China Internet Security Conference 2018 (ISC 2018), Beijing, China

 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menghadiri persidangan China Internet Security Conference 2018 (ISC 2018) di Beijing, China pada 4 hingga 6 September 2018.

ISC 2018 merupakan persidangan keselamatan Internet berprestij dan berpengaruh di China. Penganjuran kali ke-enam pada tahun ini diadakan di bawah naungan empat agensi utama Kerajaan China, antaranya Cybersecurity Coordination Bureau, Office of the Central Cyberspace Affairs Commision; Cybersecurity Administration Bureau, Ministry of Industry and Information Technology; Cyber Security Department, Ministry of Public Security; dan Office of State Commercial Cryptolography Administration.

Seramai 7,000 delegasi dari seluruh dunia hadir di persidangan ISC, manakala lebih 30 sesi forum diadakan sepanjang persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk “National Key Information Infrastructure Emergency Response Model” pada forum Tindak Balas Kecemasan dan dihadiri lebih 150 delegasi. Selain Malaysia, pembentang dari negara China dan Russia turut terlibat pada sesi forum ini.

Jemputan oleh penganjur terhadap CyberSecurity Malaysia merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran CyberSecurity Malaysia dan peluang tersebut juga diambil bagi memperkenal dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di dalam bidang keselamatan siber di arena antarabangsa.

Asian Forensic Society Network (AFSN) Annual Meeting and Symposium Forum, Beijing, China

 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Forum Simposium dan Mesyuarat Tahunan Asian Forensic Society Network (AFSN) anjuran Institute of Forensic Science (IFS), Ministry of Public Security, China pada 4 hingga 8 September di Beijing.

Ditubuhkan pada 2008, Asian Forensic Society Network (AFSN) merupakan satu kumpulan kerja yang dianggotai CyberSecurity Malaysia bagi membincangkan isu-isu berkaitan bidang forensik. AFSN disertai oleh negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Ia juga satu platform dalam usaha meningkatkan mutu, kualiti serta pembangunan strategik bidang forensik.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohd Zabri Adil bin Talib, Mohamad Firham Efendy bin Md Senan dan Mohammad Hazim bin Zahri dari Jabatan Forensik Digital.

Pada program ini, delegasi CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan antaranya Mohammad Hazim bin Zahri – “Evidence Preservation from WordPress Website”; Mohamad Firham Efendy bin Md Senan – “Data Preservation from Vehicle Infotainment System for Forensics Analysis”’ dan Mohd Zabri Adil bin Talib – “The Analytical Big Data Based Framework for Malware Visualization and Prediction Focusing on Malaysia Threat Landscape”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama Malaysia dan negara-negara ASEAN dalam bidang forensik digital selain mewujudkan rangkaian kerja bersama pakar-pakar forensik digital dari negara Asia.

US - Japan Industrial Control System Cybersecurity Joint Training, Tokyo, Japan

 

Pada 10 hingga 14 September 2018, CyberSecurity Malaysia telah menyertai program latihan Industrial Control System Keselamatan Siber di Tokyo, Jepun. Program ini dianjur bersama oleh Ministry of Economy, Trade and Industry (METI), Jepun, Information-technology Promotion Agency (IPA), Jepun dan Department of Homeland Security (DHS), Amerika Syarikat bagi benua Asia Pacific.

Program latihan ini merupakan salah satu fasa bagi CyberSecurity Malaysia mendapatkan maklumat serta sudut pandangan berkaitan pembangunan makmal simulasi yang sedang dibina dalam usaha melaksanakan Sistem Kawalan Keselamatan SCADA dan Projek Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohd Fadzlan Mohamed Kamal dari Jabatan Malaysia Vulnerability Assessment Centre (MyVAC). Dianggarkan lebih 220 peserta dari pelbagai Negara hadir ke program yang turut mendapat liputan langsung dari media tempatan Jepun.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program latihan ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan berkongi idea mengenai pembangunan Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA.

Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Kuala Lumpur

 

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia telah menganjurkan Program Malaysian Technical Cooperation (MTCP) yang berlangsung dari 18 hingga 27 September 2018 di Kuala Lumpur. Program ini merealisasi komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya dalam kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun.

Pada tahun 2018, CyberSecurity Malaysia sekali lagi mengambil bahagian dalam melaksanakan program latihan teknikal di bawah peruntukan MTCP. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan siber, pengurusan keselamatan dan rangka kerja insiden ancaman siber yang dilaksanakan dalam bentuk amali selain meningkatkan keupayaan mereka dalam menangani ancaman dan jenayah siber seterusnya melayakkan mereka mendapatkan pensijilan Cyber Defender Associate.

Program selama 10 hari ini dihadiri oleh 14 peserta dari 10 buah negara seperti berikut; Azerbaijan, Bangladesh, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kazakstan, Laos, Nigeria, Sudan dan Uzbekistan.

Majlis pembukaan MTCP disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab pada 18 September 2018, manakala perasmian penutup pula disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia pada 25 September 2018 sempena penganjuran Cyber Security Malaysia Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE 2018).

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah mengukuhkan lagi kedudukan sebagai agensi peneraju bidang teknikal keselamatan siber di Malaysia.

Forum ASEAN E-Financial Inclusion, Kuala Lumpur

 

Pada 26 September 2018 telah berlangsung Forum ASEAN E-Financial Inclusion anjuran Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Alliance for Financial Inclusion (AFI).

Forum ini diadakan bagi membincangkan potensi inovasi teknologi dan platfom digital dalam mengubah landskap Financial Inclusion masa hadapan, termasuk menggalakkan lebih ramai pengguna ke dalam sistem kewangan perbankan secara formal.

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan pada forum di mana Fazlan Abdullah dari Jabatan Perhubungan Kerajaan telah membentangkan satu kertas bertajuk "Malaysia’s National Cyber Security Policy: A Holistic Approach for Cyber Security And Critical Information Infrastructure Protection". Lebih 100 peserta dari pelbagai pusat di rantau Asia Pasifik hadir pada forum ini.

Forum ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara, menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta seminar untuk keselamatan siber strategik serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi dan organisasi dari negara lain.

Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2018, Kuala Lumpur

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2018 pada 24 hingga 28 September 2018 bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Penganjuran CSM-ACE kali ke-10 ini mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Acara yang berasaskan kerjasama-awam-swasta ini mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu Anugerah Keselamatan Siber Malaysia, Persidangan dan Pameran. Ia menjadi platfom untuk para professional dan pemain industri keselamatan siber berkumpul, bertukar pandangan dan berkongsi idea mengenai teknologi serta isu-isu semasa keselamatan siber. Ia juga menjadi platfom untuk memperkembangkan jaringan perniagaan serta peluang berkolaborasi di kalangan pemain industri keselamatan siber tempatan dan luar negara.

Antara komponen utama CSM-ACE 2018 ialah:-

    Program Pembangunan Kapasiti CSM-ACE 2018
    CSM-ACE 2018 meneruskan lakaran bidang keselamatan siber dengan menyediakan 11 program latihan keselamatan siber. Program latihan bermula dari 24 hingga 28 September 2018 dan dirangka khusus untuk meningkatkan kemahiran serta kecekapan dalam bidang keselamatan siber bertujuan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan serta mampu menangani ancaman siber. Seramai 205 peserta hadiri pada program latihan sepanjang CSM-ACE 2018.

    Persidangan CSM-ACE 2018
    Persidangan CSM-ACE 2018 berlangsung pada 25 September 2018 melibatkan dua trek utama, iaitu Pengurusan dan Teknikal. Terdapat empat sesi perbincangan panel berdasarkan tema CSM-ACE 2018 iaitu “Partnership in Securing 4IR Towards National Sovereignty”. Persidangan CSM-ACE 2018 dihadiri seramai 500 peserta dari dalam dan juga luar negara.

    Perasmian dan Ucaptama CSM-ACE 2018
    Upacara Perasmian CSM-ACE 2018 telah diadakan pada 25 September 2018 dan disempurnakan oleh YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Bin Mohamed (Bersara) dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab. Pada majlis perasmian, turut diadakan tiga ucaptama oleh pihak industri antaranya Palo Alto, Datasonic Group Berhad dan Huawei Technologies Co. Ltd. Seramai 900 peserta terdiri dari sektor awam dan swasta, institusi pengajian tinggi serta pemain industri keselamatan siber hadir pada upacara ini.

    Pameran Keselamatan Maklumat CSM-ACE 2018
    Sebanyak 50 organisasi telah mengambil bahagian pada Pameran Keselamatan Maklumat sempena CSM-ACE 2018 bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka. Pada ruang pameran, CyberSecurity Malaysia telah melancarkan perkhidmatan “Technology Security Assurance” (TSA) yang merupakan skim penilaian dan pensijilan kebangsaan bagi produk ICT keluaran tempatan. Perkhidmatan ini dibangunkan menerusi Jabatan Malaysian Security Evaluation Facility (CSM MySEF).

    Acara satelit CSM-ACE 2018
    Kolokium Forensik Siber (Cyber Forensics Colloquium)
    Kolokium ini diadakan pada 24 September 2018 melibatkan penyertaan 21 Universiti tempatan. Ia diadakan buat julung kali sebagai platfom pengumpulan maklumat dan pertukaran infomasi mengenai teknologi forensik digital terkini bagi tujuan penubuhan Rangkaian Forensik Digital Sains Malaysia (Malaysia Digital Forensics Science Network). Perasmian disempurnakan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia.

Cybersecurity Awareness and Knowledge Systemic High-Level Application Workshop (YAKSHA)
Acara ini diadakan pada 25 hingga 26 September 2018 dan dihadiri oleh beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Portugal, Greece, Itali, Perancis, Bulgaria, Finland dan Sepanyol. YAKSHA bertujuan membawa pihka berkepentingan keselamatan siber di rantau ASEAN untuk berkerjasama bagi mengukuhkan ekosistem keselamatan siber ASEAN. Ia juga akan mewujudkan visi yang dikongsi dari sudut pandangan ekosistem inovasi keselamatan siber.

Antara acara satelit lain ialah Bengkel Datasonic, Latihan Palo Alto, Bengkel Heitech serta Seminar Keselamatan Sistem Kawalan Industri. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 300 peserta yang mendaftar untuk acara ini.

CSM-ACE 2018 telah dapat mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia dan juga di peringkat global.

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2018, Kuala Lumpur

 

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2018 telah diadakan pada 26 September 2018 sempena Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2018 yang berlangsung dari 24 hingga 28 September 2018 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia mengiktiraf pencapaian profesional keselamatan maklumat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan juga organisasi global yang telah menyumbang ke arah pembangunan keselamatan siber dalam landskap ICT Malaysia yang dinamik.

Terdapat tujuh (7) kategori anugerah pada tahun 2018, iaitu:
i. Profesional Keselamatan Siber Terbaik
ii. Organisasi Keselamatan Siber Terbaik
iii. Projek Keselamatan Siber Terbaik
iv. Inovasi Keselamatan Siber Terbaik
v. Penyedia Jaminan Keselamatan Siber Terbaik
vi. Profesional CyberSAFE Terbaik, dan
vii. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Keselamatan Siber

Pautan: Sila klik pautan https://csm-ace.my/awards.html untuk melihat senarai penerima anugerah.

Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2018, Kuala Lumpur

 

Pada 27 September 2018 telah berlangsung Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE 2018 atau NICTSeD 2018. Ia merupakan pertandingan wacana keselamatan ICT tahunan yang diadakan di dalam Baa Inggeris oleh CyberSecurity Malaysia. NICTSeD 2018 disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Pertandingan akhir diadakan sempena Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2018 dan disempurnakan perasmian oleh Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewakili YB Menteri Pendidikan Malaysia.

NICTSeD kali ke-enam disertai sebanyak 160 buah sekolah menengah dari seluruh negara. Dua (2) buah sekolah muncul sebagai finalis, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin, Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa hujah-hujah menarik berdasarkan topik “Malaysia’s National Child Protection Policy and Plan of Action on Child Online Protection is consistent with the Convention on the Rights of the Child and the country’s Child (Amendment) Act 2016 which aims to protect minors. This includes inappropriate cyber content. This is pertinent and important especially in the 4th Industrial Revolution. Categories of inappropriate cyber content include hate groups, violence, pornography, illegal activities, extremist groups, online advertising etc. Carry out a survey in your school. In your survey, you should indicate the current situation faced by minors. Propose a program/campaign to build cyber resilience to help minors cope with this predicament in the 4th Industrial Revolution“.

Juara memenangi wang tunai RM5,000 serta dianugerahkan Piala Cabaran CyberSAFE dan juga sijil penyertaan. Pertandingan wacana sekolah ini telah berjaya mendedahkan para pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi, skill penyelidikan serta keupayaan mengupas isu-isu keselamatan ICT, di mana ianya penting sebagai persediaan mereka menempuh alam pengajian di universiti.

NICTSeD 2018 juga turut disokong oleh DiGi Telecommunications, BAE Systems, Symantec serta Dewan Baa & Pustaka (DBP).

India Cyber Security Dialogue, Mumbai, India

 

India Cyber Security Dialogue telah diadakan di Mumbai, India pada 27 dan 28 September 2018. Dialog anjuran UBM India Pvt Ltd. (India) ini diadakan bagi membincangkan isu ancaman siber yang dihadapi di rantau Asia Selatan dan perkongsian pengetahuan antara delegasi mengenai pembangunan strategi keselamatan siber serta kaedah menangani ancaman-ancaman tersebut.

Lebih seratus peserta hadir pada acara dialog ini. CyberSecurity Malaysia telah dijemput sebagai penceramah di mana Fazlan Abdullah dari Jabatan Perhubungan Kerajaan telah membuat pembentangan bertajuk "Malaysia’s National Cyber Security Policy: A Holistic Approach for Cyber Security And Critical Information Infrastructure Protection".

Melalui penyertaan ini, CyberSecurity Malaysia dapat mempelajari case study dan amalan terbaik dalam implementasi keselamatan siber organisasi negara India, berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara kepada para peserta, menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta seminar untuk keselamatan siber strategik; dan meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi dan organisasi dari negara India.