Mesej dari CEO

 
 

Salam Sejahtera.

Bertemu kembali di penerbitan pertama CyberNEWS bagi tahun 2019. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap penerbitan berkala ini. Memandangkan ini merupakan penerbitan pertama bagi tahun 2019, masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2019 kepada semua pembaca setia CyberNEWS.

Bidang keselamatan siber telah melalui pelbagai cabaran di sepanjang tahun 2018 disebabkan oleh evolusi ICT yang semakin dinamik. Selaras perkembangan tersebut, muncul pelbagai bentuk ancaman keselamatan siber antaranya pengintipan siber, penipuan, hacktivism, jangkitan malware dan kod berbahaya, gangguan siber, ketirisan maklumat dan data serta penyalahgunaan media sosial yang merupakan satu realiti dan mengancam organisasi dan juga pengguna individu.

Di CyberSecurity Malayisa, kami melihat trend ini sebagai suatu peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran serta menambah pengetahuan keselamatan siber bagi merapatkan jurang keselamatan siber di era teknologi digital. Pendekatan holistik (Holistic Approach) yang merangkumi People, Process dan Technology akan terus menjadi keutamaan yang perlu diseiringkan dengan keadaan semasa. Ini kerana penjenayah siber sentiasa mencari peluang untuk melancarkan apa jua bentuk serangan siber.

Pastinya, kita tidak mahu pengguna menjadi mangsa penjenayah siber dan dalam masa yang sama, tidak mahu juga melahirkan penjenayah siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia. Semua pihak (awam – swasta - individu) harus bangkit mengembeling tenaga dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha menangani jenayah siber. Pengetahuan asas mengenai keselamatan siber perlu ada pada setiap individu pengguna internet, malah organisasi sama ada awam atau swasta, multinational atau SME harus memastikan semua pegawai serta kakitangan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai keselamatan siber.

Justeru, mereka perlu memperlengkapkan pegawai-pegawai mereka khususnya di bidang IT dengan kemahiran, skill dan kepakaran bidang keselamatan siber. Buatlah pelaburan dan wujudkan dana khas untuk membina infrastuktur pertahanan rangkaian digital dan siber yang berdaya tahan serta selamat di organisasi mereka.

CyberSecurity Malaysia beriltizam untuk mencapai status sebagai Pusat Rujukan Pakar Keselamatan Siber yang mendapat pengiktirafan dunia menjelang tahun 2020. Berdasarkan matlamat tersebut, pelbagai program, aktiviti serta inisiatif dibangun dan dilaksanakan.

Kami turut terlibat secara aktif pada pelbagai program dan acara di peringkat global. Dalam konteks ini, CyberSecurity Malaysia akan terus memacu dan meneraju agenda keselamatan siber negara dan meningkatkan usaha melalui penawaran pelbagai bentuk perkhidmatan, program dan inisiatif dengan pendekatan yang lebih bersepadu bagi mengatasi cabaran siber masa kini.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2019, CyberSecurity Malaysia akan memulakan operasi di bangunan baharu iaitu Menara Cyber Axis yang terletak di Cyberjaya. Diharapkan dengan kewujudan bangunan ini, ianya dapat menyuntik semangat dan perjuangan baharu dalam memperkasa bidang keselamatan siber.

Saya berharap agar anda terus bersama CyberNEWS di sepanjang tahun 2019 untuk melihat perkembangan bidang keselamatan siber di Malaysia. Teruskan sokongan anda dan sebarkan maklumat mengenai keselamatan siber kepada keluarga serta kenalan anda.

Terima Kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU PERTAMA

 
Jan

2019

Feb

2019

  • 11 Februari 2019
 
  • 11 - 12 Februari 2019
 
  • 12 - 13 Februari 2019
 
  • 13 Februari 2019
 
  • 13 Februari 2019
 
  • 17 – 18 Februari 2019
 
  • 17 Februari – 2 Mac 2019
 
  • 18 - 19 Februari 2019
 
  • 18 Februari 2019
 
  • 19 Februari 2019
 
  • 20 Februari 2019
 
  • 24 Februari 2019
 
  • 25 Februari 2019
 
  • 26 - 28 Februari 2019
 
  • 28 Februari 2019
 
Mar

2019