Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018, Seremban 2, Negeri Sembilan

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyertai Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 3 November 2018 di LPPKN Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 bertemakan “Keluargaku Sayang” selaras dengan tema Hari Keluarga Antarabangsa 2018, “Keluarga dan Masyarakat Inklusif” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

CyberSecurity Malaysia telah mengambil peluang untuk mempromosi dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan melalui acara pameran manakala program CyberSAFE Quest pula diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai kepentingan keselamatan siber.

Pada acara tersebut, Lt Kol Mustafa Ahmad, Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia telah bertindak sebagai Moderator pada sesi forum bertajuk “Keibubapaan di Alam Siber” dan Edwan Aidid dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat telah menjadi ahli panel pada sesi Bual Santai bagi membincangkan isu Keselamatan siber.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada sambutan ini telah berjaya menyebarkan pemahaman mengenai kepentingan Keselamatan siber kepada orang ramai khususnya keluarga dan ibu bapa agar mereka menjadi celik I.T serta warga digital yang bertanggungjawab.

7th International Conference on Informatics and Applications 2018, Takamatsu, Jepun

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan kertas kerja pada persidangan International Conference on Informatics and Applications (ICIA2018) kali ke-tujuh di Takamatsu, Jepun.

Persidangan anjuran Society of Digital Information and Wireless Communications (SDIWC) ini merupakan platfom bagi para penyelidik membuat pembentangan kertas kerja hasil dari penyelidikan yang dijalankan.

Pada persidangan ini Wira Zanoramy Ansiry bin Zakaria dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia yang mewakili CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk ”Ransomware Detection”.

Projek Rintis Modul Kesedaran Keselamatan Siber Negara, Kuala Lumpur

 

Pada 13 hingga 15 November 2018, CyberSecurity Malaysia telah menjalankan Projek Rintis Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (Modul Adab Dalam Talian). Projek Rintis ini merupakan anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan Projek Rintis ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas guru dan murid terhadap modul yang dibangunkan agar ia menepati serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek ini telah dilaksanakan di sepuluh buah sekolah di negeri Selangor dan juga Wilayah Perseketuan. Antara sekolah yang terlibat ialah:-

      a. SMK Lembah Keramat (13/11/2018)
      b. Sekolah Sukan Bukit Jalil (13/11/2018)
      c. Sekolah Seni Malaysia KL (13/11/2018)
      d. SMK Putrajaya Presint 8(1) (13/11/2018
      e. SK Cyberjaya (14/11/2018)
      f. SK Jalan Empat Bangi (14/11/2018)
      g. SK Taman Tun Dr. Ismail (2) (15/11/2018)
      h. SJK (C) Subang (15/11/2018)
      i. SAMT Kuala Kubu Bharu (15/11/2018)
      j. SK Bukit Damansara (16/11/2018)

Melalui projek rintis ini, pembangunan modul dapat diperkemaskan serta dilaksanakan di peringkat sekolah dengan jayanya di masa akan datang.

: 23rd IEEE Finnish-Russian University Cooperation in Telecommunication (FRUCT) Conference, Bologna, Jerman

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan kertas kerja pada persidangan IEEE Finnish-Russian University Cooperation in Telecommunication (FRUCT2018) kali ke 23 di Bologna, Itali.

Persidangan Antarabangsa (FRUCT 2018) yang dianjurkan oleh IEEE Finnish-Russian University Cooperation ini merupakan platfom bagi para saintis akademik, penyelidik dan sarjana penyelidikan bertukar dan berkongsi pengalaman serta hasil penyelidikan mereka mengenai aspek makumat, perancangan jangka masa panjang dalam bidang Internet of Thing (IoT).

Pada persidangan ini Mohammad Nasrul Taufiq Bin Salleh dari Malaysia Vulnerability Assessment Center (MyVAC) telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Comparison on Scorecard and Dashboard in Smart Water Monitoring Application”.

<

Mesyuarat Keselamatan Maklumat Peringkat Rantau Asia yang ke-18, Seoul, Korea

 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Keselamatan Maklumat Peringkat Rantau Asia kali ke-18 di Seoul, Korea pada 21 dan 22 November 2018.

Program anjuran Privacy Security Enhancement Forum ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, bertukar idea mengenai strategi, dasar dan amalan terbaik keselamatan maklumat; memastikan penyeragaman aktiviti berkaitan keselamatan di rantau Asia; menyediakan mekanisme yang boleh diguna sebagai tindakan susulan kepada keperluan dasar Asia mengenai isu standard keselamatan maklumat serta menyelaraskan program kerja standard secara berkesan antara organisasi-organisasi yang terlibat bagi mengelakkan konflik atau pertindihan usaha.

Pada mesyuarat tersebut, CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Sabariah Ahmad dan Ida Rajemee Ramlee dari Jabatan Pengurusan Keselamatan dan Amalan Terbaik. Mereka telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Malaysia Cyber Security Risk Register’.

Penyertaan pada mesyuarat ini telah mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia dalam bidang standard keselamatan Maklumat, membuka peluang untuk berkongsi informasi mengenai isu-isu baharu serta dapat mewujudkan jalinan kerjasama dan perniagaan di rantau Asia.

Persidangan Applied Mathematics, Computational Science and Systems Engineering 2018 (AMCSE 2018) ke-3, Rome, Itali

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan kertas kajian pada persidangan antarabangsa Applied Mathematics, Computational Science and Systems Engineering. (AMCSE2018) & Global Cybersecurity Center di Rome, Itali. Persidangan Antarabangsa AMCSE2018 & Global Cybersecurity Center ini dianjurkan oleh Informatics LAB, Hellenic Army Academy, Department of Military Science / Faculty of Mathematics & Engineering Sciences, Greece dengan kerjasama ITM web of Conferences.

Pada persidangan ini Wan Zariman Omar dari Jabatan Pembangunan Kriptologi telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan kertas kajian. Persidangan ini juga turut disertai oleh Ts. Dr. Solahudin bin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia.

Persidangan Tahunan OIC-CERT 2018, Shiraz, Iran

 

Pada 27 sehingga 30 November 2018 telah berlangsung Persidangan Tahunan 2018 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) dan Mesyuarat Agung Ke-9 di Shiraz, Iran. Persidangan pada tahun ini dianjurkan oleh Iran Information Technology Organization (ITO), MAHER CERT Coordination Center of Iran (MAHER), Shiraz University dan OIC-CERT.

Persidangan yang melibatkan 197 orang peserta dari lapan buah negara ini bertujuan untuk menyediakan saluran perkongsian maklumat, membincangkan isu-isu semasa keselamatan siber, mengadakan sesi teknikal serta bertukar pengalaman agar pentadbiran keselamatan siber menjadi lebih cekap dan berkesan. Selain itu, persidangan ini juga menjadi platfom bagi negara-negara anggota berbincang hala tuju strategik dan cabaran yang dihadapi seterusnya meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber dalam kalangan negara-negara anggota.

Turut berlangsung ialah Mesyuarat Agung OIC-CERT Ke-9 yang diadakan membincangkan hala tuju strategik dan kemajuan pelaksanaan program. Pada mesyuarat tersebut, OIC-CERT telah melantik Ahli Lembaga OIC-CERT baharu bagi penggal 2019/2020 selain turut mengadakan Bengkel OIC-CERT yang dilaksanakan ahli Umum OIC-CERT iaitu Shiraz University.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Ia turut mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam menghadapi ancaman siber menerusi perkongsian maklumat, kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dengan pasukan tindak balas kecemasan komputer dari negara-negara anggota OIC-CERT.

Program Hari ICT Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Putrajaya

 

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program Hari ICT Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Putrajaya pada 28 November 2018. Program telah disempurnakan perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Program sehari anjuran Bahagian Kawalan dan Pematuhan KKMM ini diadakan dengan tema “Digital Lifestyle” bertujuan bagi menyemarakkan Pembudayaan digital secara holistik bagi mendaya updaya modal insane kreatif dan inovatif serta memupuk semangat kerjasama dan menwujudkan jalinan Komunikasi yang erat dan mesra dalam kalangan kakitangan ICT KKMM dan Jabatan/Agensi.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program antaranya pameran ICT yang disertai oleh pelbagai jabatan serta agensi di bawah KKMM dan juga wakil industri, ceramah ICT dan cabutan bertuah. Lebih 200 warga KKMM telah mengunjungi ruang pameran CyberSecurity Malaysia yang memaparkan infomasi korporat, perkhidmatan, isu-isu kesedaran keselamatan siber serta program latihan di bawah Global ACE Scheme. CyberSecurity Malaysia turut mengambil bahagian pada slot ceramah yang dilaksanakan oleh Mohd Zabri Adil Bin Talib dari Jabatan Forensik Digital bertajuk “Online Transaction Awareness”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah berjaya memberi hebahan kepada warga KKMM mengenai peranan serta fungsi agensi selain menjalin hubungan baik bersama KKMM.