Qatar First Technical Colloquium, Doha

 

Pada 1 hingga 2 Disember 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri FIRST Doha Technical Colloquium (TC) 2019 di rantau SAMECA yang diadakan di Al Messila Resort & Spa, Doha, Qatar.

Kolokium anjuran Qatar CERT ini merupakan platform perbincangan dan perkongsian Maklumat di antara ahli FIRST dan bukan ahli mengenai insiden keselamatan siber serta isu-isu berkaitan operasi tindak balas insiden dan pasukan keselamatan.

Sharifuddin bin Sulaman dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa telah mewakili CyberSecuirty Malaysia pada kolokium ini selaku Sekretariat Tetap, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) dan Pengerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada kolokium ini telah dapat meningkatkan hubungan kerjasama pelbagai hala di antara FIRST, Q-CERT dan kerajaan Qatar selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT dan Pengerusi APCERT.

Majlis Perasmian Pensijilan Profesional Modular, KISMEC Sungai Petani

 

Pada 4 Disember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Majlis Pelancaran Modular Pensijilan Professional bertempat di Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), Sungai Petani Kedah.

Majlis anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta KISMEC ini diadakan untuk mempromosi program Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber di Zon Utara.

Pada majlis tersebut, seramai 152 peserta dari pelbagai agensi, organisasi dan juga pelajar KISMEC hadir bagi mendapatkan maklumat mengenai pembangunan kapasiti. Dengan Pelancaran Pensijilan Professional Modular di Zon Utara ini, Skim Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Bertauliah Global atau “Global ACE Certification” dapat dipromosikan dengan lebih meluas bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah ke arah memperkasakan pembangunan ICT.

5th Annual Coordination Meeting Of The OIC Institutions (ACMOI) 2019

 

Pada 4 hingga 5 Disember 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Institusi Gabungan OIC (ACMOI) 2019 kali ke-lima bertempaty di Ibupejabat Organisasi Kerjasama Negara-negara Islam (Organization of the Islamic Cooperation – OIC) di Jeddah, Arab Saudi.

Mesyuarat tahunan anjuran Organization of the Islamic Cooperation (OIC) ini untuk diadakan bagi memudahkan penyelarasan dalam melaksanakan resolusi dan keputusan yang dibuat oleh OIC untuk mengelakkan pertindihan dan mencapai sinergi pelaksanaan.

Ts. Dr. Zahri bin Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Mohd Shamir bin Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Antarbangsa telah mewakli CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat ini. Sebanyak 18 institusi gabungan OIC hadir (termasuk OIC-CERT) untuk meneliti kemajuan pelaksanaan aktiviti yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan pada tahun 2019.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di ACMOI telah berjaya menaikkan nama CyberSecurity Malaysia dalam kalangan ahli OIC yang terdiri dari pelbagai institusi antarabangsa. Sehubungan itu, CyberSecurity Malaysia, selaku Setiausaha Tetap OIC-CERT dapat merangka rancangan pelaksanaan OIC-CERT agar selari dengan OIC STI Agenda 2026.

Cloud Guideline 2nd Workshop, Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Pada 5 Disember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Panduan Cloud kali ke-dua di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bengkel anjuran Jabatan Makmal Pengujian Keselamatan (MySEF) ini didakan bagi membincangkan garis panduan keselamatan pengkomputeran awan yang lengkap untuk kegunaan semua jabatan dan agensi awam ataupun swasta.

Seramai 20 peserta dari 13 agensi termasuk CyberSecurity Malaysia telah hadir pada bengkel ini. Ke semua peserta bengkel diberikan penerangan mengenai garis panduan keselamatan pengkomputeran awam. Garis panduan yang telah siap ditambah baik akan diedarkan kepada orang awam bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum dimuktamadkan.

Melalui penganjuran bengkel ini CyberSecurity Malaysia telah dapat membantu untuk memastikan sektor awam dan swasta menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan secara selamat bagi mengelakkan isu-isu keselamatan seperti pelanggaran data (data breach).

Lawatan Kerja Dari Agensi Vietnam Ke CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya

 

Pada 6 Disember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan pelbagai agensi dari Wilayah Dong Nai, Vietnam ke Malaysia di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Lawatan diadakan untuk mendapatkan kepakaran dan pengalaman CyberSecurity Malaysia dalam pengendalian e-perdagangan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber di antara Malaysia dan Vietnam.

Delegasi telah diberi taklimat oleh Ismamuradi Bin Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategik mengenai fungsi, peranan serta perkhidmatan CyberSecurity Malaysia, disusuli dengan mesyuarat membincangkan peluang untuk memperluaskan kerjasama hubungan dua hala di antara Malaysia – Vietnam dalam bidang keselamatan siber

Lawatan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dalam bidang keselamatan siber, aspek e-perdagangan dan e-ekonomi serta mempromosikan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Vietnam.

Modular Professional Certification Launching Event, Hilton Kota Kinabalu, Sabah

 

Pada 8 Disember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Majlis Pelancaran Modular Pensijilan Professional bertempat di Hotel Hilton Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Kerajaan Negeri Sabah bertujuan mempromosi program Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber di Zon Sabah.

Seramai 200 peserta dari pelbagai agensi dan organisasi hadir pada majlis yang telah disempurnakan perasmian oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Dengan pelancaran Pensijilan Professional Modular di Zon Sabah ini, CyberSecurity Malaysia telah membantu Kerajaan Negeri Sabah memperkukuhkan kedudukan keselamatan siber di negeri tersebut khususnya daripada ancaman siber serta memajukan hub teknologi keselamatan siber yang unggul di Borneo dan sekitarnya.

Bengkel Sekretariat Smart Campus UMP Bersama Cybersecurity Malaysia, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang

 

Pada 4 hingga 8 November 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Bengkel Sekretariat Smart Campus UMP Bersama CyberSecurity Malaysia, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan Pahang.

Bengkel anjuran Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMP ini bertujuan mengukuhkan kolaborasi di antara kedua-dua organisasi dalam bentuk kajian, pembangunan, pengujian dan latihan bidang keselamatan siber, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Kad Pintar, Dron, Biometrik dan Teknologi Awan.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ts. Dr. Solahuddin bin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi serta wakil dari Jabatan Makmal Pengujian Keselamatan (MySEF).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini telah memberi peluang untuk mempromosikan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia dan menyokong inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi secara keseluruhan untuk menerokai teknologi maju dan terkini.

Internal Audit At Oman Cert, Oman

 

Pada 14 hingga 19 Disember 2019, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan audit dalaman ke atas Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Oman (Oman-CERT) bertempat di Oman.

Audit dalaman ini dijalankan berdasarkan permintaan oleh Makmal Forensik Siber Kebangsaan Oman (NDFL) bagi tujuan peningkatan dokumentasi sejajar dengan standard ISO/IEC 17025:2017.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Sarah Khadijah Taylor, Mohd Firham Efendy binti Md Senan dan Fauzi bin Mohd Darus dari Jabatan Forensik Digital. Audit dalaman telah dijalankan ke atas NDFL termasuk peningkatan dokumentasi mengikuti standard ISO/IEC 17025:2017.

Melalui pelaksanaan audit dalaman ini, CyberSecurity Malaysia dapat meneruskan hubungan baik dengan pihak Oman CERT di samping membuka ruang kerjasama masa hadapan.

ASEAN Cyber Capacity Development Project (ACCDP) Workshop, Singapore

 

Pada 16 hingga 20 Disember 2019, Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) telah menganjurkan ASEAN Cyber Capacity Development Project (ACCDP) Kick Off Workshop & ACCDP Drafting Workshop bertempat di Kompleks Global INTERPOL untuk Inovasi (IGCI), Singapura.

Projek ASEAN Cyber Capacity Development - Fasa 2 (ACCDP 2) yang dilancarkan pada 15 Oktober 2019 telah mengukuhkan kemampuan negara-negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara (ASEAN) untuk pertempuran jenayah siber dan bekerja bersama-sama sebagai sebuah rantau. Projek ini juga memberi fokus kepada perbincangan strategik serantau, mengenalpasti trend dan menyediakan landasan untuk pertukaran maklumat yang lebih baik.

Ismamuradi Bin Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategi mewakili CyberSecurity Malaysia atas jemputan pihak INTERPOL bagi menyumbang input dalam menubuhkan garis panduan dan seterusnya membimbing perkembangan buku panduan strategi jenayah siber. Penyertaan aktif di platform global secara tidak langsung telah meningkatkan reputasi CyberSecurity Malaysia di arena antarabangsa.

International Cyber Shield 2019, Turki

 

Pada 17 hingga 22 December 2019, CyberSecurity Malaysia telah menyertai International Cyber Shield 2019 di Information and Communications Technologies Authority (ICTA) Headquarters, Ankara, Turki.

Acara anjuran Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pihak Berkuasa Turki (ICTA) serta International Telecommunication Union (ITU) ini merupakan latihan keselamatan siber antarabangsa bertujuan meningkatkan kebolehan dan keupayaan kerjasama dalam tindak balas siber serta meningkatkan pemahaman bersama dalam mengenai risiko dan kesan yang berkaitan dengan insiden siber.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh lima pegawai dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Mereka telah didedahkan dengan simulasi analisis, langkah-langkah tindak balas yang diperlukan untuk mengurangkan kebarangkalian serangan siber.

Melalui penyertaan di acara ini, CyberSecurity Malaysia telah diberikan pendedahan mengenai kaedah menghadapi ancaman siber yang melibatkan infrastruktur kritikal negara seperti grid kuasa (power grid), pusat data dan sistem komputer sensitive disamping mengurangkan jurang menempatkan operasi jabatan setaraf dengan kebolehan dan aktiviti CERT yang lain.

12th International Conference On Computer Science And Information Technology (ICCSIT 2019), Barcelona, Sepanyol

 

Pada 18 hingga 20 Disember 2019, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-12 Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (ICCSIT) 2019 bertempat di University of Barcelona, Sepanyol.

Persidangan anjuran International Association of Computer Science and Information Technology (IACIST) ini merupakan platform untuk para penyelidik membentangkan kertas penyelidikan serta dalam masa yang sama meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam Matematik Gunaan (salah satunya adalah Kriptografi), Sains Pengkomputeran, dan Sistem kejuruteraan.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ts. Dr. Solahuddin bin Shamsudin, Ketua Pegawai Teknologi, Wan Zariman bin Omar dan Abdul Alif bin Zakaria dari Jabatan Pembangunan Kriptografi. Wan Zariman Omar telah membuat pembentangan bertajuk "Findings Annihilator(s) via Fault Injection Analysis (FIA) on Boolean Function of LILI-128” manakala Abdul alif pula membentangkan tajuk “Secure Information Hiding Based on Random Similar Bit Mapping”.

Penyertaan pada persidangan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mendapat pendedahan informasi tentang hasil penyelidikan terkini serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sains dan matematik secara amnya dan kriptografi secaranya khasnya di dalam keselamatan maklumat dan dunia siber.

Lawatan Dari Havelsan, Turki, Menara Cyber Axis, CyberSecurity Malaysia

 

Pada 19 Disember 2019 CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari syarikat Havelsan, Turki di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Lawatan diadakan untuk mengetahui perkhidmatan berkaitan keselamatan siber yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia, di samping meningkatkan kerjasama bidang keselamatan siber di antara CyberSecurity Malaysia dan syarikat Havelsan.

Delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Haci Ali Mantar, Pengerusi Havelsan telah disambut oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, YABhg. Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara).

Delegasi telah diberi taklimat oleh Mohd Shamir bin Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan mengenai fungsi, peranan serta perkhidmatan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi yang telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menerajui bidang keselamatan siber di negara ini.

Lawatan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dengan syarikat Havelsan dalam bidang pembangunan kepakaran dan sumber keselamatan siber serta mempromosi kerjasama dua hala dan melaksanakan projek bersama dalam bidang keselamatan siber.