Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama (Certificate of Collaboration – CoC), Politeknik Mersing, Johor

 

Pada 2 Mac 2019 telah berlangsung Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan Politeknik Mersing, Johor.

Kerjasama yang dimeterai adalah berkaitan dwi-akreditasi program Diploma Teknologi Maklumat dan pensijilan profesional keselamatan siber Global ACE Scheme.

Perjanjian Kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan YBhg. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Hassan Bin Siraj, Pengarah Politeknik Mersing, dengan disaksikan oleh YBhg. Dr Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknjk dan Kolej Komuniti

Melalui kerjasama ini, Politeknik Mersing akan menjadi rakan strategik bagi mempromosi Global ACE Scheme di kawasan Pantai Timur. Di samping itu CyberSecurity Malaysia turut memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

RSA Conference International Cyber Security Forum (ICSF) 2019, Intercontinental Hotel, San Francisco, Amerika Syarikat

 

Pada 4 hingga 8 Mac 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan RSA Conference International Cyber Security Forum (ICSF) 2019 bertempat di Intercontinental Hotel, San Francisco, Amerika Syarikat.

Persidangan antarabangsa keselamatan siber RSA ICSF 2019 anjuran RSA conference ini memberi tumpuan kepada isu pengurusan risiko keselamatan siber terhadap infrastruktur kritikal sesebuah negara, perkomputeran kuantum serta teknologi buatan pintar (Artificial Inteligent).

Mohamad Anwer Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan dan Kerjasama Industri Keselamatan Siber (CIEC) mewakili CyberSecurity Malaysia dan menjadi sebagai salah seorang ahli penal pada forum tertutup yang membincangkan risiko dan isu keselamatan siber antarabangsa.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah membuka peluang bagi mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia terutama CSM-ACE 2019 yang bakal diadakan pada September 2019.

Pertandingan Cyber Heroes 2019, Asia Pacific University, Bukit Jalil

 

Pada 6 Mac 2019, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Standard Chartered Malaysia dan Asia Pacific University telah menganjurkan Pertandingan Cyber Heroes 2019 bertempat di Asia Pacific University, Bukit Jalil.

Acara yang diadakan setiap dua tahun ini merupakan satu platfom mencari bakat baharu selain mempromosi budaya keselamatan siber dalam kalangan generasi muda.

Pada tahun ini, pertandingan telah disertai oleh 20 pasukan dari pelbagai Insitut Pengajian Tinggi awam dan swasta. Para peserta diuji secara teknikal berkaitan forensik analisis data dan turut menghadiri seminar keselamatan siber yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2019 – Edisi Malaysia.

Pertandingan Cyber Heroes 2019 telah dimenangi oleh peserta dari Asia Pacific University (APU). Acara ini merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia bagi menggalakkan pembudayaaan keselamatan siber dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi melahirkan warga digital yang bertanggungjawab di alam siber.

Seminar “Youth Cyber Wellness in the Digital Era” & Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day) 2019 – Edisi Malaysia , Putrajaya

 

Pada 7 Mac 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Seminar “Youth Cyber Wellness in the Digital Era” dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day) 2019 – Edisi Malaysia bertempat di Putrajaya.

Acara anjuran CyberSecurity Malaysia ini telah dihadiri oleh lebih 300 peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi, organisasi belia serta wakil agensi-agensi kerajaan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Seminar “Youth Cyber Wellness in the Digital Era” menyaksikan penglibatan 19 ahli panel yang terdiri dari kalangan industri, akademia dan juga selebriti tempatan. Turut diadakan ialah mini pameran oleh rakan-rakan strategik Safer Internet Day 2019.

Melalui pengajuran acara ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan siber dalam kalangan masyarakat khususnya keluarga, di samping melahirkan warga digital yang bertanggungjawab di alam maya.

Bengkel Kolaborasi dalam Bidang Keselamatan Teknologi Cloud & Industry 4.0 CyberSecurity Malaysia (CSM) - Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Zenith Hotel, Putrajaya

 

Pada 18 dan 19 Mac 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Kolaborasi dalam Bidang Keselamatan Teknologi Cloud & Industry 4.0 CyberSecurity Malaysia (CSM) - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Zenith Hotel, Putrajaya.

Bengkel diadakan bagi mewujudkan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pengujian, audit, latihan dan program kesedaran mengenai bidang keselamatan Cloud & Industry 4.0

Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang termasuk sembilan kakitangan UMT. Antara perkara yang dibincangkan pada bengkel ini ialah pelaksanaan pergerakan UMTMOOC di UMT ke MySEF Cloud Secure Platform (MySEFCSP). Selain itu kerjasama dalam bentuk latihan dan pensijilan professional dalam sukatan pelajaran akademik, pembangunan modul Global ACE serta ujian peperiksaan pusat turut dilaksanakan.

Hasil dari bengkel ini CyberSecurity Malaysia telah dapat merangka aktiviti yang menyokong servis dan platfom Cloud yang selamat dalam aktiviti penyelidikan dan pengajian dalam talian (E-Learning). Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut dapat menjalankan projek pilot bersama UMT bagi menguji kaedah audit dan pengujian keselamatan Cloud yang telah dibangunkan oleh tenaga pakar CyberSecurity Malaysia.

Critical Infrastructure Protection Forum CIP Forum IV 2019 Romanian Parliament Palace, Bucharest, Romania

 

Pada 25 hingga 30 March 2019, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Forum Perlindungan infrastruktur Kritikal kali ke-4 di Romanian Parliament Palace, Bucharest, Romania.

Forum anjuran National Institute for Research and Development in Informatics – ICI Bucharest ini merupakan platfom bagi membincangkan kaedah pembinaan kapasiti kerajaan bagi penyelarasan aktiviti-aktiviti perlindungan infrastruktur kritikal di sesebuah negara.

Ts. Dr. Solahuddin bin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan menjadi salah seorang penceramah pada sesi Forum bertajuk “Regional Approaches for Critical Infrastructure Protection”. Selain itu, beliau turut membuat perbentangan bertajuk “Safeguarding Critical Infrastructure Against Cyber Threats Through National Cyber Security Policy Implementation: Malaysia's Perspective.”

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada forum ini telah membawa kepada kerjasama lebih erat dengan komuniti Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (CERT) antarabangsa. Selain itu di Albanian CERT turut berminat untuk menjalin kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia.

Seminar Kesedaran Keselamatan - Combating and How to Respond to Cyber Threat, Ipoh, Perak

 

Pada 28 Mac 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Seminar Kesedaran Keselamatan bertajuk “Combating and How to Respond to Cyber Threat” di Ipoh, Perak.

Seminar ini dianjurkan oleh Federation of Malaysian Manufactures Institute Perak yang turut dengan sokongan CyberSecurity Malaysia. Seminar diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran keselamatan ICT serta mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia kepada organisasi, usahawan dan pengilang di sekitar negeri Perak.

Mohamed Anwer Bin Mohamed Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan dan Kerjasama Industri Keselamatan Siber (CIEC) telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan bertajuk “Cyber Security Risk Management in 4th Industrial Revolution”.