Seminar Maya Industri 5.0

 

Pada 10 Julai 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Seminar Maya bertajuk “Industry 5.0” melalui aplikasi Google Meet.

Seminar maya anjuran Dhanalakshmi Srinivasan College of Engineering ini merupakan satu platform bagi membincangkan kerangka dasar Industry 5.0 dalam konteks pelaksanaan dan halatuju Industry 5.0.

Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan telah membuat pembentangan bertajuk “Cyber Threats in Emerging Technologies - CyberSecurity Malaysia's Perspective".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada seminar maya ini telah berjaya memberi pandangan yang luas kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat mengenai Industry 5.0.

Bengkel Rintis Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (MKKSN) Kepada Jurulatih Utama (JU), Kelantan, Perak Dan Perlis

 

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Bengkel Rintis Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (MKKSN) pada 13 hingga 24 Julai 2020 kepada Jurulatih Utama (JU). Jurulatih Utama ini terdiri daripada guru-guru dari tiga negeri iaitu Kelantan, Perak dan Perlis.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada JU bagi membolehkan mereka meneliti serta menilai isi kandungan dan mengenalpasti penambahbaikan fungsi teknikal yang terdapat pada MKKSN. Pelaksanaan bengkel adalah bagi memastikan kelancaran dan kesediaan platform MKKSN untuk digunakan sewaktu pelaksanaan rintis kepada murid-murid.

Bengkel di tiga negeri ini telah melibatkan seramai 106 guru dari 106 buah sekolah seperti berikut:-

  • 14 & 15 Julai 2020 – Kota Bharu (Kelantan & Terengganu)
  • 15 & 16 Julai 2020 – Taiping (Perak & Pulau Pinang)
  • 21 & 22 Julai 2020 – Kuala Perlis (Perlis & Kedah)

Dengan pelaksanaan bengkel ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memperkemaskan lagi isi kandungan modul serta memperbaiki masalah teknikal selain dapat meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid serta guru sekolah seluruh Malaysia.