Bicara Siber PKP Covid-19 “When Makcik Kiah Goes Digital, YouTube Live

 

Pada 16 April 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan forum dalam talian bertajuk “Bicara Siber PKP Covid-19 “When Makcik Kiah Goes Digital” melalui Apllikasi Youtube Live.

Forum dalam talian ini dianjurkan bagi membincangkan isu pembelajaran dan pengajaran anak- anak semasa PKP, kesan kesihatan mental dan fizikal yang dihadapi pengguna Internet sepanjang PKP serta isu berkaitan keselamatan siber.

Lt Kol Mustaffa bin Ahmad (Bersara) Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti menjadi panellist bersama wakil Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia,. Forum ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan mendapat lebih 20,000 tontonan secara dalam talian.

Melalui penganjuran forum ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperkembangkan penggunaan platform media sosial bagi tujuan program kempen CyberSAFE.