WFH - Online Meeting Platform Security Demystified, YouTube Live

 

Pada 5 Mei 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan forum dalam talian bertajuk “WFH: Online Meeting Platform Security Demystified” melalui aplikasi Youtube Live.

Forum ini dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan aplikasi mesyuarat dalam talian (online meeting) seperti Zoom, WebEx, GoToMeeting, Slack dan Microsoft Teams.

Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Profesional Keselamatan Siber telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada forum bersama Clement Arul, wakil dari Kaapagam Technologies Sdn Bhd.

Penganjuran forum dalam talian ini telah berjaya menyebarluas maklumat mengenai penggunaan platform mesyuarat dalam talian serta memperkenalkan program latihan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Forum Bicara Siber: “Makcik Kiah Goes Online...Kad Pak Salleh Pulak Decline” - YouTube Live

 

Pada 15 Mei 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan forum dalam talian bertajuk “Bicara Siber: Makcik Kiah Goes Online...Kad Pak Salleh Pulak Decline” melalui aplikasi Youtube Live.

Forum dalam talian ini telah membincangkan perkara berkaitan kaedah serta tatacara pembelian dalam talian yang selamat serta pelaksanaan transaksi dalam talian melalui pelbagai platform pembelian digital.

Jazannul Azriq Aripin Eksekutif Kanan, Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada forum bersama wakil dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan AEON Seri Manjung.

Melalui forum dalam talian ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperkembangkan penggunaan platform media sosial bagi tujuan program kempen CyberSAFE.

Cyber Security Awareness For All Users, Microsoft Team

 

Pada 5 Mei 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan program latihan dalam talian bertajuk “Cyber Security Awareness For All Users” melalui aplikasi Microsoft Team.

Program latihan dalam talian anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kaapagam Technologies Sdn Bhd ini diadakan dengan tujuan untuk berkongsi dan memotivasikan peserta mengubah tingkah laku kepada kaedah pengajaran secara menggunakan teknologi siber dengan selamat. Seramai 24 orang dari pelbagai organisasi telah menyertai latihan ini.

Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Profesional Keselamatan Siber telah mewakili CyberSecurity Malaysia bersama wakil dari Kaapagam Technologies Sdn Bhd.

Melalui forum ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperkembangkan penggunaan platform media sosial bagi tujuan program Latihan dalam talian.

Majlis Penyerahan Virtual: Program Tanggungjawab Sosial Korporat CyberSecurity Malaysia Kembara Amal ‘CyberSAFE’ -GoTo Meeting

 

Pada 16 April 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Majlis Penyerahan Program Tanggungjawab Sosial Korporat - Kembara Amal ‘CyberSAFE’ secara maya melalui aplikasi telesidang GoTo Meeting.

Majlis penyerahan anjuran CyberSecurity Malaysia dengan Kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan AEON Seri Manjung ini merupakan aktiviti tahunan CyberSecurity Malaysia bagi memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Memandangkan negara masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendekatan yang di ambil adalah melalui menggunakan secara dalam talian. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, Lt Kol Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti telah mewakili CyberSecurity Malaysia bersama-sama wakil dari Rumah Bait Al Amin, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan AEON Sri Manjung. Majlis turut disertai oleh seramai 45 orang anak Bait Al-Amin.

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat menyemai ilmu keselamatan siber kepada golongan remaja di samping memupuk kesedaran dalam penggunaan Internet secara positif.