi MCY mempamerkan teknologi ciptaan mereka. Perkhidmatan Teknologi Smart Card Reader Assessment CyberSecurity Malaysia yang dibangun menggunakan kepakaran dalaman bagi menjamin keselamatan Kad Pintar (Smart Card) telah berjaya terpilih sebagai salah satu finalis produk-produk MCY 2018.

Penyertaan pada pameran ini telah nemberi peluang dan pendedahan kepada CyberSecurity Malaysia untuk mendekati pelanggan berpotensi dari pihak industri untuk menggunakan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia di masa akan datang.

Elastic Security Analytics Workshop for Cyberi3 Project, Washington DC, Amerika Syarikat

 

CyberSecurity Malaysia telah menyertai bengkel Elastic Security Analytics pada 19 hingga 27 Oktober 2018 di Washington DC, Amerika Syarikat.

Elastic Security Analytics merupakan teknologi carian canggih yang digunakan bagi memenuhi keperluan menganalisa Data Raya (Big Data). Teknologi ini terkenal dalam kalangan komuniti Data Raya dan Data Analitik kerana ianya merangkumi 3V, iaitu Volume, Velocity dan Veracity data. Teknologi ini diperlukan bagi meningkatkan penawaran perkhidmatan forensik digital dalam usaha menangani ancaman siber menerusi projek terbaharu yang dikenali sebagai Cyberi3.

Bengkel ini telah disertai oleh tiga pegawai CyberSecurity Malaysia terdiri dari Ts. Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, Ts. Mohd Zabri Adil Talib dan Ts. Mohd Zaharudin Ahmad Darus dari Jabatan Forensik Digital.

Penyertaan pada bengkel ini telah dapat memenuhi keperluan dari segi kepakaran, fungsi serta operasi sistem bagi memenuhi spesifikasi penawaran perkhidmatan di bawah projek Cyberi3 serta meningkatkan kualiti operasi bahagian perkhidmatan responsif keselamatan siber dari segi analisis keselamatan secara amnya.

Persidangan Tahunan & Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Shanghai, China

 

Pada 21 hingga 24 Oktober 2018 berlangsung Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) 2018 di Shanghai, China.

APCERT merupakan gabungan kerjasama negara Asia Pasifik dalam bidang keselamatan siber yang kini dianggotai 30 pasukan tindak balas kecemasan siber (CERT) atau agensi berkaitan keselamatan siber dari 21 buah negara di rantau Asia Pasifik. CyberSecurity Malaysia merupakan ahli APCERT semenjak penubuhan APCERT pada 2003 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi APCERT bagi sesi 2017/2018.

Pada tahun 2018, progarm ini dianjur bersama oleh National Computer Network Emergency Response Technical Team I Coordination Center of China (CNCERTICC) dan Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT). Tujuan ia diadakan adalah bagi membincangkan perkara berkaitan polisi, operasi serta halatuju strategik APCERT yang meliputi perkara berikut:-
i. Sesi Desktop Interactive Discussion;
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu APCERT;
iii. Mesyuarat Agung Tahunan APCERT; dan
iv. Persidangan Tahunan APCERT 2018

CyberSecurity Malaysia telah berperanan aktif sepanjang program melibatkan aktiviti berikut:-
i. Ketua Kumpulan Kerja Malware Mitigation oleh Fathi Kamil Mohad Zainuddin dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT);
ii. Hadir pada Bengkel Teknikal bertajuk ‘Digital Forensics with a Focus on the Cloud’ oleh Fathi Kamil Mohad Zainuddin dan Zuhair Abd Rahman dari MyCERT;
iii. Hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu selaku Timbalan Pengerusi APCERT oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi
Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia dan Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Antarabangsa;
iv. Membuat pembentangan mengenai aktiviti CyberSecurity Malaysia selaku Timbalan Pengerusi APCERT pada sidang tertutup yang dihadiri oleh ahli-ahli APCERT;
v. Pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Splunking Honeynet Data (LebahNET)’ oleh Zuhair Abd Rahman yang dihadiri seramai 150 peserta.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia berupaya menyerlahkan kepimpinan agensi ini di arena antarabangsa. Ini dibuktikan apabila CyberSecurity Malaysia telah dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi APCERT untuk penggal 2018 – 2019. Ini juga merupakan komitmen yang ditunjukkan oleh CyberSecurity Malaysia dalam menyokong objektif APCERT.

Program ini turut membuka ruang untuk perkongsian ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat mengenai keselamatan maklumat selain mengukuhkan tahap kepercayaan di kalangan ahli-ahli APCERT dalam mengurus bidang keselamatan siber di rantau ini.

SO/TC307: Blockchain and Distributed Ledger Technologies Meeting and International Forum – “Blockchain in the Digital Economy”, Moscow, Russia

 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat SO/TC307: Blockchain and Distributed Ledger Technologies dan International Forum – “Blockchain in the Digital Economy” di Moscow, Russia dari 21 hingga 26 Oktober 2018 anjuran Organisasi Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO).

Mesyuarat SO/TC307 di Moscow merupakan perjumpaan kali ke-empat semenjak Jawatankasa Teknikal (TC) 307: Blockchain and Distributed Technology ditubuhkan pada tahun 2016. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara dalam pembentukan dokumen piawaian TC 307 yang memberi impak kepada kumpulan standard ISO/IEC JTC 1/SC 27 Teknik Keselamatan IT.

Mesyuarat turut mengemaskini draf dokumen ISO berdasarkan komen dari pakar-pakar seluruh dunia, mendapatkan undian serta persetujuan berkaitan isu draf dokumen yang diilkan serta mengemaskini aktiviti dan kelangsungan kumpulan kerja, kumpulan kajian dan seterusnya merangka hala tuju kumpulan.

Selain Malaysia, mesyuarat turut dihadiri oleh pakar-pakar blockchain dan wakil organisasi serta jabatan standard dari pelbagai negara, antaranya Russia, Australia, China, India, Jepun, Korea, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan lain-lain. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, Ts. Dr. Maslina Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber dan Hazlin Abdul Rani, Ketua Jabatan Kriptografi.

Selain mesyuarat, delegasi CyberSecurity Malaysia turut menghadiri forum antarabangsa bertajuk “Blockchain in the Digital Economy”, di mana ahli-ahli panel forum membincangkan perkara-perkara berkaitan aplikasi, penggunaan, kajian kes dan kesan blockchain di dalam ekonomi digital.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam pembangunan teknologi Blockchain berupaya meningkatkan kemahiran dalam bidang keselamatan siber teknologi Blockchain di Malaysia. Sumbangan dalam pembanguna dokumen piawaian terutama yang melibatkan bidang keselamatan siber telah meningkatkan lagi kredibiliti serta mendedahkan CyberSecurity Malaysia kepada teknologi, isu-isu dan perkembangan terkini mengenai blockchain.

12th ENISE International Meeting On Information Security 2018, Leon, Sepanyol

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Keselamatan Maklumat 2018 - ENISE kali ke-12 pada 23 dan 24 Oktober 2018 di Leon, Sepanyol.

Persidangan tahunan anjuran Spanish National CyberSecurity Institute (INCIBE) ini merupakan platfom pertemuan dan perbincangan pengamal industri keselamatan siber dari seluruh dunia. Ia mengupas dan membincangkan isu-isu terkini keselamatan siber serta mempromosi perbincangan perniagaan dan juga pelaburan berkaitan keselamatan IT.

Lebih 2,000 delegasi terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pakar keselamatan, ahli akademik, pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan profesional IT hadir pada persidangan ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Beliau menjadi panellist pada sesi perbincangan bertajuk “Initiatives of international collaboration in the field of incident notification”.

CyberSecurity Malaysia berpeluang untuk memupuk jalinan rangkaian, bertukar maklumat serta mengemas kini informasi dengan delegasi dari pelbagai negara dalam memahami isu-isu penting yang berkaitan dengan jenayah teknikal yang dilakukan oleh penjenayah siber.

: 17th International Common Criteria Meetings And Conference, Amsterdam, The Netherlands

 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan dan Mesyuarat Antarabangsa Common Criteria (CC) Kali ke-17 di Amsterdam, Netherlands bermula dari 24 hingga 1 November 2018 .

Persidangan Antarabangsa Common Criteria (ICCC18) anjuran The Netherlands Common Criteria Scheme diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan penilaian keselamatan dan penambahbaikan ke atas produk-produk IT. Ia juga merupakan platfom bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama, perbincangan teknikal serta perkongsian pengalaman penilaian antara negara-negara dalam mempromosi program Common Criteria (CC) sebagai kriteria pengesahan pihak ke-tiga dalam industri IT.

Mesyuarat tahunan Common Criteria yang diadakan sebanyak dua kali setahun pula membincangkan secara terperinci isu-isu berkaitan ISO terkini, pengujian dan pensijilan keselamatan IT, penambahbaikan serta tindakan dalam memperkukuhkan penilaian Common Criteria. 28 buah negara yang juga ahli Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) termasuk Malaysia hadir pada mesyuarat ini.

Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Dato’ Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif dan disertai oleh Wan Shafiuddin Bin Zainudin dan I.D Safairis Bin Amat Noor dari Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat serta Zarina Musa dan Ahmad Dahari Jarno dari Jabatan MySEF.

Pada persidangan ICCC18, Zarina Musa membuat pembentangan bertajuk “IPSA: An Adaptation of Common Criteria for Malaysian Local Market” manakala Ahmad Dahari Jarno pula bertajuk “Guide for Evaluator in CC Evaluation: Tips and Tricks Malaysia Lab Style”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah membuka peluang untuk jalinan kerjasama diwujudkan dalam menawarkan perkhidmatan latihan berdasarkan panduan penilaian dan pembangunan skim tempatan untuk makmal CC luar Negara berdasarkan perkhidmatan IPSA dan TSA. Selain itu, ia turut membuka peluang baharu bagi kolaborasi bersama makmal Serantau Eropah yang mempunyai keupayaan dalam pembangunan Profil Perlindungan (PP) dan Collaborative PP (cPP).

Lawatan Kerja Bahagian Pengurusan Risiko Organisasi dan Bahagian Keselamatan ICT, Lembaga il Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan

 

Pada 30 Oktober 2018, CyberSecurity Malaysia telah menerima satu lawatan kerja dari Lembaga il Dalam Negeri (LHDN) yang diketuai oleh Encik Mohd Khairul Adne Mat Hussin, Eksekutif il Kanan 1 LHDN bersama lima delegasi LHDN.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia dengan lebih dekat, mendapatkan maklumat secara terus mengenai perkhidmatan dan kepakaran yang disediakan serta berbincang mengenai peluang kolaborasi strategik di antara LHDNM dan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

Delegasi LHDN disambut oleh Mohd Shamir him, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perrhubungan Antarabangsa dan Kerajaan. Delegasi LHDNM telah diberi penerangan mengenai maklumat korporat, perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia. Turut dibincangkan ialah butiran bagi merealisasi bidang kerjasama di antara LHDN dan CyberSecurity Malaysia yang akan dimeterai melalui satu perjanjian kerjasama. Delegasi LHDNM turut dibawa melawat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Makmal Forensik Digital.

: Bengkel Inisiatif Kewarganegaraan Digital Kali Ke-dua (CyberSAFE Beyond 2020), Putrajaya

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Inisiatif Kewarganegaraan Digital (CyberSAFE Beyond 2020) kali Ke-dua pada 30 dan 31 Oktober 2018 di Putrajaya.

Bengkel diadakan bagi membentuk, meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai isu Kewarganegaraan Digital serta memantau pembangunan bahan-bahan perlaksanaan Kewarganegaraan Digital (The Tool Kit Instrument). Pada bengkel ini, pemegang taruh (stake holder) telah dapat memahami konsep Kewarganegaraan Digital serta kaedah penggunaan bahan yang sesuai untuk perlaksanaan konsep Kewarganegaraan Digital agar pengguna akhir dapat pemahaman akan konsep ini dengan jelas.

Seramai 15 peserta mewakili beberapa agensi Kerajaan dan industry hadir, antaranya Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia; Institut Aminudin Baki, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Tech Capacity.

Majlis Perasmian National Policy On Industry 4.0, Kuala Lumpur

 

Pada 31 Oktober 2018 berlangsung Majlis Perasmian Polisi Industri 4.0 Kebangsaan bertempat di MITI Tower, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pelancaran polisi IR4.0 merupakan inisiatif Kerajaan dalam mencatatkan hala tuju negara bagi menangani pelbagai isu industri pembuatan berkaitan dengan persekitaran berbahaya, kesihatan dan keselamatan pekerja, kecekapan dalam menguruskan rangkaian bekalan, pengurangan pembaziran, penjimatan masa dengan pengurusan sistem penghantaran yang cekap.

Evolusi teknologi Industri 4.0 yang pesat berkembang dan saling bertumpu (converge) telah meningkatkan keupayaan manusia melalui kecerdasan dalam pembuatan dan robot autonomi melalui peralihan teknologi maklumat yang digunakan menerusi pengkomputeran awan, integrasi sistem dan Internet of Things (IoT). Situasi ini menjadikan keselamatan siber sebagai satu aspek kritikal dan perlu diberi perhatian dari awal pembangunan alatan sentrik bersama dengan persekitaran IT yang selamat.

Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi telah mewakili CyberSecurity Malaysia sebagai ahli panel pada satu sesi perbincangan bertajuk “Breaking The Barriers To Pursue Industry4WRD - Addressing Common Challenges To Embark On Industry 4.0 Journey”. CyberSecurity Malaysia juga turut terlibat sebagai pempamer pada program tersebut bagi mempromosikan perkhidmatan keselamatan siber termasuk Skim Global ACE.

Jemputan oleh pihak MITI kepada CyberSecurity Malaysia pada program ini merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan agensi ini sebagai peneraju bidang Keselamatan siber di Malaysia. Melalui penyertaan ini, CyberSecurity Malaysia dapat menyebarluas informasi mengenai lanskap persekitaran siber, berpeluang mempromsi perkhidmatan serta menjalin rangkaian dengan agensi-agensi Kerajaan yang turut sama terlibat di dalam program sehari ini.