PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER UNTUK USAHAWAN

 

Pada 14 hingga 15 Julai 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan Siber untuk Usahawan melalui platform ZOOM.

Program anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada para usahawan MARA berkenaan lanskap keselamatan siber di Malaysia. Seramai 27 orang usahawan dari negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah menyertai program ini.

Roshdi bin Hj. Ahmad, Naib Presiden Kanan Bahagian Strategi Korporat & Hubungan Industri telah merasmikan program yang berlangsung selama dua hari ini.

Antara penceramah yang terlibat pada program wan ini adalah:

    I. Mohamed Anwer Mohamed Yusoff - “Cyber Security Landscape: Entrepreneur Cyber Ready”
    II. Mohd Zabri Adil Talib - “Digital Forensic: Malaysia CSI”
    III. Megat Muazzam Abdul Mutalib - “MyCERT – Cyber Attack is Real?”
    IV. Edwan Mohd Aidid - “CyberSAFE Awareness Session”
    V. Nurkhairunnisya Mohamad Khairi - “Introduction of MyCyberSecurity Clinic: EDP Data Recovery Centre”
    VI. Muhammad Anis Farhan Yahaya - “Data Recovery Fundamental”

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia telah bberjaya menarik minat para usahawan untuk menceburi bidang keselamatan siber terutamanya bidang Pemulihan Data melalui program MyCSC Entrepreneurship Development Program (MyCSC EDP) serta berpeluang memberi kesedaran kepada usahawan untuk meningkatkan tahap kesediaan terhadap ancaman siber kepada operasi perniagaan mereka.

SESI PERBICANGAN MEJA BULAT “CYBER SECURITY READINESS” BERSAMA SOPHOS MALAYSIA

 

Pada 29 Julai 2021, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama kerjasama Sophos Malaysia telah menganjurkan Sesi Perbincangan Meja Bulat melalui platform ZOOM.

Program ini merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia di bawah program Kolaborasi Keselamatan Siber (CCP). Ia bertujuan untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan industri bagi mengenalpasti bidang-bidang yang berpotensi serta mengupas isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Mohamed Anwer Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan Industri dan Kerjasama Keselamatan Siber serta Wong Joon Hoong, Country Manager, Sophos Computer Security telah bertindak sebagai moderator pada sesi perbincangan bertajuk “Cyber Security Readiness” yang disertai oleh 30 rakan industri tempatan.

Melalui penganjuran program ini, CyberSecurity Malaysia dan pihak industri telah dapat mengetahui isu-isu semasa keselamatan siber, produk dan perkhidmatan baharu serta pembangunan teknologi tempatan selain memberi peluang kepada rakan industri untuk menjalinkan kerjasama bagi pembangunan program berkaitan keselamatan siber.