Mesej dari CEO

 
 

Assalamualaikum WBT and Salam Sejahtera.

Bersua kembali pada penerbitan CyberNEWS edisi ketiga tahun 2021.

Pada suku ketiga ini, kita masih lagi dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. Kebanyakkan negeri telah pun memasuki Fasa 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) Pelbagai sektor ekonomi telah mula dibuka tetapi dengan pematuhan SOP yang ketat.

Sepanjang suku ketiga, CyberSecurity Malaysia telah menyertai program webinar bersama pihak industri antaranya Sesi Perbincangan Meja Bulat “Cyber Security Readiness” bersama Sophos Malaysia dan “Cybertronium Firmware Security Webinar - Threats Below The Surface In High Risk Devices” bersama Cybertronium Sdn Bhd, Selain itu CyberSecurity Malaysia juga turut menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan 2021 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) yang telah diadakan secara dalam talian.

Beberapa siri bengkel bagi tujuan pembangunan professional keselamatan siber seperti Bengkel “KSA Descriptor Review” serta Program Latihan Forensik Siber kepada Asia Pacific University (APU) dan Management and Science University (MSU) turut dianjurkan

Sebagai inisiatif membantu golongan yang mempunyai latar belakang teknologi maklumat (IT) yang telah terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan program Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Pada 9 September 2021, CyberSecurity Malaysia menerima kunjungan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang telah membuat lawatan kerja rasmi bersama Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai kanan Kementerian. Kunjungan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia sebagai tanda keprihatinan YB Menteri terhadap bidang keselamatan siber.

Sekali lagi, saya ingin mengesa seluruh warga digital Malaysia untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan terus mengambil langkah bagi memutuskan rantaian COVID-19. Terus gunakan teknologi secara positif, beretika dan bertanggungjawab serta terapkan sikap kawal kendiri yang tinggi pada setiap masa.

Sentiasa Bijak Sentiasa Selamat. Bersama Ke Arah Kesejahteraan Siber.

Terima kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif