Trend Micro Tipping Point Oversight Testing, Amerika Syarikat

 

Pada 4 hingga 16 Ogos 2018, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyertai proses pemantauan pengujian Produk MyCC. Proses pengujian yang dianjurkan oleh BAE Systems ini turut melibatkan Trend Micro dan berlangsung di Texas, Amerika Syarikat.

Tujuan pengujian ini dilakukan adalah untuk menilai dan menguji produk yang dihantar bagi mendapatkan sijil pengiktirafan Common Criteria. Terdapat dua proses penilaian dan pengujian dilakukan iaitu pengujian fungsi dan ujian penembusan.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Amiroul Farhan Roslaini dari Badan Pensijilan Pensijilan Keselamatan Maklumat, CyberSecurity Malaysia manakala BAE Systems and Trend Micro menghantar dua orang wakil dari setiap organisasi.

Majlis Pra Pelancaran Global ACE Scheme dan Penghargaan CyberSecurity Malaysia, Putrajaya

 

Pada 7 Ogos 2018 telah berlangsung Majlis Pra-Pelancaran Skim Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Bertauliah Global atau Global Accredited Cybersecurity Education Scheme (Global ACE Scheme) dan Penghargaan CyberSecurity Malaysia.

Global ACE Scheme merupakan satu rangka kerja holistik pensijilan profesional keselamatan siber yang diperkenalkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja bidang keselamatan siber melalui kaedah penilaian yang diiktiraf bagi memastikan tahap perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti tinggi.

Skim Global ACE mendapat pengiktirafan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebagai cabang pembelajaran yang perlu diikuti oleh Teknologis dan Juruteknik bidang Teknologi Keselamatan Siber sebelum melayakkan mereka memohon sebagai Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah. Ini merupakan pengikitirafan pertama seumpamanya yang dilakukan oleh MBOT di mana ahli-ahli Skim akan layak menggunakan gelaran singkatan "Ts." bagi Teknologis Profesional atau "Tc” bagi Juruteknik Bertauliah pada nama mereka. Pengiktirafan ini memberi nilai tambah kepada bidang teknologi keselamatan siber serta menaik taraf profesion teknologis dan juruteknik dalam bidang ini.

Majlis Pra Pelancaran Global ACE Scheme ini diadakan sempena Wacana Pembangunan Profesional Keselamatan Siber bertajuk “Regulating Cyber Security Professionals Towards The Industrial Revolution 4.0”. Seramai tiga panelis terdiri dari ahli akedemik, wakil industri serta kerajaan terlibat dalam wacana yang dipengerusikan oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia.

Pada majlis ini juga, penyampaian Sijil Profesional “Certified Information Security Awareness Manager (CISAM)” turut diadakan, di mana seramai 10 penerima termasuk selebriti Lisa Surihani yang telah lulus cemerlang pada pensijilan tersebut.

CyberSecurity Malaysia turut memberi penghargaan kepada media Malaysia di atas sokongan mereka dalam menyebarluaskan informasi, mendidik dan memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu keselamatan siber, berkongsi amalan terbaik, tips serta nasihat dan penggunaan Internet secara positif.

TCTP Workshop on Cybersecurity, Singapura

 

Pada 13 hingga 16 Ogos 2018 berlangsung Bengkel TCTP Keselamatan Siber di Singapura. Bengkel dianjurkan oleh Department of State, Amerika Syarikat dengan kerjasama Kementerian Luar Singapura dan Cyber Security Agency (CSA) Singapura.

Bengkel diadakan bagi melengkapkan usaha serta inisiatif ASEAN dalam memperkukuhkan bidang keselamatan siber serantau sebagai penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi rantau ASEAN, khususnya dalam bidang Teknologi IoT Pintar. Perkongsian dan kerjasama maklumat serantau ini diperlukan bagi menangani isu keselamatan siber secara serentak dan bersepadu.

Seramai 26 peserta dari 12 negara ASEAN hadir pada bengkel ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Norlinda Jaafar dari Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel telah membuka peluang untuk bertukar pandangan, maklumat, mengemaskini informasi serta memahami isu-isu penting berkaitan keselamatan siber selain memupuk jalinan kerjasama dengan negara di rantau ASEAN.

Bengkel Program Penyiasatan Asas Komputer dan Jenayah Elektronik (BICEP), Bangkok, Thailand

 

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian pada Bengkel Program Penyiasatan Asas Komputer dan Jenayah Elektronik (Basic Investigation of Computer and Electronic Crimes Program di Bangkok, Thailand dari 27 hingga 31 Ogos 2018.

Bengkel anjuran Akademi Penguatkuasaan Undang-Undang Antarabangsa (International Law Enforcment Agency - ILEA) ini diadakan bagi menyediakan kakitangan berkaitan kerajaan dengan pengetahuan asas mengenai jenayah siber untuk mereka bertindak sebagai responder pertama dalam pelbagai penyiasatan elektronik dan jenayah siber.

Sebagai agensi teknikal serta pakar keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia telah dijemput sebagai peserta pada program ini. Antara yang dijemput hadir adalah pegawai-pegawai polis serta keselamatan domestik dari Negara Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia, Indonesia, Timor Leste, Mongolia dan juga Filipina. Pelbagai topik menarik dibentangkan antaranya Introduction to Dark Web, Malware serta Basis Coding. Pada bengkel ini juga turut dibentangkan adalah kes-kes jenayah siber yang berlaku di Amerika Syarikat di bawah skop US Secret Service.

Penyertaan pada bengkel ini telah memberi kepada Cybersecurity Malaysia untuk bertukar dan berkongsi pendapat serta informasi keselamatan siber yang boleh membantu peserta dari negara Asia Tenggara lain untuk memahami aspek keselamatan siber di dalam aspek polisi dan proses yang digunapakai.