Kursus ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Center’s Training (AJCCBC), Bangkok, Thailand

 

Pada 9 hingga 13 September 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai Kursus ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Center’s Training (AJCCBC) yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Kursus anjuran Electronic Transactions Development Agency (ETDA) Thailand ini merupakan satu program latihan mengenai Cyber Defense Exercise with Recurrence (CYDER) dan program Analisis Malware.

Seramai 24 peserta daripada 10 wakil Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (CERT) telah menyertai kursus ini. Para peserta didedahkan dengan perbincangan dan pembentangan serta latihan praktikal supaya mereka dapat mengaplikasikan ke dalam proses dan prosedur menganalisa dan mengendalikan insiden serangan siber yang sebenar.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada kursus ini memberi manfaat dalam pengurusan insiden siber di bawah Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) serta membantu CyberSecurity Malaysia dalam usaha menangani serangan siber yang semakin kompleks.

Symposium Dan Mesyuarat Tahunan Asian Forensic Sciences Network (AFSN) Ke-11, Ho Chi Minh City, Vietnam

 

Pada 17 hingga 20 Spetember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Symposium dan Mesyuarat Tahunan “Asian Forensic Sciences Network (AFSN)” Ke-11, bertempat di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Simposium dan Mesyuarat Tahunan anjuran Forensic Medicine Center of Ho Chi Minh City, Vietnam ini merupakan satu platform bagi para saintis forensik berkongsi ilmu dan membincangkan permasalahan berkaitan bidang forensik. Simposium ini telah disertai oleh negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Myanmar, Thailand, Brunei, Indonesia dan Vietnam.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ts. Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, di mana beliau telah membentangkan tajuk “Malware Forensic Analytics System”, Ts. Mohd Zabri Adil Bin Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital membentangkan Kajian Kes: “Android Zeus Malware Targeting Malaysian Internet Banking User “, Ts. Fauzi Mohd Darus, Pengurus Forensik Digital membuat pembentangan bertajuk: “Android Malware Classification Using Machine Learning on Image Pattern”, manakala Ts. Mohamad Firham Efendy Bin Md. Senan, Pengurus Forensik Digital membuat pembentangan bertajuk: “CamMuka: The R&D Journey of Biometric Facial Recognition System in Video Forensics Analysis”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada simposium ini telah membantu mengukuhkan lagi rangkaian kerjasama khusus dalam kepakaran forensik digital di antara delegasi Malaysia dengan negara-negara ahli Asian Forensic Sciences Network yang lain.

Latihan Teknikal “Certified Cyber Defender Associate” Di Bawah Peruntukan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

 

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia telah menganjurkan Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) yang berlangsung dari 17 hingga 26 September 2019 di Kuala Lumpur. Program ini merealisasi komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya dalam bidang teknikal di kalangan negara-negara membangun.

Pada tahun 2019, CyberSecurity Malaysia sekali lagi mengambil bahagian dengan melaksanakan program latihan teknikal di bawah peruntukan MTCP. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan siber, pengurusan keselamatan dan rangka kerja insiden ancaman siber yang dilaksanakan dalam bentuk amali selain meningkatkan keupayaan mereka dalam menangani ancaman dan jenayah siber seterusnya melayakkan mereka mendapatkan pensijilan Cyber Defender Associate.

Program selama 10 hari ini dihadiri oleh 17 peserta dari 13 buah negara antaranya Azerbaijan, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Jordan, Kazakstan, Laos, Maghribi, Mesir, Myanmar, Nigeria, Oman dan Uzbekistan.

Majlis pembukaan MTCP telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab pada 17 September 2019, manakala majlis penutup pula disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia pada 24 September 2019 sempena Cyber Security Malaysia - Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE 2019).

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah mengukuhkan lagi kedudukan agensi ini sebagai peneraju bidang teknikal keselamatan siber di arena antarabangsa.

Latihan Keselamatan Sistem Kawalan Industri (ICS), Cyberjaya, Selangor

 

Pada 24 hingga 26 September 2019 telah berlangsung program latihan keselamatan Sistem Kawalan Industri (Industrial Control System) bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Program anjuran Jabatan Pusat Pengujian Kerentenan (MyVAC) ini diadakan untuk memupuk kesedaran keselamatan Sistem Kawalan Industri dalam kalangan pengusaha industri keseluruhannya. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif untuk mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Seramai 13 peserta dari 8 agensi menyertai latihan ini. Peserta didedahkan dengan ilmu teori tentang sistem keselamatan kawalan industri dan ilmu praktikal mengenai serangan siber.

Melalui penganjuran latihan ini, CyberSecurity Malaysia berjaya mendedahkan para peserta tentang kepentingan Keselamatan Sistem Kawalan Industri serta memberi sokongan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kerajaan secara keseluruhan sebagai kayu pengukur kepada seluruh bahagian Keselamatan Kawalan Industri untuk memberikan perkhidmatan cemerlang dan terkini kepada masyarakat umum.

Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019, Kuala Lumpur

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019 pada 23 hingga 27 September 2019 bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Penganjuran CSM-ACE kali ke-11 ini mendapat perkuan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Acara yang berasaskan kerjasama-awam-swasta ini merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu Anugerah Keselamatan Siber Malaysia, Persidangan dan Pameran. Ia menjadi platform untuk para professional dan pemain industri keselamatan siber berkumpul, bertukar pandangan dan berkongsi idea mengenai teknologi serta isu-isu semasa keselamatan siber. Ia juga menjadi platfom untuk memperkembangkan jaringan perniagaan serta peluang berkolaborasi di kalangan pemain industri keselamatan siber tempatan dan luar negara.

Antara komponen utama CSM-ACE 2019 ialah:-

Perasmian dan Ucaptama CSM-ACE 2019
Acara Perasmian dan Ucaptama CSM-ACE telah diadakan pada 23 September 2019 dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Tan Chuan Ou, Timbalan Ketua Setiausaha (T), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia. Acara ini telah dihadiri lebih daripada 500 peserta yang terdiri daripada sektor awam, swasta, akademik dan pemain industri keselamatan siber.

Persidangan CSM-ACE 2019
Persidangan CSM-ACE 2019 berlangsung pada 23 September 2019 melibatkan dua trek utama, iaitu Pengurusan dan Teknikal. Terdapat empat sesi perbincangan panel berdasarkan tema CSM-ACE 2019 iaitu “#cyberdefence”. Persidangan CSM-ACE 2018 dihadiri seramai 550 peserta dari dalam dan juga luar negara.

Program Pembangunan Kapasiti CSM-ACE 2019
CSM-ACE 2019 meneruskan lakaran bidang keselamatan siber dengan menyediakan 9 program Latihan Kecekapan serta Profesional keselamatan Siber Bertauliah. Program latihan bermula dari 23 hingga 27 September 2019 dan dirangka khusus untuk meningkatkan kemahiran serta kecekapan dalam bidang keselamatan siber bertujuan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan serta mampu menangani ancaman siber. Seramai 250 peserta hadiri pada program latihan sepanjang CSM-ACE 2019.

Pameran Keselamatan Maklumat CSM-ACE 2019
Sebanyak 50 organisasi telah mengambil bahagian pada Pameran Keselamatan Maklumat sempena CSM-ACE 2019 bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka. CyberSecurity Malaysia telah melancarkan perkhidmatan “Coordinated Malware Eradication and Remediation Platform (CMERP)” iaitu satu perkhidamatan yang telah dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta antara Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dan Abyres Sdn Bhd.

Pameran Kerjaya Keselamatan Siber 2019
Acara ini diadakan pada 24 dan 25 September 2019 bagi menangani isu penganguran golongan graduan yang semakin meningkat. Sebanyak 1,000 peluang kerja dalam bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) telah ditawarkan pada pameran ini yang disertai oleh 20 ogranisasi swasta dan 16 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Sementara itu, sebanyak 8 acara satelit telah diadakan sepanjang CSM-ACE 2019, antaranya  Kolokium Forensik SIber, Pertandingan Akhir NICTSed 2019, OIC CERT Academic Colloqium Perbincangan Meja Bulat CIO Industri Penerbangan , Latihan Cyber Security Maturity Assessment serta Seminar Cybersecurity Awareness for Securities Commission Malaysia.

Kolokium Forensik Siber, Kuala Lumpur

 

Pada 24 September 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Kolokium Forensik Siber, bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Kolokium Kelolaan Jabatan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia ini merupakan platform bagi Institut Sians Forensik Digital Malaysia berbincang dan berkongsi maklumat sains dan perkhidmatan forensik digital.

Seramai 63 peserta menyertai kolokium ini. Terdapat 3 sesi panelis dijalankan sepanjang kolokium yang dikelolakan oleh wakil CyberSecurity Malaysia. Sesi pertama bertajuk “Fintech Development in Malaysia – Towards a Digital Economy”, kedua “Application of Artificial Intelligence in Biometrics Forensics” dan ketiga “Malaysia Digital Forensics Science Network Periodical Meeting”. Melalui penganjuran kolokium ini, CyberSecurity Malaysia berupaya untuk menambah baik kualiti perkhidmatan Forensik Digital hasil dari perkongsian dengan kumpulan kerja pakar, latihan penyelidikan sama, ujian dan akreditasi.

Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2019, Kuala Lumpur

 

Pada 25 September 2019 telah berlangsung Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE 2019 atau NICTSeD 2019. Ia merupakan pertandingan wacana keselamatan ICT tahunan yang diadakan di dalam Bahasa Inggeris oleh CyberSecurity Malaysia. NICTSeD 2019 disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) di mana pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Pertandingan akhir yang diadakan sempena Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019 ini telah disempurnakan perasmian oleh YB Tuan Haji Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

NICTSeD kali ke-tujuh telah mendapat penyertaan 142 buah sekolah menengah dari seluruh negara. Dua (2) buah sekolah telah layak ke peringkat akhir iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang dan Sekolah Tun Fatimah, Johor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa hujah-hujah menarik berdasarkan topik “Good Behaviour and Morality - Instilling Rukun Negera principles in Online Etiquette,”.

Juara memenangi wang tunai RM5,000 serta dianugerahkan Piala Cabaran CyberSAFE dan juga sijil penyertaan. Pertandingan wacana sekolah ini telah berjaya mendedahkan para pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi, skill penyelidikan serta keupayaan mengupas isu-isu keselamatan ICT, di mana ianya penting sebagai persediaan mereka menempuh alam pengajian di universiti.

NICTSeD 2019 turut disokong oleh DiGi Telecommunications dan BAE Systems.

Persidangan Keselamatan Siber Aset Kritikal (CS4CA) 2019, Singapura

 

Pada 25 hingga 26 september 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Keselamatan Siber Aset Kritikal (CS4CA) 2019 bertempat di Singapura.

Persidangan anjuran Qatalyst Global ini merupakan saty platfrom bagi membincangkan isu keselamatan siber sesebuah negara serta perkongsian pandangan dan nasihat pendekatan keselamatan siber dalam pemodenan inisiatif teknologi digital masa kini.

En Wan Zulhamli Bin Wan Abdul Rahman, Ketua Jabatan Penyilidikan Strategik dan Nasihat mewakili CyberSecurity Malaysia menjadi moderator serta memberi beberapa pandangan dan nasihat pendekatan keselamatan siber dalam pemodenan inisiatif teknologi digital masa kini dalam persidangan ini.

Penyertaan didalam persidangan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi pandangan, pendapat dan membincangkan lebih lanjut mengenai pendekatan strategik keselamatan siber di dalam aspek keselamatan data.

Mesyuarat Suku Ke-2 Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) 2019 Dan Persidangan Antarbangsa Common Criteria (ICCC), Singapura

 

Pada 25 September hingga 2 Oktober 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Suku Ke-2 Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) 2019, bertempat di Pan Pacific Hotel, Singapura.

Mesyurat dan persidangan anjuran Cyber Security Agency of Singapore (CSA) ini merupakan satu platform untuk berbincang mengenai penilaian Keselamatan IT dan isu persijilan, penambahbaikan dan maklumat terkini.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Wan Shafiuddin Zainuddin, Ketua Jabatan Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ISCB). Beliau telah membuat pembentangan bertajuk “MyCC Growth and Challenges”di sesi Persidangan Antarbangsa Common Criteria (ICCC).

Penyertaan pada mesyuarat dan persidangan ini telah memberi manfaat kepada CyberSecurity Malaysia sebagai badan tunggal untuk Skim Malaysian Common Criteria (MyCC). CyberSecurity Malaysia mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang dengan komuniti Common Criteria, yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan Skim Malaysian Common Criteria secara keseluruhannya.

Kolokium Akademik Jurnal Keselamatan Siber OIC-CERT 2019, Kuala Lumpur

 

Pada 26 September 2019 telah berlangsung Kolokium Akademik Jurnal Keselamatan Siber Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC-CERT) 2019 di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Kolokium Akademik Jurnal Keselamatan Siber OIC-CERT anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan bagi tujuan menggalakkan penyerahan manuskrip dari industri, akademik dan pengamal keselamatan siber sebagai sumbangan terhadap pengetahuan dalam bidang keselamatan siber yang memberi tumpuan kepada asas keselamatan siber dan aplikasi.

Seramai 27 orang peserta dari 10 buah negara telah menyertai Kolokium Akademik Jurnal Keselamatan Siber OIC-CERT ini. 6 penceramah dari 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia telah membentangkan kertas kerja dan berkongsi idea mengenai isu-isu ancaman siber yang terkini.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Farah Binti Ramlee dan Izzatul Hazirah Binti Ishak Juruanalisa dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), di mana mereka telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Malware Discovery using Lebahnet Technology”.

Penganjuran Kolokium ini, merupakan salah satu inisiatif CyberSecurity Malaysia dalam menyokong kepada usaha serta program strategik Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) berkaitan bidang keselamatan siber.

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2019, Kuala Lumpur

 

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2019 telah diadakan pada 26 September 2019 sempena Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019 yang berlangsung dari 23 hingga 26 September 2019 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia mengiktiraf pencapaian profesional keselamatan maklumat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan juga organisasi global yang telah menyumbang ke arah pembangunan keselamatan siber dalam landskap ICT Malaysia yang dinamik.

Terdapat tujuh (7) kategori anugerah pada tahun 2019, iaitu:

    1. Profesional Keselamatan Siber Terbaik
    2. Organisasi Keselamatan Siber Terbaik
    3. Projek Keselamatan Siber Terbaik
    4. Inovasi Keselamatan Siber Terbaik
    5. Penyedia Jaminan Keselamatan Siber Terbaik
    6. Profesional CyberSAFE Terbaik, dan
    7. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Keselamatan Siber

Pautan senarai pemenang Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2019: https://www.csm-ace.my/awards.html

Mesyuarat Agung Dan Persidangan Tahunan 2019 Bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Singapura

 

Pada 29 September hingga 2 Oktober 2019 telah berlangsung Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2019 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) di Grand Copthorne Waterfront, Singapura.

Program anjuran Singapore Computer Emergency Response Team (SingCERT) dari Cyber Security Agency of Singapore(CSA) ini bertemakan “Fostering A Safer Cyberspace Through Partnership & Collaboration”. Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2019 APCERT menjadi platform bagi pakar keselamatan siber global untuk berbincang serta membentangkan kertas kerja selain berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai isu ancaman siber.

Delegasi CyberSecurity Malysia telah diketuai oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia. En Sharifuddin Bin Sulaman, Eksekutif Jabatan Perhubungan Antrabangsa telah membuat pembentangan bertajuk “Cross Border Collaboration Through OIC-CERT in Securing the Cyber Space.”

Pada program ini, CyberSecurity Malaysia telah mendapat pengiktirafan ahli-ahli APCERT dan dilantik sebagai Pengerusi APCERT untuk tempoh 2019 - 2020. Selain itu, Malaysia juga kekal sebagai peneraju APCERT Malware Mitigation Working Group,