Kembara Amal Cybersafe 2019, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

 

Pada 18 Mei 2018 telah berlangsung satu program Kembara Amal CyberSAFE bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Bait Al Amin di Aeon Station 18 Ipoh, Perak.

Program ini merupakan salah satu platfom bagi CyberSecurity Malaysia berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada anak-anak Bait Al-Amin, ibubapa serta penjaga mengenai etika keselamatan siber serta memupuk kesedaran mereka mengenai kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian.

Seramai 95 anak-anak yatim bersama penjaga dan pengurusan Rumah Bait Al Amin serta para pelajar Universiti Petronas Malaysia (UTP) yang bertindak sebagai Mentor di bawah Program CyberSAFE telah menyertai program sehari ini.

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Universiti Petronas Malaysia telah dapat menyemai ilmu keselamatan siber kepada golongan remaja

Mesyuarat Kumpulan Pakar Forensik Digital Ke-4, Sao Paolo, Brazil

 

Pada 22 hingga 24 Mei 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Pakar Forensik Digital Ke-4 di Sao Paolo, Brazil.

Mesyuarat Kumpulan Pakar Forensik Digital anjuran Interpol Innovation Center Directorate ini merupakan satu platfom untuk berkongsi amalan terbaik forensik, peralatan dan kaedah serta mengeratkan kerjasama antara negara di peringkat antarabangsa.

Sarah Khadijah Taylor dari Jabatan Forensik Digital telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada mseyuarat ini. Beliau telah mengarang satu dokumen garis panduan bertajuk ‘INTERPOL Guidelines for Digital Forensics Laboratory’.

Pada mesyuarat tersebut Anita Hazenberg, Pengarah INTERPOL Innovation Center telah memberi penghargaan kepada CyberSecurity Malaysia Malaysia di atas sokongan serta kerjasama menerbitkan dokumen ‘INTERPOL Guidelines for Digital Forensics Laboratory’. Ini telah membuktikan kepakaran forensik digital CyberSecurity Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Lawatan Kerja Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) ke CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya

 

Pada 27 Mei 2019 CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan kerja dari Bahagian Pemantauan, Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Lawatan ini merupakan inisiatif bagi memperkenalkan CyberSecurity Malaysia lebih mendalam kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Selain itu ia juga merupakan satu persediaan awal bagi kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi pada bulan Julai ini.

Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, mengetuai taklimat bagi lawatan ini. Delegasi dibawa ke melawat Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) dan juga Forensik Digital.

Melalui lawatan ini CyberSecurity Malaysia dapat memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi disamping mengeratkan kerjasama antara agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Mesyuarat Pleno ISO/IEC TC 307 Blockchain And Distributed Ledger Technology; ke-5, Dublin, Ireland

 

Pada 27 hingga 31 Mei 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Pleno Blockchain and Distributed Ledger Technology ke-5 di Dublin, Ireland.

Mesyuarat anjuran Organisasi Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO) merupakan platfom bagi membangunkan dokumen piawaian (standard) untuk bidang Blockchain and Distributed Technology.

Ts. Dr. Maslina Daud Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber dan Hazlin Abdul Rani, Ketua Jabatan Pembangunan Kriptografi telah hadir mewakili CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini.

Melalui penyertaan di dalam mesyuarat ini, kredibiliti CyberSecurity Malaysia telah dapat ditingkatkan melalui sumbangan dan kerjasama dalam pembentukan dokumen-dokumen piawaian berkaitan bidang keselamatan siber. Selain itu, mesyuarat ini turut mendedahkan CyberSecurity Malaysia kepada teknologi, isu-isu dan perkembangan terkini mengenai blockchain.

ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Centre’s Training, Bangkok, Thailand

 

CyberSecurity Malaysia Malaysia telah menyertai program Latihan ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Centre’s (AJCCBC) yang ke-6 di Bangkok, Thailand.

Program anjuran ASEAN-Japan Cybersecurity Capacity Building Centre (AJCCBC) ini merupakan satu program latihan teknikal yang menfokuskan Latihan Keselamatan Siber secara praktikal (program CYDER) dan Latihan Analisa Kod Jahat.

Kilausuria Bt Abdullah dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada program yang berlangsung selama lima hari ini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah memberi pendedahan dan penambahbaikan bagi meningkatkan kemahiran teknikal serta keupayaan perkhidmatan Cyber999 di dalam pengendalian insiden siber dan keselamatan teknologi maklumat.

Persidangan Keselamatan Siber AUSCERT 2019, Gold Coast, Australia

 

CyberSecurity Malaysia Malaysia telah menghadiri Persidangan Keselamatan Siber AusCERT 2019 bertempat di Gold Coast, Australia.

Bertemakan “It’s Dangrous to Go Alone”, persidangan anjuran AusCERT ini dihadiri oleh seramai lebih 1000 delegasi dari pelbagai organisasi dari Australia dan juga dari pelbagai negara luar, termasuk Pasukan CERT, syarikat korporat dan pakar-pakar dalam keselamatan Teknologi Maklumat.Sharifah Roziah Mohd Kassim, dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membentangkan hasil kajian bertajuk “Practical Integration of Threat Intelligence into CERT Process to Accelerate Efficiency and Timely Response of Incidents: Malaysia CERT Experience”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah membuka peluang perkongsian maklumat dan kerjsama pakar keselamatan teknologi maklumat berkenaan ancaman keselamatan siber terkini, disamping meningkatkan visibilliti CyberSecurity Malaysia di arena antarabangsa dalam bidang keselamatan siber.