WEBINAR “CYBERTRONIUM FIRMWARE SECURITY WEBINAR - THREATS BELOW THE SURFACE IN HIGH RISK DEVICES” BERSAMA CYBERTRONIUM SDN BHD

 

Pada 4 Ogos 2021, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Cybertronium Sdn Bhd telah menganjurkan sesi webinar secara bertajuk “Cybertronium Firmware Security Webinar - Threats Below The Surface In High Risk Devices” melalui platform ZOOM.

Webinar ini diadakan bagi mengumpul pemain industry dan pihak kerajaan dalam bidang keselamatan siber bagi memberi peluang kepada pihak industri untuk memperkenalkan perkhidmatan sedia ada dan baharu serta dapat menambah rangkaian (network) dalam bidang keselamatan siber.

Program disertai oleh seramai 70 rakan industri tempatan. Mohamed Anwer Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan Industri dan Kerjasama Keselamatan Siber telah mewakili CyberSecurity Malaysia sebagai salah seorang panelis pada sesi webinar tersebut.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat membantu dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di peringkat nasional serta secara langsung berupaya meningkatkan pertumbuhan industri tempatan dalam bidang keselamatan siber.

PROGRAM LATIHAN FORENSIK SIBER KEPADA ASIA PACIFIC UNIVERSITY

 

Pada 9 - 13 Ogos 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Program Latihan Forensik Siber kepada Asia Pacific University (APU) melalui platform ZOOM.

Program latihan ini diadakan bertujuan untuk menyediakan para pelajar APU serta meningkatkan keupayaan dalam biang forensik siber. Seramai 70 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar APU menyertai program yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

a. AI & Biometrics Training
b. Cryptocurrencies Forensic Training
c. Forensic Audit Training
d. Forensic Web Reconstruction Training

CyberSecurity Malaysia dan Asia Pacific University telah menjalin kerjasama bagi mempromosi bidang forensik digital kepada belia Malaysia, antaranya melalui Pertandingan CyberHeroes serta beberapa inisiatif penyelidikan dalam kapasiti pengecaman wajah. Latihan Forensik Siber diatur dengan objektif untuk memperkukuhkan lagi kemampuan forensik siber negara.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat memberi pendedahan kepada kakitanganya dalam bidang Forensik Digital serta dapat membantu CyberSecurity Malaysia mempromosikan kepentingan bidang forensik digital kepada para pelajar.

PROGRAM TURUN PADANG YB DATO’ SAIFUDDIN BIN ABDULLAH, MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA BERSAMA CYBERSECURITY MALAYSIA

 

Pada 12 Ogos 2021, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah telah mengadakan Program Turun Padang bersama CyberSecurity Malaysia secara maya melalui platfrom ZOOM.

Program ini merupakan inisiatif YB Menteri untuk mendapatkan maklum balas pencapaian serta melihat kemajuan produk CyberSecurity Malaysia di bawah penjenamaan SiberKASA yang dilancarkan pada 23 Mac 2021 di Menara Cyber Axis.

YB Menteri, delegasi serta wakil media telah diberi pembentangan mengenai status terkini pencapaian produk-produk CyberSecurity Malaysia serta kekangan yang dihadapi dalam mempromosikan produk tersebut. Program ini telah disertai oleh 42 orang termasuk 17 wakil media tempatan dan antarabangsa.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia dapat memperkenalkan produk-produk CyberSecurity Malaysia terus kepada wakil media sekaligus dapat mempromosikannya kepada pihak media.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA ANTARA CYBERSECURITY MALAYSIA DAN PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL

 

Pada 27 Ogos 2021, CyberSecurity Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) pada satu majlis yang diadakan secara maya.

Kerjasama yang dijalinkan ini merangkumi inisiatif untuk memperkasa infrastruktur yang mempunyai ketahanan siber serta menyediakan khidmat latihan dan sokongan perundingan perkhidmatan berkenaan CryptoCurrency.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan Dato’ Ts. Dr. Haji Amiruddin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala wakil dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, ialah Pengerusi Lembaga Penasihat, dan Dato’ Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

MoC yang dimeterai ini berupaya untuk meningkatkan ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang keselamatan siber melibatkan keselamatan kewangan, di mana CyberSecurity Malaysia memberi khidmat sokongan kepada NFCC secara eksklusif.

PROGRAM LATIHAN CERTIFIED CYBERSECURITY AWARENESS EDUCATOR (CCASE)

 

Pada 28 – 29 Ogos 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Program Latihan Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCASE) secara maya melalui platform ZOOM.

Program latihan ini mendapat sokongan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditawarkan kepada guru di seluruh Malaysia. Ia merupakan initiatif di bawah program Global ACE Certification Upskilling Programme oleh CyberSecurity Malaysia.

CCAsE adalah program latihan dan pensijilan profesional yang menyediakan pengetahuan penting serta memberi tumpuan kepada aspek keselamatan siber manusia. Ini akan menjadikan para guru bersedia dan dapat melaksanakan program kesedaran keselamatan yang berkesan untuk khalayak sasaran mereka terutamanya pelajar sekolah.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia dapat meningkatkan kesedaran dalam keselamatan dan kelakuan baik atas talian melalui pendidikan serta membina komuniti guru dengan pengetahuan, kemahiran dan, sikap untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber kepada pelajar.