Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, KKMM Di CyberSecurity Malaysia Di Cyberjaya

 

Pada 16 Jun 2010, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Tuan Mohd Fardhi bin Ahmad telah mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia.

Lawatan diadakan bagi memberi pendedahan mengenai landskap teknologi keselamatan siber semasa di Malaysia selain mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Pada lawatan tersebut, delegasi telah di bawa melawat makmal keselamatan siber yang terdapat di CyberSecurity Malaysia. Terdahulu, delegasi juga telah diberi taklimat mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia dalam memperkukuhkan eko-sistem keselamatan siber di Malaysia.

Forum Dalam Talian “Work From Home 2020”

 

Pada 25 Jun 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai forum dalam talian bertajuk “Work From Home 2020” melalui aplikasi Microsoft Team.

Forum anjuran MyIAN Sdn Bhd ini merupakan satu platform yang telah membincangkan tips keselamatan siber dan bekerja dari rumah secara selamat.

Lt Kol Mustaffa bin Ahmad (Bersara) Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti telah mewakili CyberSecurity Malaysia sebagai salah seorang pembentang kertas kerja di dalam forum tersebut dimana ia turut disertai oleh 17 wakil organisasi yang lain.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam forum ini telah berjaya membentuk rangkaian kerjasama dengan wakil industri tempatan serta antarabangsa.