BENGKEL CYBERSAFE™ IN SCHOOLS - PROJEK KOLABORASI TAHUN 2021 DI ANTARA CYBERSECURITY MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Pada 8 hingga 10 Januari 2021, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) telah mengadakan Bengkel CyberSAFE™ in School di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini menjadi platform untuk berbincang mengenai intipati aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Pada bengkel ini, turut berlansgung adalah penyerahan Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (MKKSN) yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara melalui pihak KPM.

Selain BSTP, bengkel ini turut dihadiri oleh wakil dari Institut Aminudin Baki (IAB) serta beberapa orang Guru Pakar Bahasa Inggeris dari sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Penganjuran bengkel ini telah berjaya mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak KPM khususnya dalam melestarikan beberapa program serta inisiatif bagi memberi terus memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang kepentingan keselamatan siber.

18TH INTERNATIONAL BHURBAN CONFERENCE ON APPLIED SCIENCES & TECHNOLOGY (IBCAST-2021)

 

Pada 13 Januari 2021, CyberSecurity Malaysia telah menyertai 18th International Bhurban Conference on Applied Sciences & Technology (IBCAST-2021) yang dianjurkan oleh Centres of Excellence in Science & Applied Technology (CESAT) secara dalam talian.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi yang dijemput bagi membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Cyber Resiliency in Critical Infrastructure Environment”.

Pembentang antarabangsa lain yang turut terlibat pada persidangan ini adalah dari negara Australia, China, Russia dan juga Turki.

Persidangan ini turut menyaksikan beberapa pembaharuan teknologi dan idea di dalam bidang keselamatan siber sejajar dengan peredaran dan perkembangan masa kini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah berjaya mengangkat imej dan reputasi agensi ini sebagai peneraju utama bidang keselamatan siber di mata dunia.