Bengkel Executive Technology Briefing And Leading Digital Strategy, Chiang Mai, Thailand

 

Pada 1 hingga 2 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menerima jemputan menghadiri Bengkel Executive Technology Briefing and Leading Digital Strategy bertempat di Chiang Mai Thailand. Selain daripada CyberSecurity Malaysia, turut hadir adalah beberapa organisasi daripada Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand.

Bengkel anjuran Nutanix ini diadakan bagi memperkenalkan pengurusan operasi pusat data mengunakan sistem ‘hyperconvergence’ Nutanix di samping mengenal pasti keperluan pembangunan sistem virtualisasi ‘hyperconvergence’ Nutanix. Ini merupakan satu inisiatif untuk pembangunan dan pengoperasian ‘Private Cloud’ yang akan dibina di CyberSecurity Malaysia.

Ts. Dr Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Mohd Azlan bin Mohd Nor, Ketua Jabatan, Secure Technology Services telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah dapat memanfaatkan sistem ‘hyperconvergence’ dalam membangunkan infrastruktur awan persendirian di masa depan.

: Mesyuarat Rangka Kerja CCTV London, United Kingdom

 

Pada 17 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri mesyuarat bersama Dr. Norman Poh berkaitan dengan Rangka Kerja CCTV.

Masyuarat diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dari Dr. Norman Poh mengenai membangunkan rangka kerja sistem keselamatan CCTV di Malaysia.

Sharifah Nurul Asyikin Bt Syed Abdullah, Eksekutif Forensik Digital telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat tersebut.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat dan program latihan ini telah dapat membantu dalam penghasilan rangka kerja keselamatan CCTV di Malaysia serta memperkasakan aktiviti penyiasatan forensik secara lebih berkesan.

FORUM “Memupuk Fasih Digital Dalam Abad Ke-21” Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day) 2020, Putrajaya

 

Pada 11 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Forum “Memupuk Fasih Digital Dalam Abad Ke-21” sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day - SID) 2020 – Edisi Malaysia dan Pelancaran Buku Panduan “Mendidik Anak-Anak Digital” di Putrajaya Marriott Hotel.

Bertemakan ‘Fasih Digital’ program anjuran CyberSecurity Malaysia ini telah dihadiri oleh lebih 350 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi, organisasi belia serta wakil agensi-agensi kerajaan. Turut diadakan ialah Majlis Pelancaran Buku “Mendidik Anak-Anak Digital” yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Forum “Memupuk Fasih Digital Dalam Abad Ke-21” menyaksikan penglibatan lima ahli panel yang terdiri dari kalangan jabatan kerajaan, industri, akademia dan juga wakil media. Turut diadakan ialah pameran mini oleh rakan-rakan strategik Safer Internet Day 2020 serta seni lukis doodle #fasihdigital yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Fakulti Seni Reka dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Melalui penganjuran acara ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat meneruskan kelestarian pemupukan kesedaran keselamatan siber serta kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di alam siber dalam kalangan masyarakat khususnya keluarga.

APT Training Course On Cybersecurity Technologies - "Recent Trend Of Risks And Countermeasures To Them",Tokyo, Jepun

 

Pada 12 hingga 21 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyertai Kursus Latihan APT Training Course On Cybersecurity Technologies - "Recent Trend Of Risks And Countermeasures To Them" bertempat di Tokyo, Jepun.

Program anjuran KDDI Foundation, Jepun ini merupakan platform bagi mendapatkan pengetahuan berkaitan keselamatan siber, mempelajari langkah-langkah yang perlu diambil dan melaksanakan tindak balas ketika insiden keselamatan siber berlaku.

Program ini telah disertai oleh 10 orang peserta daripada pelbagai negara. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Norhuzaimi bin Mohamed, Eksekutif Kanan, Jabatan Perhubungan Kerajaan.

Penyertaan dalam program latihan ini telah membolehkan wakil CyberSecurity Malaysia mempelajari serta berkongsi pengalaman berkenaan tindak balas insiden komputer di samping mengeratkan hubungan dua hala dan mengekalkan kerjasama sedia ada dengan negara lain di rantau ini.

Bengkel “KSA Review Workshop”, Cyberjaya

 

Pada 18 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel “KSA Review Workshop” bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Bengkel “KSA Descriptor 3.0 Workshop” ini diadakan bagi menyemak dan mengemaskini pembangunan tiga KSA descriptors di bawah Global ACE Certification, serta melaksanakan analisis kerja antara wakil tenaga pakar dari akademik, industri dan kerajaan

Bengkel anjuran Jabatan Pembangunan Profesional Keselamatan Siber ini telah dihadiri oleh tenaga pakar dari pihak akademik, industri dan sektor kerajaan.

Melalui penganjuran bengkel ini, CyberSecurity Malaysia dapat meningkatkan kualiti pembangunan Global ACE Certification selaras dengan keperluan industri.

Majlis Perkongsian Ilmu Bersama Rakan Industri Keselamatan Siber: “Getting Proactive About Assessing Your Cybersecurity Posture”, Cyberjaya

 

Pada 19 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Abex Sdn Bhd dan Spirent telah menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu bersama rakan industri keselamatan siber bertajuk “Getting Proactive about Assessing your Cybersecurity Posture” bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Program ini diadakan untuk membincangkan isu berkaitan teknologi terkini iaitu “Getting about Assessing your Cybersecurity Posture” bersama rakan industri selain membuka peluang kepada rakan industri dan CyberSecurity Malaysia menjalinkan kerjasama bagi bidang berpotensi di dalam keselamatan maklumat

Program disertai oleh seramai 50 rakan industri tempatan. Satu sesi perkongsian bertajuk “Getting about Assessing your Cybersecurity Posture” telah disampaikan oleh Mr. Dheeraj Arakkal, Head, Applications & Security for APAC South, Spirent Communications.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia dapat membantu menguatkan ekosistem keselamatan siber di peringkat nasional dan secara langsung meningkatkan pertumbuhan industri tempatan di dalam bidang keselamatan siber.

Seminar Unmanned Aerial System (UAS) Tentera Darat, Wisma Perwira Kem Perdana Tentera Darat, Kuala Lumpur

 

Pada 19 hingga 20 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Seminar Unmanned Aerial System (UAS) Tentera Darat bertempat di Wisma Perwira Kem Perdana Tentera Darat, Sg Besi, Kuala Lumpur.

Seminar anjuran Jabatan Risik, Tentera Darat ini diadakan bagi tujuan memberi kesedaran kepada pihak pegawai tentera berkaitan teknologi Unmanned Aerial System (UAS).

En Sazali bin Sukardi, Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan bertajuk ”UAS Cyber Security” .

Penyertaan pihak CyberSecurity Malaysia pada Seminar ini telah membuka peluang kepada kakitangan ATM untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan siber seiring dengan seruan kerajaan yang inginkan masyarakat berpengetahuan tinggi terutamanya dalam bidang keselamatan Siber.

Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CSAT), Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

 

Pada 21 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Majlis Perasmian Kempen “Semak Sebelum Sebar dan Forum Impak Kaki Viral” bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Kempen anjuran mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat umum khususnya pelajar UPSI mengenai isu penyebaran berita palsu yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Ridzwan Ahmad Bin Mohd Fathil, Eksekutif Outreach dan Komunikasi Korporat mewakili CyberSecurity Malaysia dalam acara ini di mana beliau telah menyampaikan ceramah kesedaran keselamatan siber.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada acara ini telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran tentang penyebaran berita palsu melalui laman media sosial dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Persidangan Rsa Conference 2020, Moscone Center, San Francisco, Amerika Syarikat

 

Pada 24 hingga 28 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan RSA Conference 2020 yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Persidangan anjuran RSA ini diadakan bagi memperkenalkan teknologi baru dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan siber, serta menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan pakar yang terkenal dalam bidang keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ts. Dr. Zahri Yunos Ketua Pegawai Operasi dan Ts. Dr. Asmawi Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber (CSRS).

Penyertaan pada persidangan ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk menjalin networking dan berkenalan dengan wakil dari negara-negara lain dalam menangani isu-isu global jenayah siber.

Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

 

Pada 29 Februari 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai program Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 bertempat di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur.

Program anjuran Internet Society Malaysia Chapter (ISOC) ini merupakan satu sokongan kepada kempen Hari Keselamatan Internet (SID) 2020. Inisiatif ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pencerahan kepada golongan muda agar tahap literasi mereka terhadap dunia digital dapat ditingkatkan, serta melahirkan golongan yang kritis dan bertanggungjawab di alam siber.

YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara) Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, bersama delegasi CyberSecurity Malaysia hadir menyertai acara ini. Beliau selaku tetamu kehormat telah menyampaikan ucapan perasmian serta terlibat pada sesi “townhall” yang dihadiri oleh 150 peserta. Selain itu Puan Elina Mubin, Eksekutif Outreach dan Komunikasi Korporat telah bertindak sebagai panelis bagi sesi forum yang membincangkan perkara berkaitan dunia digital.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam acara ini telah memberi kesedaran terhadap kepentingan keselamatan siber sekaligus menyokong kempen Hari Keselamatan Internet (SID) 2020 bagi meningkatkan tahap fasih digital di kalangan belia di Malaysia.