Mesej dari CEO

 
 

Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca setia CyberNEWS. Ini merupakan edisi kedua CyberNEWS bagi tahun 2019 meliputi aktiviti sepanjang bulan April, Mei dan Jun.

Suku kedua telah menyaksikan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program serta aktiviti berkaitan keselamatan siber sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa meliputi persidangan, program latihan teknikal, forum, seminar serta bengkel, aktiviti berkaitan kesedaran keselamatan siber dan beberapa siri lawatan. Pastinya, penglibatan ini adalah bagi memenuhi mandat serta mencapai objektif sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia seterusnya mengukuhkan kedudukan serta reputasi CyberSecurity Malaysia sebagai pemacu bidang keselamatan siber.

Antara program yang disertai ialah Forum IPQUORUM 2019 Rusia, Mesyuarat Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA), Itali; Mesyuarat Lembaga Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) Bilangan 02/2019, Cyberjaya; Dialog Industri Keselamatan Siber 2019, Cyberjaya; Mesyuarat Kumpulan Pakar Forensik Digital Ke-4, Brazil; ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Centre’s Training, Thailand; Persidangan Keselamatan Siber AUSCERT 2019, Australia; 3rd International Conference on Information Security (INFOFORUM), Rusia; 6th European Conference on Social Media, United Kingdom; 31st Annual First (Forum for Incident Response and Security Teams) Conference on Computer Security Incident Handling, Scotland serta 1st Digital Forensics Workgroup Meeting, Asian Forensics Sciences Network, Beijing, China.

Pada bulan Mei 2019, CyberSecurity Malaysia telah menempa kejayaan apabila Jabatan Forensik Digital diberi pengiktirafan oleh pihak INTERPOL di atas usaha Jabatan tersebut mengarang satu garis panduan bertajuk ‘INTERPOL Guidelines for Digital Forensics Laboratory’ yang akan digunapakai oleh semua pusat INTERPOL di seluruh dunia. Manakala pada bulan Jun 2019, CyberSecurity Malaysia melalui Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) telah berjaya meraih tempat pertama pada Pertandingan ‘ASEAN Capture the Flag (CTF)’ yang berlangsung di Perth, Australia.

Sebagai agensi pakar teknikal keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia serta terus terlibat secara aktif dalam pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan keselamatan siber. Kepada pembaca setia CyberNEWS, terima kasih atas sokongan anda. Teruskan mengikuti peneribitan berkala ini bagi mendapatkan infomasi terkini mengenai perkembangan CyberSecurity Malaysia.

Sekian, terima Kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU PERTAMA

 
Apr

2019

Mei

2019

Jun

2019