Mesyuarat Kerjasama Di Antara CyberSecurity Malaysia Dan Politeknik Mersing Johor (PMJ), Mersing, Johor

 

Pada 2 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan Politeknik Mersing Johor (PMJ) bertempat di Mersing, Johor.

Mesyuarat anjuran Politeknik Mersing Johor ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan program Penyelidikan Lebahnet serta program Pensijilan Global Accredited Cybersecurity Education (ACE).

Mesyuarat telah dihadiri oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pengawai Operasi, CyberSecurity Malaysia bersama pensyarah dari Politeknik Mersing Johor.

Melalui aktiviti ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan Lebahnet dan mempromosikan program Pensijilan Global ACE di Institusi Pengajian Awam di Malaysia.

Cyber Security And Defense Seminar, Kem Sungai Buloh, Shah Alam, Selangor

 

Pada 6 hingga 8 September 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Seminar “Cyber Security And Defense” bertempat di Kem Sungai Buloh, Shah Alam, Selangor.

Seminar anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Rejimen 502 Askar Wataniah Negeri Selangor ini merupakan platfom untuk menanam budaya keselamatan siber yang kukuh dan menyeluruh, khususnya di sektor pertahanan dan keselamatan.

Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Encik Sazali Sukardi, Naib Presiden Kanan, Bahagian Kajian Strategik dengan disertai oleh Jabatan Kajian Strategik dan Khidmat Nasihat.

Melalui seminar ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan siber serta dapat mengukuhkan hubungan di antara pihak berkepentingan dalam bidang pertahanan keselamatan siber.

Majlis Pelancaran NeXGen SOC, Heitech Padu Bersama CyberSecurity Malaysia Dan RSA Security, Menara Cyber Axis, Cyberjaya

 

Pada 8 September 2020 telah berlangsung majlis pelancaran Nexgen Soc oleh Heitech Padu bersama CyberSecurity Malaysia dan RSA Security bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Acara anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Heitech Padu dan RSA security ini merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia di bawah program CyberSecurity Collaboration Program (CCP) bagi memacu dan membangunkan industri keselamatan siber tempatan.

Program telah dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan dihadiri lebih dari 50 rakan industri serta 10 rakan media. Turut diadakan adalah pembentangan serta demostrasi produk oleh Heitech Padu Berhad dan RSA Security disusuli dengan sesi pelancaran NeXGen SOC.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia telah membuka ruang kepada rakan industri bagi menjalin kerjasama dalam bidang berpotensi khususnya dalam keselamatan maklumat serta pembangunan program berkaitan keselamatan siber.

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Standard Sesi Pertama (JTPS1) Bagi “National Occupational Skills And Standards (NOSS) In Digital Forensics For First Responder”, Putrajaya

 

Pada 9 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Standard Sesi Pertama (JTPS1) bagi “National Occupational Skills And Standards (NOSS) In Digital Forensics For First Responder (DFFR)” bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.

Mesyuarat anjuran CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini diadakan bertujuan menilai dan mengesahkan deraf pertama dokumen pembangunan standard pekerjaan NOSS DFFR.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 14 peserta dari agensi Kerajaan, industri dan universiti awam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Yuslan bin Yasok, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Tim CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegarai Operasi CyberSecurity Malaysia.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan hubungan dengan organisasi yang terlibat secara langsung dengan industri keselamatan siber serta mewujudkan pensijilan yang menyeluruh dalam bidang keselamatan siber.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal “Occupational Framework” Bidang Keselamatan Siber, Putrajaya

 

Pada 10 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal “Occupational Framework” Bidang Keselamatan Siber yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.

Mesyuarat anjuran CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini diadakan bertujuan untuk menilai dan mengesahkan deraf pertama dokumen pembangunan “Occupational Framework” dalam bidang keselamatan siber.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 11 peserta dari agensi Kerajaan, industri dan universiti awam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Karim Bin Rahman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Tim CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Ts. Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegarai Operasi CyberSecurity Malaysia.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menerima dua hasil akhir projek iaitu kajian mengenai kedudukan bidang keselamatan siber di dalam MSIC 2008 dan juga pembangunan “Occupational Framework” untuk bidang keselamatan siber.

Penganjuran mesyuarat ini telah dapat mengukuhkan hubungan CyberSecurity Malaysia dengan organisasi yang terlibat secara langsung dalam industri keselamatan siber serta mewujudkan pensijilan yang menyeluruh dalam bidang keselamatan siber.

Bengkel Pembangunan “National Occupational Skills And Standards (NOSS) In Digital Forensics For First Responder”, Putrajaya

 

Pada 12 hingga 13 September 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan “National Occupational Skills And Standards (NOSS) In Digital Forensics For First Responder” bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.

Bengkel diadakan bagi menyemak semula dan mengenalpasti kurikulum berkaitan bidang DFFR. Bengkel ini juga turut menentukan peralatan serta perkakasan daa bahan yang berkaitan bidang DFFR selain memuktamadkan pembahagian peratus pemberat kurikulum dalam proses pengajaran bidang DFFR.

Bengkel anjuran CyberSecurity Malaysia ini telah disertai oleh seramai 10 peserta merangkumi panel pakar, pemerhati, fasilitator serta wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran turut hadir sebagai pemerhati.

Melalui penganjuran bengkel ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan hubungan dengan organisasi yang terlibat secara langsung dengan industri keselamatan siber serta mewujudkan pensijilan yang menyeluruh dalam bidang keselamatan siber.

Latihan Keselamatan Pengkomputeraan Awan, Menara Cyber Axis, Cyberjaya

 

Pada 14 hingga 17 September 2020 telah berlangsung program latihan Keselamatan Pengkomputeraan Awan di Cyberjaya, Selangor.

Program anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang keselamatan terhadap teknologi pengkomputeraan awan serta membincangkan strategi pertahanan untuk keselamatan pada pengkomputeraan awan.

Seramai 10 peserta dari lima agensi menyertai latihan ini. Peserta didedahkan dengan cara-cara untuk mengenalpasti aspek penting teknologi pengkomputeraan awan dan menentukan teknik bersesuaian dengan cara penilaian keselamatan.

Melalui penganjuran latihan ini, CyberSecurity Malaysia berjaya pendedahan kepada CNII dan agensi kerajaan mengenai keperluan keselamatan teknologi pengkomputeraan awan serta memperkasakan kompetensi peserta untuk memperkukuhkan keselamatan siber.

Bengkel Pembangunan “Occupational Framework” Dalam Bidang Keselamatan Siber, Putrajaya

 

Pada 19 hingga 20 September 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan bengkel pembangunan “Occupational Framework” Bidang Keselamatan Siber bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.

Bengkel ini merupakan bengkel lanjutan dari sesi pertama yang diadakan untuk pembangunan “Occupational Framework” (OF) bagi bidang keselamatan siber. Bengkel pada kali ini memberi fokus dalam mengenal pasti penjawatan yang diperlukan dalam bidang keselamatan siber.

Bengkel anjuran CyberSecurity Malaysia ini telah disertai oleh seramai 12 peserta merangkumi panel pakar, pemerhati dan fasilitator serta wakil dari JPK turut hadir sebagai pemerhati.

Melalui penganjuran bengkel ini CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan hubungan dengan organisasi yang terlibat secara langsung dengan industri keselamatan siber serta mewujudkan pensijilan yang menyeluruh dalam bidang keselamatan siber.

MYCC Open Day 2020 - Cyber Security Evaluation And Certification Services For The Digital Economy Era, Menara Cyber Axis, Cyberjaya

 

Pada 22 September 2020 CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan “Hari Terbuka MYCC 2020: Cyber Security Evaluation And Certification Services For The Digital Economy Era” di Dewan Serbaguna, Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Hari Terbuka MyCC ini merupakan satu program bagi menyebar kesedaran berkaitan dengan ISO/IEC 15408 Common Criteria selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk melaksanakan keperluan pematuhan standard dalam perolehan produk keselamatan Teknologi Komunikasi Maklumat kerajaan.

Seminar telah dihadiri oleh lebih 90 peserta dari 49 organisasi di sektor awam dan swasta. Ts. Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia telah menyampaikan ucapan pembukaan bertajuk “Cyber Security During The Pandemic – Our Experience” .

Melalui penganjuran seminar ini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya membantu mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di peringkat kebangsaan serta secara langsung meningkatkan pertumbuhan bidang keselamatan siber dalam industri tempatan.

Mesyuarat “Workstream 14 (WS14) Cybersecurity Digital Economy Task Force (DETF)”, Menara Cyber Axis, Cyberjaya

 

Pada 22 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Workstream 14 (Ws14) Cybersecurity Digital Economy Task Force (DETF) bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Mesyuarat anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan bertujuan untuk mencadangkan serta merangka inisiatif, pelan aktiviti keselamatan siber di bawah WS14 serta mengemukakan Laporan Berkala Workstream kepada Urus Setia DETF (MDEC dan KKMM) bagi melaporkan status pelaksanaan aktiviti-aktiviti WS14.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan telah dihadiri oleh 17 wakil agensi kerajaan dan juga wakil industri.

Melalui mesyuarat ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengumpul maklum balas secara terus dan hasil mesyuarat dibentang ke Mesyuarat utama Digital Economy Task Force yang akan dipengerusikan bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT)

 

Pada 29 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan 2020 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) di secara maya melalui aplikasi Cisco Webex.

Mesyuarat yang dikendalikan oleh Japan Computer Emergency Response Team Coordination Center (JPCERT/CC) ini merupakan acara kemuncak bagi aktiviti APCERT setiap tahun. Tujuan APCERT mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah untuk membincangkan perkara berkaitan polisi, operasi dan halatuju strategik APCERT dengan kesemua ahlinya.

Delegasi CyberSecurity Malaysia telah diketuai oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia di mana beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan.

Pada mesyuarat ini, CyberSecurity Malaysia telah mendapat pengiktirafan ahli-ahli APCERT untuk dilantik sebagai Pengerusi APCERT bagi tempoh 2020 - 2021. Selain itu, Malaysia juga kekal sebagai peneraju APCERT Malware Mitigation Working Group.

Latihan Keselamatan Pembaca Kad Pintar, Menara Cyber Axis, Cyberjaya

 

Pada 28 hingga 30 September 2020 telah berlangsung program Latihan Keselamatan Pembaca Kad Pintar bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Program anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan untuk berkongsi maklumat serta kemahiran teknikal bidang keselamatan terhadap teknologi pembaca kad pintar dari segi perspektif penilai keselamatan.

Seramai 12 peserta dari lima agensi menyertai latihan yang turut mendedahkan kaedah mengenalpasti aset di dalam pembaca kad pintar dan menentukan teknik yang bersesuaian dengan cara penilaian keselamatan.

Melalui penganjuran latihan ini, CyberSecurity Malaysia berjaya memberi pendedahan kepada CNII dan agensi kerajaan mengenai keperluan keselamatan pada teknologi Kad pintar dan perkakasan serta memperkasakan kompetensi peserta untuk memperkukuhkan keselamatan siber.