Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CSAT), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kota Bharu, Kelantan

 

Pada 4 Mac 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyampaikan Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CSAT) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kota Bharu, Kelantan.

Program anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat PBMK ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada kakitangan PMBK berkaitan keselamatan siber dan maklumat sebagai persediaan pelaksanaan ISMS.

Jazannul Azriq Bin Aripin, Eksekutif Kanan Outreach dan Komunikasi Korporat mewakili CyberSecurity Malaysia dan beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk ”Keselamatan Siber dan Maklumat: Peranan Pengguna Internet” dan ”Jenayah Siber”.

Penyertaan dalam acara ini merupakan satu pengiktirafan terhadap CyberSecurity Malaysia di dalam memberikan gambaran serta kepakaran di dalam bidang Keselamatan Maklumat dan Siber.

Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CSAT) Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan

 

Pada 12 Mac 2020, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber (CSAT) sempena Program Pengukuhan Integriti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan.

Program anjuran Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan pentadbiran dan akademik UMK serta staf-staf pentadbiran dan ketua-ketua jabatan sekitar daerah Bachok termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam mengenai keselamatan siber dan maklumat terutamanya penggunaan Media Sosial, Berita Palsu serta ancaman-ancaman yang berkaitan.

Lt Kol Mustaffa bin Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti mewakili CyberSecurity Malaysia di mana beliau telah menyampaikan ceramah bertuk ”Jaga-Jaga Ada Yang Memerhati : Internet & Media Sosial”.

Penyertaan dalam acara ini merupakan satu pengiktirafan terhadap CyberSecurity Malaysia di dalam memberikan gambaran serta kepakaran di dalam bidang Keselamatan Maklumat dan Siber.

Bengkel Teknikal Dan Strategik CamMuka 2.0, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah

 

Pada 16 hingga 17 Mac 2020, CyberSecurity Malaysia dengan Kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Teknikal dan Strategik CamMuka 2.0 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah.

Bengkel ini diadakan bagi tujuan membincangkan berkenaan teknologi yang telah dibangunkan oleh pihak UMS dan akan digunapakai oleh Jabatan Forensik Digital bagi menaik taraf sistem CamMuka. Ia juga ini merupakan kesinambungan daripada projek 2019 bersama UMS.

Nazri bin Ahmad Zamani, Nur Afifah binti Mohd Saupi dan Muhammad Zuhairi bin Abdullah dari jabatan Forensik Digital mewakili CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini.

Melalui penganjuran bengkel ini CyberSecurity Malaysia telah dapat menaik taraf sistem CamMuka sedia ada bagi meningkat keupayaan dalam penyiasatan forensik yang memerlukan teknologi biometrik terkini.