Mesej dari CEO

 
 

Bersua kembali di penerbitan CyberNEWS edisi kedua tahun 2018. Sekali lagi CyberSecurity Malaysia berkongsi informasi mengenai penglibatan di dalam pelbagai program dan acara sepanjang tiga bulan iaitu April, Mei dan juga Jun.

Pada suku kedua, CyberSecurity Malaysia telah meneruskan kelestarian dalam memperkasa bidang keselamatan siber dengan menyertai “Minggu Sains Negara 2018” yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) khususnya dalam pembangunan modal insan, mengiktiraf sumbangan para saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosi sains serta membudayakan STI dalam kehidupan rakyat Malaysia.

CyberSecurity Malaysia juga terlibat pada “Simposium Zero Buli” dalam usaha menangani ancaman buli siber. Berlandaskan Program CyberSAFE, CyberSecurity Malaysia sentiasa mencari peluang untuk menerapkan pemahaman mengenai kepentingan keselamatan siber serta isu-isu berkaitan ancaman siber serta menyemai etika penggunaan Internet dan teknologi secara positif dan selamat.

Di peringkat antarabangsa, CyberSecurity Malaysia telah secara aktif terlibat di pelbagai persidangan antaranya Mesyuarat Tahunan World Trustmark Alliance di China, Simposium Teknikal Kolokium FIRST di Amsterdam, Persidangan RSA di Amerika Syarikat, Forum Kepimpinan OpenGov di Filipina, Persidangan Keselamatan Digital dan Siber di Kazakhstan, Persidangan Antarabangsa Teknologi Maklumat dan Rangkaian di Jepun, Sidang Kemuncak Asian Banker di China, Persidangan Antarabangsa Pengurusan Maklumat di United Kingdom , Persidangan Tahunan FIRST Kali Ke-30 di Kuala Lumpur, Forum Antarabangsa Keselamatan Teknologi Maklumat di Rusia, Persidangan Pakar Forensik Digital di United Kingdom serta Persidangan Kali Ke-17 Cyber Warfare and Security di Norway. Ke semua acara yang disertai ini adalah di atas jemputan penganjur bagi CyberSecurity Malaysia berkongsi kepakaran, pengetahuan dan pengalaman melalui sesi pembentangan dan perbincangan berkumpulan. Ianya merupakan satu pengiktifaran global ke atas keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

Penglibatan secara langsung di dalam pelbagai program sepanjang suku ke-dua tahun 2018 telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia dalam industri keselamatan siber bukan sahaja di arena tempatan malah di persada antarabangsa. Situasi ini telah menyuntik semangat untuk kami terus berusaha melestari serta memartabatkan industri keselamatan siber yang kini menjadi keutamaan di serata dunia.

Untuk melihat program serta acara lain yang disertai dan dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia sepanjang suku ke-dua ini, anda boleh layari CyberNEWS ini. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap kami. Semoga ianya dapat dimanafatkan bersama.

Sekian.

DATO’ DR HAJI AMIRUDN ABDUL WAHAB
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU KEDUA

 
Apr

2018

  • 1 - 7 April 2018
 
  • 2 April 2018
 
  • 3 - 5 April 2018
 
  • 9 - 13 April 2018
 
  • 10 - 12 April 2018
 
  • 12 April 2018
 
  • 13 April 2018
 
  • 15 - 18 April 2018
 
  • 16 - 18 April 2018
 
  • 16 - 19 April 2018
 
  • 16 - 20 April 2018
 
  • 18 - 20 April 2018
 
  • 19 April 2018
 
  • 23 - 25 April 2018
 
  • 23 - 26 April 2018
 
  • 23 - 27 April 2018
 
  • 24 April 2018
 
  • 24 - 26 April 2018
 
  • 25 April 2018
 
MEI

2018

Jun

2018