Mesej dari CEO

 
 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Bertemu kembali pada edisi ke-empat CyberNEWS bagi tahun 2019. Terima kasih kepada anda, pembaca setia yang tidak jemu membaca dan menantikan penerbitan CyberNEWS ini.

Suku ke-empat telah menyaksikan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program serta aktiviti berkaitan keselamatan siber sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa meliputi persidangan, program latihan teknikal, forum, seminar serta bengkel, aktiviti berkaitan kesedaran keselamatan siber dan beberapa siri lawatan.

Antara program yang disertai ialah International Common Criteria Conference (ICCC) 2019 di Amerika Syarikat, Mesyuarat International Telecommunication Union (ITU) di Geneva, Switzerland, dan Arab Regional Cybersecurity Summit, FIRST & ITU-ARCC Regional Symposium & 11th OIC CERT Annual Conference yang berlangsung di Muscat, Oman.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut menganjurkan beberapa acara dengan kerjasama agensi tempatan dan antarabangsa seperti Majlis Pelancaran Modular Pensijilan Professional Keselamatan Siber dan Persidangan Pengguna Pertama Cybersecurity Awareness & Knowledge Systemic High-level Application (YAKSHA).

Pada bulan Disember 2019, CyberSecurity Malaysia melalui Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) telah menyertai International Cyber Shield 2019 bertempat Ibu Pejabat Information and Communications Technologies Authority (ICTA) Ankara, Turki. Manakala, pada bulan Disember 2019 selaku Setiausaha Tetap OIC-CERT, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Institusi Gabungan OIC (ACMOI) 2019 kali ke-5 di Ibu Pejabat Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (Organization of the Islamic Cooperation – OIC), Jeddah, Arab Saudi.

Sebagai agensi pakar teknikal keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia serta terus terlibat secara aktif dalam pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan keselamatan siber.

Maklumat lanjut mengenai penglibatan CyberSecurity Malaysia terdapat pada laporan sepanjang bulan Oktober, November dan juga Disember 2019. Selamat membaca.

Terima kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU KEEMPAT

 
OKT

2019

  • 29 September - 4 Oktober 2019
 
  • 30 September - 4 Oktober 2019
 
  • 30 September - 4 Oktober 2019
 
  • 1 Oktober 2019
 
  • 6 - 12 Oktober 2019
 
  • 7 - 11 Oktober 2019
 
  • 14 - 16 Oktober 2019
 
  • 14 -18 Oktober 2019
 
  • 14 - 18 Oktober 2019
 
  • 15 Oktober 2019
 
  • 15 - 16 Oktober 2019
 
  • 15 - 20 Oktober 2019
 
  • 16- 18 Oktober 2019
 
  • 22 - 23 Oktober 2019
 
  • 24 Oktober 2019
 
  • 26 -31 Oktober 2019
 
  • 27 - 31 Oktober 2019
 
NOV

2019

  • 4 - 6 November 2019
 
  • 4 - 8 November 2019
 
  • 4 - 8 November 2019
 
  • 5 - 6 November 2019
 
  • 11 - 15 November 2019
 
  • 11 - 15 November 2019
 
  • 13 - 15 November 2019
 
  • 16 - 23 November 2019
 
  • 19 - 20 November 2019
 
  • 20 - 21 November 2019
 
  • 25 - 27 November 2019
 
  • 25 November 2019
 
  • 27 - 28 November 2019
 
  • 27 - 31 November 2019
 
  • 27 November 2019
 
Dis

2019