Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Dan Mesyuarat “Global ACE Scheme” Antara CyberSecurity Malaysia Dan Universiti Teknologi Petronas

 

Pada 18 Januari 2019 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Mesyuarat “Global ACE Scheme” di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Tronoh, Perak.

Memorandum yang dimeterai adalah bertujuan untuk mengenalpasti kursus-kursus keselamatan siber di bawah “Global ACE Scheme” yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam program Ijazah yang ditawarkan oleh UTP di bawah Fakulti Computer & Information Sciences.

Memorandum telah ditandatangani oleh YBhg. Prof Ts Dr Mohamed Ibrahim Abd Mutalib, Timbalan Chanselor UTP dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

Melalui kerjasama ini, bilangan “Certified Cyber Security Professional” di dalam negara akan dapat diselaraskan oleh CyberSecurity Malaysia. Pelajar UTP akan memperoleh “Global ACE Scheme Professional Certification” di samping Ijazah daripada UTP.

Kursus Latihan Keselamatan APISC Security 2019, Seoul, Korea

 

Pada 7 hingga 14 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Kursus Latihan Keselamatan APISC yang diadakan di Seoul, Korea.

Program anjuran KrCERT/CC, Korea Internet Security Agency (KISA) ini merupakan satu kursus mengenai kaedah menubuhkan sesebuah organisasi CSIRT, cara-cara mengatasi permasalahan isu di dalam sesebuah organisasi, perlaksanaan undang-undang, serta perkongsian maklumat mengenai operasi CSIRT.

Kursus ini telah disertai oleh 16 orang peserta daripada pelbagai negara serta 4 orang tenaga pengajar yang berpengalaman daripada Asia-Pacific Network Information Centre (APNIC), Australia Computer Emergency Response Team (Aus-CERT), Team Cymru dan Thailand Computer Emergency Response Team (ThaiCERT).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada kursus ini telah dapat menambah baik operasi Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) di Malaysia.

Kursus Asean - Japan Cybersecurity Capacity Building Centre (AJCCBC), Bangkok, Thailand

 

Pada 8 hingga 12 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Kursus Asean - Japan Cybersecurity Capacity Building Center’s Training (AJCCBC) bertempat Bangkok, Thailand.

Kursus anjuran Electronic Transactions Development Agency (ETDA) Thailand ini merupakan satu platform untuk berkongsi kepakaran dalam pelbagai aspek teknikal merangkumi penggunaan alatan dan teknik menangani insiden serangan siber yang dipraktikkan melalui simulasi serangan siber.

Kursus ini telah disertai seramai 25 orang peserta yang antaranya merupakan wakil daripada CERT dan agensi kerajaan dari 10 negara Asia. Peserta didedahkan dengan latihan praktikal, perbincangan dan pembentangan bagi menilai kefahaman berkenaan subjek yang disampaikan.

Penyertaan pada kursus telah mengukuhkan kerjasama CyberSecurity Malaysia dengan pelbagai agensi di peringkat antarabangsa. Ini kerana CyberSecurity Malaysia sentiasa peka dan sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan keselamatan siber terjamin di peringkat antarabangsa.

Bengkel Pembangunan Garis Panduan Penggunaan Dan Perlaksanaan Algoritma Kriptografi AKSA MySEAL, Cyberjaya

 

Pada 9 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Penggunaan dan Perlaksanaan Algoritma Kriptografi AKSA MySEAL anjuran Jabatan Pembangunan Kriptografi, bertempat di Cyberjaya.

Bengkel yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kriptografi ini dianjurkan bagi tujuan memberi penerangan berkenaan projek pembangunan dokumen garis panduan penggunaan AKSA MySEAL serta mendapatkan maklumbalas dari peserta terhadap deraf dokumen garis panduan penggunaan AKSA MySEAL yang dibangunkan.

Melalui bengkel ini, CyberSecurity Malaysia dapat menghasilkan dokumen garis panduan penggunaan bagi senarai algoritma kriptografi sedia ada (AKSA) yang telah melalui proses penilaian.

Persidangan Antarabangsa Mengenai Kejuruteraan Elektrik Dan Informatik (ICEEI 2019), Bandung, Indonesia

 

Pada 9 hingga 10 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Antarabangsa mengenai Kejuruteraan Elektrik dan Informatik (ICEEI 2019) yang diadakan di Bandung, Indonesia.

Persidangan anjuran Institut Teknologi Bandung ini merupakan satu platform rangkaian, pertemuan teknikal, perkongsian pengalaman penilaian dan kolaborasi di antara negara-negara mengenai isu industri IT, elektrikal dan elektronik serta pendidikan.

Norahana Binti Salimin, Ketua Jabatan Pengujian Keselamatan Malaysia (MySEF) dan Indumathi Vijayakumaran telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan bertajuk “A Security Requirement Conceptual Model of Cloud SaaS for Malaysian Government based on Common Criteria” serta “Cloud Service Provider Security Readiness Model: The Malaysian Perspective”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di persidangan ini telah dapat membantu proses Penyelidikan Keselamatan dan Pembangunan Kompetensi Pengkomputeraan Awan serta Kad Pintar & Perkakasan dalam menghasilkan kaedah dan laporan pengujian.

Kursus SEACEN-CPMI On Technology And Emerging Risks In Payment Dan Seminar SEACEN-CPMI : Directors Of Payment And Settlement System , Udaipur India

 

Pada 9 hingga 12 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Kursus SEACEN-CPMI : “Technology And Emerging Risks in Payment and Seacen-Cpmi Conference of Directors of Payment and Settlement System” di Udaipur, India.

Kursus anjuran The SEACEN Center ini merupakan satu platform bagi sektor institusi kewangan dan perbankan berkongsi pandangan untuk melihat perubahan landskap serta mengetahui cabaran berkaitan bidang pembayaran dan sistem penyelesaian.

Seramai 35 orang peserta dari pelbagai negara telah menyertai kursus dan persidangan ini. Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan menjadi panelis bagi sesi “Cyber threats, Consequences and Risk Mitigation Talk” serta sesi “Payment Systems's Resilience and Cybersecurity Governance Forum”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah membuka ruang baharu untuk mengetahui dan memahami isu-isu keselamatan siber berkaitan sektor kewangan dan pembangunan bank-bank pusat dalam kalangan negara ASEAN.

Seminar ”Staying On Top Of Cyber Security Exclusive” Bersama Rakan Industri, Cyberjaya

 

Pada 9 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Loyalty Systems IT (M) Sdn Bhd (members of Cybots Alliance) telah menganjurkan Seminar “Staying on Top of Cyber Security Exclusive” bertempat di Dewan Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Seminar ini diadakan untuk membincangkan isu teknologi terkini berkaitan Artificial Intelligence (AI) dan Machine Learning bersama rakan industri serta memberi gambaran penyelesaian terhadap ancaman siber.

Seminar telah disertai oleh 60 rakan industri tempatan dan telah dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia. Dua sesi perbincangan telah diadakan sepanjang seminar. Sesi pertama dikendalikan James Lai, wakil CyCarrier manakala sesi kedua dilaksanakan oleh Dr. Benson Wu dari Cycraft.

Melalui penganjuran Seminar ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya mendapatkan maklumbalas dari industri berhubung idea bagi memantapkan program industri keselamatan siber tempatan sekaligus mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di peringkat nasional dan secara langsung dapat meningkatkan pertumbuhan industri tempatan di dalam bidang keselamatan siber.

Bengkel KSA Descriptor 3.0 : Pathway Towards Technical & Vocational Education Training (TVET) Excellence With Professional Certification”, Cyberjaya

 

Pada 11 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel KSA Descriptor 3.0 di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Bengkel “KSA Descriptor 3.0 Workshop” ini diadakan bagi melaksanakan analisis pekerjaan di antara panel akademik, industri dan kerajaan serta menambah baik dan mengemaskini pembangunan 4 KSA descriptors 2.0 di bawah Skim Pensijilan Professional Keselamatan Siber Bertauliah.

Bengkel anjuran Jabatan Pembangunan Profesional Keselamatan Siber ini telah dihadiri oleh tenaga pakar dari pihak industri dan Instituti Pendidikan Tinggi di Malaysia.

Melalui penganjuran bengkel ini, CyberSecurity Malaysia dapat mempertingkatkan kualiti KSA Descriptor 3.0, Skim “Global ACE Scheme” selaras dengan matlamat bengkel untuk menuju ke arah kecemerlangan Latihan Teknikal & Vokasional Pendidikan (TVET) dengan pensijilan profesional.

Lawatan Ketua Pengarah, Jabatan Perlindangan Data Peribadi Ke Cybersecurity Malaysia, Cyberjaya

 

Pada 11 Julai 2019, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Tuan Mazmalek bin Mohamad telah mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia.

Lawatan diadakan bagi memberi pendedahan mengenai landskap teknologi keselamatan siber semasa di Malaysia kepada Ketua Pengarah serta delegasi JPDP. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif bagi mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Delegasi Jabatan Perlindangan Data Peribadi telah melawat Makmal CyberSecurity Malaysia.

Bengkel Kerjasama Global ACE Scheme Di Antara CyberSecurity Malaysia Dan DRB-Hicom University, Cyberjaya

 

Pada 12 Julai 2019 CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama DRB-HICOM University telah menganjurkan Bengkel ‘Course Structure and Business Model’ di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Bengkel anjuran Jabatan Pembangunan Profesional Keselamtan Siber ini diadakan bagi tujuan mengenalpasti kursus-kursus keselamatan siber di bawah “Global ACE Scheme” yang untuk dimasukkan ke dalam program Ijazah Sarjana yang ditawarkan oleh DRB-Hicom University.

Melalui penganjuran bengkel ini, CyberSecurity Malaysia berpeluang untuk menambah bilangan profesional Keselamatan siber dalam negara. Selain itu, pelajar DRB-Hicom University akan memperolehi “Global ACE Scheme Professional Certification” di samping Ijazah Sarjana daripada DRB-Hicom University.

Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSED) 2019, Kuantan, Pahang

 

Pada 12 hingga 18 Julai 2019 telah berlangsung Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE 2019 atau National ICT Security Discourse - CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD) 2019 peringkat suku akhir dan separuh Akhir. Pertandingan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Pahang.

Sebanyak 142 penyertaan dari 16 Zon/Negeri di seluruh Malaysia telah menghantar penyertaan pada pertandingan NICTSeD tahun ini. Hasil dari pemilihan awal di peringkat Zon/Negeri, sebanyak 16 buah sekolah menengah telah dipilih untuk mewakili Zon/Negeri masing-masing.

Pada peringkat tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Pahang dan Sekolah Tun Fatimah, Johor telah berjaya mengorak langkah ke pertandingan peringkat akhir yang akan berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur pada 25 September 2019 sempena Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2019.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai NICTSeD 2019 serta setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua buah sekolah yang layak ke pertandingan akhir NICTSeD 2019.

Persidangan RSA Conference 2019 Asia Pacific & Japan, Singapura

 

Pada 15 hingga 18 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan RSA 2019 Asia Pacific & Japan yang diadakan di Singapura.

Persidangan anjuran RSA ini merupakan platform yang mempamerkan inovasi terkini keselamatan siber dan dihadiri oleh para professional keselamatan siber untuk berkongsi maklumat serta trend keselamatan siber terkini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ts. Dr. Asmawi Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber (CSRS) dan juga Mohd Azlan bin Mohd Nor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Keselamatan Teknologi (STS).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah membantu mengeratkan kerjasama bilateral dan hubungan baik dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber serta meningkatkan pengetahuan keselamatan siber di peringkat Enterprise Security.

Forum Persidangan Indonesia Opengov Leadership 2019, Jakarta, Indonesia

 

Pada 18 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Forum Persidangan Indonesia Opengov Leadership 2019 bertempat di Jakarta, Indonesia.

Persidangan anjuran OpenGov inimerupakan platform perkongsian maklumat mengenai bidang keselamatan siber dalam pemodenan inisiatif teknologi digital masa kini.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Wan Zulhamli Wan Abdul Rahman, Ketua Jabatan Penyelidikan Strategik dan Nasihat, di mana beliau turut menjadi panelis pada persidangan ini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah membuka peluang untuk berkongsi pandangan, pendapat dan membincangkan lebih lanjut mengenai pendekatan strategik dalam aspek keselamatan data disamping dapat membina rangkaian bersama perwakilan dari negara lain dari serata pelusuk Indonesia.

Majlis Perkongsian Ilmu ‘Enabling Secure It Transformation To The Cloud’ Bersama Rakan Industri, Cyberjaya

 

Pada 18 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Zscaler dan Ask4key telah menganjurkan Seminar “Enabling Secure IT Transformation to the Cloud” bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Seminar diadakan untuk membincangkan isu teknologi terkini iaitu keselamatan Awan (Cloud Security) bersama rakan industri serta memberi gambaran terhadap penyelesaian ancaman siber.

Seminar disertai oleh 30 rakan industri tempatan. Dua sesi perkongsian telah diadakan pada seminar bertajuk ”Cloud Security in Asia” yang disampaikan oleh Scott Robertson dari Zscaler Asia dan “Enabling Secure IT Transformation to the Cloud” oleh Richard Stiennon, dari IT-Harvest.

Melalui penganjuran seminar ini, CyberSecurity Malaysia berjaya mendapatkan maklum balas berhubung idea bagi memantapkan program industri keselamatan siber tempatan sekaligus menguatkan ekosistem keselamatan siber di peringkat nasional dan secara langsung meningkatkan pertumbuhan industri tempatan di dalam bidang keselamatan siber.

Persidangan Global Teknologi Dan Kejuruteraan Ke-6 (6th GCOET), Male, Maldives

 

Pada 19 dan 20 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Global Teknologi Dan Kejuruteraan Ke-6 di Male, Maldives.

Persidangan anjuran Global Academy of Training and Research (GATR) ini merupakan platform yang menggabungkan jurutera, pengamal pembinaan, saintis dan penyelidik untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman mereka dalam kejuruteraan dan teknologi.

Seramai 30 peserta dari 13 organisasi telah menyertai persidangan ini termasuk 4 organisasi dari Malaysia, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UPM Press dan CyberSecurity Malaysia.

Nurul Syazwani Bt Kamarulzaman, Juruanalisa, Jabatan Pengujian Kerentenan (MyVAC) telah hadir mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan bertajuk “Development of Denial of Service (DoS) Mitigation for Internet of Things (IoT) Sensor Node”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah dapat membina jalinan hubungan dengan komuniti penyelidikan dari pelbagai industri dan kerajaan dari seluruh dunia secara tidak langsung dapat mempromosikan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia di peringat antarabangsa.

Ceramah Kesedaran Siber & Penggunaan Sosial Media Di Kalangan Pelajar, Kuantan, Pahang

 

Pada 19 Julai 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai program Ceramah Kesedaran Siber dan Penggunaan Media Sosial bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kuantan, Pahang.

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk memberi kesedaran tentang ancaman siber melalui penggunaan media sosial serta memberi pendedahan berkenaan eko sistem keselamatan siber negara serta gaya hidup sihat melalui penggunaan internet.

Seramai 400 pelajar dari pelbagai jurusan telah menghadiri program ini termasuk 18 orang kakitangan yang terdiri daripada tenaga pengajar, penyelia dan juga pengurus perkidmatan olej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan.

Melalui program ini, ianya dapat membantu peserta untuk lebih bersedia dalam menangani peranti digital dan juga penggunaan media sosial. Ini secara tidak langsung dapat menggelakkan mereka daripada menjadi mangsa atau pelaku jenayah siber.

Persidangan Mega Bank Islam, Putrajaya

 

Pada 19 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Mega Bank Islam bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Persidangan anjuran Bank Islam Malaysia Berhad ini merupakan satu inisiatif bagi memupuk kesedaran keselamatan ICT dalam kalangan kakitangan Bank Islam. Peluang di ambil untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Seramai 4000 kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad dari seluruh negara termasuk Ahli Lembaga Pengarah telah menyertai persidangan ini. CyberSecurity Malaysia mengambil bahagian sebagai pempamer dan mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia. Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut terlibat pada beberapa sesi ceramah yang dilaksanakan oleh Lt Kol Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti bertajuk ”Malaysia Cybersecurity Landscap”, Mohd Zabri Adil Talib bertajuk “Catch Me If You Can”’ manakala Jazannul Azriq Aripin menyampaikan ceramah bertajuk ”Your Privacy Is Showing”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi peluang untuk mempromosi perkhidmatan serta berkongsi maklumat mengenai isu keselamatan siber

Lawatan Kerja Strategik Myung Information Technologies Co. Ltd. Dan Myung Infotech (M) Sdn Bhd Ke Cybersecurity Malaysia Dan Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Kolaborasi MyCyberSecurity Clinic (MYCSC), Cyberjaya

 

Pada 23 Julai 2019 CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan dari Myung Information Technologies Co. Ltd. dan Myung Infotech (M) Sdn Bhd di Menara CyberAxis, Cyberjaya.

Tujuan utama lawatan kerja strategik ini adalah untuk membincangkan hala tuju, kolaborasi, operasi perniagaan serta isu-isu berkaitan dengan pembangun MyCyberSecurityClinic (MyCSC).

Lawatan kerja dan mesyuarat telah diadakan di antara tiga organisasi, iaitu CyberSecurity Malaysia, Myung Information technologies Co. Ltd Myung Information technologies Co. Ltd dan Myung Infotech (M) Sdn Bhd.

Melalui kerjasama strategik ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada dengan syarikat Myung Information Technologies Co. Ltd. dan Myung Infotech (M) Sdn Bhd serta membangunkan MyCyberSecurityClinic (MyCSC) dengan lebih baik.

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Ke CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya

 

Pada 23 Julai 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YBhg Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke CyberSecurity Malaysia.

Lawatan diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih terperinci serta memperkenal dan memberi penerangan mengenai peranan, fungsi, serta perkhidmatan CyberSecurity Malaysia. Ini merupakan lawatan ulung Ketua Setiausaha KKMM ke CyberSecurity Malaysia dalam siri lawatan beliau ke agensi di bawah KKMM.

Pada lawatan tersebut, Dato’ Suriani serta delegasi telah dibawa melawat makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia, antaranya Makmal MySEF, Makmal Forensik Digital dan Pusat Operasi Keselamatan MyCERT.

Hari Duta “Cybersecurity Awareness And Knowledge Systematic High-Level Application” (YAKSHA), Cyberjaya

 

Pada 29 Julai 2019, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama CyberSecurity Awareness and Knowledge Systematic High-Level Application (YAKSHA) telah menganjurkan ‘Hari Duta YAKSHA’ bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Strategik ini merupakan satu platform untuk membincangkan peranan dan kelebihan menjadi duta projek YAKSHA dan sekaligus dapat memperkenalkan duta YAKSHA kepada sistem perintis YAKSHA Honeypot.

Seramai 28 orang peserta telah menyertai Hari Duta YAKSHA, di mana para peserta telah didedahkan dengan demontrasi secara langsung sistem YAKSHA bagi tujuan memperkenalkan duta YAKSHA yang telah berdaftar mengenai konsep, penggunaan dan analisa honeypot.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat membuktikan keupayaan menganjurkan program YAKSHA dengan jayanya.