Mesej dari CEO

 
 

Assalamualaikum WBT and Salam Sejahtera.

Bersua kembali di penerbitan CyberNEWS edisi kedua tahun 2020.

Pada suku kedua ini, negara masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Norma baharu diperkenalkan dan diaplikasikan dalam operasi ke semua organisasi bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Tidak terkecuali CyberSecurity Malaysia, di mana kakitangan bekerja dari rumah dan penggunaan aplikasi sidang video dalam talian digunakan bagi ke semua inisiatif keselamatan siber.

Sepanjang tempoh PKP ini, CyberSecurity Malaysia terus aktif dalam melaksanakan pelbagai program serta inisiatif keselamatan siber sama ada di peringkat tempatan mahu di arena antarabangsa.

CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan beberapa siri forum dalam talian antaranya, “Makcik Kiah Goes Digital” melalui Aplikasi YouTube yang membincangkan isu pendidikan dan pengajaran sepanjang tempoh PKP.

Forum teknikal dalam talian bertajuk “WFH - Online Meeting Platform Security Demystified” juga turut diadakan bagi membincangkan isu keselamatan siber mengenai penggunaan teknologi sidang video dalam talian.

CyberSecurity Malaysia turut menjalankan forum dalam talian bertajuk “Makcik Kiah Goes Online...Kad Pak Salleh Pulak Decline” yang membincangkan perkara berkaitan kaedah serta tatacara pembelian dalam talian yang selamat serta pelaksanaan transaksi dalam talian melalui pelbagai platform pembelian digital.

Saya serta seluruh warga CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan mempelbagaikan lagi insiatif keselamatan siber demi kesejahteraan rakyat Malaysia walaupun dalam tempoh PKP ini.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020, saya berharap agar rakyat Malaysia khususnya pengguna Internet akan terus bersama kami untuk mengikuti penerbitan berkala di keluaran akan datang.

Sentiasa Bijak Sentiasa Selamat. Bersama Ke Arah Kesejahteraan Siber.

Terima kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif