3rd International Conference on Information Security (INFOFORUM), Ugra, Rusia

 

Pada 10 hingga 12 Jun 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai “The International Conference Information Security” (INFOFORUM) di Ugra, Rusia.

Persidangan INFOFORUM anjuran Government of the Khanty-Mansiysk Autonomous Okrug ini diadakan bagi berkongsi pengalaman di dalam pengunaan aplikasi keselamatan maklumat untuk masyarakat dan orang awam, serta membentuk halatuju interaksi di antara Kerajaan Rusia dan negara-negara serantau bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi digital.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara) Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan Ts Dr Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi. Pada persidangan tersebut, YABhg Tan Sri Pengerusi telah memberi ucaptama bertajuk "International Cooperation in The Digital Era - Reduce Misperceptions, Build Trust" manakala Ts Dr Zahri pula membuat perbentangan bertajuk "Safeguarding Malaysia CNII Against Cyber Threats" pada sesi perbincangan meja bulat.

Penyertaan Malaysia pada persidangan ini telah memperkukuhkan reputasi negara dan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi teknikal bidang keselamatan siber di peringkat global. Ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dan teknikal bidang keselamatan siber di peringkat antarabangsa.

6th European Conference on Social Media, University of Brighton, United Kingdom

 

Pada 13 hingga 14 Jun 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan “The European Conference on Social Media” di University of Brighton, United Kingdom.

Persidangan dianjurkan oleh University of Brighton merupakan satu platform bagi penyelidik-penyelidik dan pengamal-pengamal sosial media untuk berkongsi dan membentangkan pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai untuk membuat kajian dan terlibat dengan kegunaan, impak dan potensi pelbagai displin sosial media.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Nurul Husna Binti Mohamad Nor Hazalin dari Jabatan Secure Technology Services. Pada persidangan ini beliau telah membentangkan kertas kajian yang bertajuk “Terrorism Indoctrination via Social Media: A Malaysian Case Study”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah berjaya mempromosikan nama CyberSecurity Malaysia serta nama Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dalam sektor keselamatan siber dan juga sebuah negara yang berkepakaran tinggi dalam bidang terbabit.

31st Annual First (Forum for Incident Response and Security Teams) Conference on Computer Security Incident Handling, Edinburgh, Scotland

 

Pada 16 hingga 22 Jun 2019 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri 31st Annual FIRST (Forum for Incident Response and Security Teams) Conference on Computer Security Incident Handling di Edinburgh, Scotland.

Persidangan anjuran FIRST.org dan CERT/CC (Carnegie Mellon University) merupakan platfom untuk para peserta, pertubuhan CERT/CSIRT dan organisasi keselamatan internet berbincang secara khusus berkaitan isu-isu ancaman siber dan kaedahmenangani ancaman tersebut. Pada tahun ini, tema persidangan ialah “Defending the Castle”.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ts. Dr Aswami Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber dan Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT). Pada persidangan ini, Dr. Aswami and Megat Muazzam telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Cyber Threats Incident Response Model for CNII Organizations”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah berjaya mempromosikan nama CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dalam bidang keselamatan siber. Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut dapat mengeratkan kerjasama bilateral serta hubungan baik dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber.

1st Digital Forensics Workgroup Meeting, Asian Forensics Sciences Network, Beijing, China

 

Pada 17 hingga 19 Jun 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai 1st Digital Forensics Workgroup Meeting, Asian Forensics Sciences Network di Beijing, China.

Mesyuarat Digital Forensics Workgroup ini dianjurkan oleh Institute of Forensic Science, Ministry of Public Security of China Republic. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk berbincang dan berkongsi maklumat tentang trend terkini cabaran dalam kes-kes forensik digital. Ia turut menjadi platfom bagi pertukaran pandangan dan pengetahuan mengenai teknik dalam membuat analisis kes forensik digital.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohd Zabri Adil Talib, Ketua JabatanForensik Digital dan Tajul Josalmin Tajul Ariffin, Pengurus Operasi, Jabatan Forensik Digital. Pada program tersebut, Zabri telah membuat pembentangan bertajuk “Cryptocurrencies: An Exposure to Fraud, Money Laundering and Terrorism Financing Risk” manakala Tajul pula membuat perbentangan bertajuk “Digital Forensics Competency and Capacity Building”.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia khususnya Jabatan Forensik Digital di dalam Kumpulan Kerja Forensik Digital, AFSN adalah sejajar dengan visi dan misi CyberSecurity Malaysia untuk menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Rujukan Forensik Digital di peringkat antarabangsa. Di samping itu, ia turut membantu dalam mengeratkan kerjasama dan hubungan baik di antara pasukan penguatkuasaan dan rakan-rakan makmal di peringkat Asia

Data-Driven Cybersecurity Roundtable Discussion, Cyberjaya

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Roundtable Discussion bersama rakan industri berkenaan Data-Driven Cyber Security pada 17 Jun 2019 bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Seminar anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Tech Titan Sdn Bhd dan Stellar Cyber ini merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia di bawah program CyberSecurity Collaboration Program (CCP) bagi memacu dan membangunkan industri keselamatan siber tempatan.

Seminar telah dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan dihadiri lebih dari 60 wakil industri. Duasesi perbincangan diadakan bersama rakan industri yang membincangkan topik, antaranya “Machine Learning New Era Security Analyst” dan “Using AI for an Unified Security Analytics Platform”.

Melalui penganjuran seminar ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya mendapatkan maklum balas terus daripada pihak industri berhubung idea bagi memantapkan program industri keselamatan siber tempatan. Ia juga memberi peluang kepada rakan industri dan pihak CyberSecurity Malaysia menjalinkan kerjasama erat bagi bidang berpotensi di dalam keselamatan maklumat serta pembangunan program berkaitan keselamatan siber.

Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Capture the Flag (CTF) Event, Perth, Australia

 

Pada 24 hingga 27 Jun 2019 CyberSecurity Malaysia telah menyertai pertandingan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Capture the Flag (CTF) bertempat di Perth, Australia.

Acara anjuran Australian Cyber Security Centre (ACSC) telah disertai oleh 10 buah negara ASEAN. Acara ini merupakan satu platform untuk menguji tahap keupayaan pengurusan tindak balas dan pencegahan insiden siber bagi ke semua pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer yang mengambil bahagian.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Fathi Kamil Bin Mohad Zainuddin, Mohd Hafiz Bin Mat Tabrani dan Muhammad Hafizuddin Bin Sharul Lazi dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT). Pada pertandingan tersebut, CyberSecurity Malaysia telah dinobatkan sebagai juara “Capture The Flag” seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tuan Gobind Singh Deo turut memberi penghargaan kepada CyberSecurity Malaysia di atas kejayaan yang diperolehi itu.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada acara ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepakaran di dalam bidang keselamatan siber.