Mesej dari CEO

 
 

Salam Sejahtera

Sekali lagi CyberSecurity Malaysia menerbitkan CyberNEWS edisi ke-tiga 2019, e-newsletter yang menjadi medan untuk kami berkongsi maklumat mengenai aktiviti serta program yang melibatkan CyberSecurity Malaysia di sepanjang bulan Julai, Ogos dan September.

CyberSecurity Malaysia terus komited dalam memastikan perkembangan industri keselamatan siber yang mampan di Malaysia. Berlandaskan mandat yang diberi Kerajaan, kami terus beriltizam untuk memperkasa industri yang kini menjadi tulang belakang pembangunan negara untuk merealisasi wawasan menuju penarafan sebagai negara maju yang disegani.

Suku ke-tiga menyaksikan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program, antaranya pembangunan kapasiti, bengkel peningkatan kemahiran, persidangan dan seminar di peringkat tempatan, regional juga antarabangsa. Pastinya, penglibatan ini adalah bagi memenuhi mandat serta mencapai objektif sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia. Dalam pada itu, CyberSecurity Malaysia juga turut memperkasa pengguna Internet, khususnya generasi muda di Malaysia mengenai kaedah penggunaan teknologi dan Internet secara positif dan berhemah melalui program CyberSAFE.

Pada suku ke-tiga, CyberSecurity Malaysia telah menyertai beberapa persidangan, antaranya International Conference on Electrical Engineering and Informatics (ICEEI 2019); SEACEN-CPMI Course on Technology and Emerging Risks in Payment and SEACEN-CPMI Conference of Directors of Payment and Settlement System di Udaipur, India; NICTSED 2019 Pusingan Awal di Kuantan, Pahang; Indonesia OpenGov Leadership Forum 2019, Jakarta, Indonesia dan juga CyberSecurity Awareness and Knowledge Systematic High-level Application (YAKSHA) Ambassador Day.

CyberSecurity Malaysia juga telah berjaya menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019 untuk kali ke-11; Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2019; Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2019 kali ke-tujuh serta Penghargaan CyberSecurity Malaysia 2019 yang diadakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia pada program-program berkaitan keselamatan siber telah dapat mengekalkan sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju keselamatan siber yang diiktiraf dan disegani di Malaysia dan juga di arena antarabangsa.

Sebagai agensi pakar teknikal keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan terlibat secara aktif dalam pelbagai program dan aktiviti berkaitan keselamatan siber.

Kepada pembaca setia CyberNEWS, terima kasih atas sokongan anda. Teruskan mengikuti penerbitan berkala ini bagi mendapatkan infomasi terkini mengenai perkembangan CyberSecurity Malaysia. Untuk informasi lanjut, anda boleh merujuk kepada penerbitan CyberNEWS ini. Semoga ianya memberi manafaat kepada semua.

Sekian.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU KETIGA

 
Jul

2019

  • 1 Julai 2019
 
  • 7 - 14 Julai 2019
 
  • 8 - 12 Julai 2019
 
  • 9 Julai 2019
 
  • 9 - 10 Julai 2019
 
  • 9 - 12 Julai 2019
 
  • 9 Julai 2019
 
  • 11 Julai 2019
 
  • 11 Julai 2019
 
  • 12 Julai 2019
 
  • 12 - 18 Julai 2019
 
  • 15 - 18 Julai 2019
 
  • 18 Julai 2019
 
  • 18 Julai 2019
 
  • 19 - 20 Julai 2019
 
  • 19 Julai 2019
 
  • 19 Julai 2019
 
  • 18 Julai 2019
 
  • 23 Julai 2019
 
  • 29 Julai 2019
 
Aug

2019

Sep

2019